NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, December 9, 2011
HARAKAH DAN PEMIMPIN PAS DISAMAN LAGI BUAT FITNAH BERSIRI...!!!
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu lagi.
Apabila tindakan mereka ni tidak dihalang, puak penjahanam rakyat ini akan meneruskan lagi rekaan dan mereka cipta pembohongan untuk mengambil hati ahli PAS yang sering tergangga dan terlopong apabila mendengar ceramah puak ni kononnya mengelar sebagai agenda isu pembongkaran tetapi sebaliknya adalah penipuan semata-mata.
Puak pembohong PAS ni seharusnya diberhentikan mengeluarkan artikel tidak benar dan sewenang-wenang tak menggunakan nama PAS sebagai pendokong agama Islam untuk menipu dan memfitnah tanpa usul bukti yang sahih dan tepat kebenarannya.
Jika benar Harakah dan PAS didapati bersalah keatas kesalahan memfitnah dan melemparkan pembohongan, apa gunanya bernaung pada parti PAS yang kononnya memperjuangkan agama Islam tetapi membuat penipuan dan fitnah..??
Adakah PAS diwujudkan untuk menfitnah dan berbohong..??
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, apabila dah dapat memerintah mencuri pula nanti...!!!
Bagi menghentikan 'fitnah bersiri' yang dianggapnya melampau, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.
Menurut Ahmad, tindakan serupa akan diambil terhadap lidah rasmi Pas iaitu Harakah, pengerusi dan penerbitnya berhubung dakwaannya kononnya berlaku penyelewengan peruntukan RM30 juta pembekalan pakaian seragam sekolah.
Bercakap kepada pemberita selepas sesi akhir persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Ahmad berkata, beliau sedih dan kesal dengan sikap wakil Pas itu yang berterusan melemparkan fitnah kepada kepimpinannya dan kerajaan negeri.
''Pembohongan sebegini patut dihentikan dan mereka perlu diajar apatah lagi semakin ramai di kalangan kita yang mudah percaya dengan setiap pembohongan," ujarnya.
Katanya, selain cuba menjatuhkan maruahnya, fitnah itu dilemparkan untuk menghakis kepercayaan umum dan usaha menutup kebaikan yang dihulurkan secara meluas kepada rakyat terutamanya golongan miskin.
''Itulah yang ditakuti Pas apabila pelbagai bentuk bantuan disalurkan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat, termasuk pemberian e-Book kepada pelajar yang turut menjadi sasaran.
''Maka mereka akan terus mengaitkan dengan ketirisan, kebocoran, penyelewengan untuk menggambarkan kerajaan negeri jahat, mengutamakan kroni dan sebagainya," katanya.
Terdahulu ketika menggulung perbahasan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Dr. Azman kerana membuat semua kenyataan bohong itu dalam akhbar Harakah yang bertajuk Seleweng RM30 juta bantuan sekolah?
Dr. Azman kemudian membawa perkara itu sebagai usul tergempar yang ditolak oleh Dewan pada hari pertama sidang.
Wakil pembangkang itu dalam kolum Ganu Kite menulis bahawa Ahmad meluluskan pembekalan pakaian sekolah bernilai RM10 juta selama tiga tahun dengan harga oleh pembekal begitu tinggi daripada harga pasaran.
Ahmad menjelaskan, dalam laporan Ketua Audit Negara kontrak pembekalan pakaian hanya satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta dan bukannya RM10 juta.
''Tidak disebut dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 kononnya berlaku salah lalu dan penyelewengan serta kebocoran sebaliknya pujian diberikan kerana ia telah dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga miskin," ujarnya.
Katanya, pembekal dilantik setelah membuat perbandingan harga yang ditawarkan syarikat lain iaitu Mysutera Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai KUB Tekstil Sdn. Bhd. (sebagai tanda aras kualiti) dengan harga yang ditawarkan RM161.60 bagi set lelaki dan RM173.90 bagi set perempuan.
''Tetapi harga yang dibekalkan oleh kerajaan hanyalah RM150. Hanya pada tahun itu kerajaan meluluskan pembelian pakaian untuk mengelak pemberian disalah guna manakala pada 2007, 2008 dan 2010 dalam bentuk wang tunai," ujarnya.
Beliau menarik perhatian, sebenarnya terdapat salah faham pihak audit terhadap harga yang ditawarkan pembekal berbanding harga di pasaran kerana menganggap ia harga pasang.
SUMBER KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
No comments:
Post a Comment