Wednesday, February 29, 2012
KELANTAN DAH JADI SARANG DADAH...!!!
Kes penyalahgunaan dadah di negeri ini mencatat peningkatan lebih 100 peratus pada tahun lalu iaitu sebanyak 9,124 kes berbanding 4,255 kes pada 2010.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kebanyakan yang terlibat ialah golongan muda membabitkan pengambilan dadah jenis methamphetamine atau pil kuda kerana ia lebih mudah diseludup masuk dari negara jiran.
Menurutnya, pihak berkuasa terutama polis dan pelbagai agensi penguatkuasaan lain sentiasa meningkatkan rondaan bagi membanteras penyeludupan dadah ke negara ini.
Malah, katanya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga sentiasa menjalankan kajian bagi mencari pendekatan terbaik untuk membanteras penyalahgunaan dadah jenis baharu.
“Kerajaan juga ada kerjasama yang baik dengan kerajaan Thailand dan sentiasa bertukar-tukar maklumat serta tidak mengambil ringan perkara itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Mengenai kes penagihan dadah di negeri ini, Abu Seman berkata, berlaku penurunan ketara tahun lalu apabila hanya 388 kes direkodkan berbanding 2,360 kes pada 2010.
“Walaupun penagihan dadah nampak menurun dari segi angka, tetapi tidak boleh ambil ringan sebab kebanyakan yang kita lihat melibatkan penyalahgunaan dadah dan umum mengetahui kebanyakannya adalah penagih, cuma kita tak ada pengesahan daripada doktor, bila ujian air kencing dilakukan dia positif,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan berharap kes penyalahgunaan dan penagihan dadah di negara ini dapat diatasi melalui penubuhan pusat rawatan dan pemulihan (CCRC) yang telah dimulakan di Bachok sejak September lalu.
Katanya, penubuhan CCRC berkemungkinan diperluaskan ke seluruh negara sekiranya ia didapati mencapai matlamat ditetapkan.
“Ini peringkat percubaan dan masih dalam kajian, penemuan akan dibentangkan untuk dapatkan kelulusan dan kalau dapat hasil yang baik, maka transformasi akan dilakukan,” katanya.
- SUMBER UM
PAS RELA BANGSA DAN AGAMA DIBELAKANGKAN...!!!
Tuesday, February 28, 2012
PKR TAMBAH SATU LAGI PARTI DALAM PAKATAN PR..!!!
KURANG AJAR..!!! LAKUKAN HUBUNGAN SEKS DALAM KERETA TEPI SURAU...!!!
Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.
Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.
Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.
Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.
“Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.
Monday, February 27, 2012
REFORMASI MELAWAN TRANFORMASI..!!!
HAKIKATNYA pilihan raya Parlimen Malaysia (biasanya berserta juga Dewan Undangan Negeri) sudah semakin hampir. Mustahil ia semakin jauh kecuali ada elemen lain yang melenyapkan terus institusi pilihan raya itu. Persaingan kian menjurus kepada perlawanan dua aliran. Belum ada sebarang tanda serius kewujudan aliran ketiga. Pakar gerak saraf kedua-dua aliran itu tentu sedang bekerja keras memastikan strategi perang psikologi mereka lebih ampuh berbanding strategi lawan.
Barisan Nasional (BN) adalah sebuah entiti halal dan berdaftar, sebaliknya lawan kepadanya masih berupa entiti bersekedudukan hanya untuk keselesaan politik. Walaupun rakan saya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sering memberi isyarat mengalu-alukan pendaftaran lawan kepada BN di bawah satu parti, hal ini belum terjadi oleh sebab-sebab yang antaranya diketahui oleh mereka yang di dalam sahaja selain sebab-sebab terkini yang sudah bukan misteri kepada orang awam.
Bagi memulakan apa-apa perang saraf selalunya perancang akan mencari slogan yang berbunyi agung kepada kumpulan mereka. Dalam hal inilah pihak lawan BN mendahului dengan menjulang apa yang mereka namakan sebagai ‘reformasi’ pada penghujung 1990-an lagi. Sebagai reaksi kepada slogan reformasi, BN pula kini tampil dengan slogan yang bunyinya mirip iaitu ‘transformasi’.
Para pengikut reformasi terutamanya memasarkan slogan itu dengan pelbagai cara dan media. Amat menarik diperhatikan, perkataan reformasi seperti difahami pada semua peringkat penganut, daripada pemimpin tertinggi hinggalah pemimpin jalanan kumpulan yang melawan BN berbanding perkataan ‘transformasi’ yang nampaknya hanya diucapkan dan difahami oleh Pengerusi BN. Bahkan, pemimpin-pemimpin yang terdekat dengan beliau juga kurang mengucapkannya. Nampaknya pemimpin terdekat dengan Pengerusi BN dan pengikut-pengikutnya lebih selesa memasarkan slogan 1Malaysia berbanding slogan ‘transformasi’.
Segolongan anak-anak muda yang menjadi pengikut kumpulan yang menentang BN nampaknya begitu bangga dan sukarela menggelar diri sendiri sebagai ‘reformer’. Seperti biasa, oleh sebab kebanyakannya saya lihat malas membaca, mudah tergoda dengan perkataan itu yang disampaikan oleh orang tua-tua yang hampir dengan mereka. Perkataan ‘reformasi’ baharu mereka jumpa dan dengar, lalu mereka dokong erat sebagai perkataan yang mempunyai prestij tertentu tanpa sedar apakah erti dan asal usul atau etimologi perkataan reformasi itu.
Kumpulan orang muda yang kadang kala bersuara sombong itu melihat dengan sinis bahawa mereka yang tidak mendukung seruan reformasi sebagai ketinggalan zaman dan tidak mengikut fesyen semasa. Mereka tidak sedar perkataan reformasi itu adalah perkataan yang sudah antik yang cuba diberi nafas semula oleh ketua-ketua mereka yang juga sudah berfikiran antik.
Jika mereka mengkaji dan menganalisis sejarah hidup ketua-ketua mereka itu, akan dijumpai kenyataan bahawa ketua-ketua yang dianggap begitu berilmu itu ialah kumpulan yang berfikiran tertutup dan gagal menguasai pelbagai ilmu yang berkembang secara letupan.
Masih, pada milenium ke-21, setelah begitu banyak rujukan baru dengan doktrin-doktrin kemanusiaan yang baru, terdengar berkali-kali pemimpin utama mereka merujuk Arnold Toynbee, yang selain disanjung kehebatan akademiknya, tidak banyak yang tahu dia adalah pekerja di Kementerian Luar British, secara khususnya di Jabatan Risikan Politik. Toynbee menjadi pakar runding dan penasihat risikan luar negara kepada kerajaan British terutamanya mengenai Asia Barat. Oleh itu, tidak mustahil mendiang terlibat menasihatkan Balfour mewujudkan national homeland Israel di bumi Palestin.
Anak-anak muda Melayu yang terasa berprestij dan berfesyen menyertai seruan reformasi tidak menyedari yang mereka sedang dalam perjalanan balik ke belakang di bawah pengaruh pemimpin-pemimpin berfikiran antik. Mereka tidak tahu bahawa sejarah reformasi berasal daripada perpecahan pelbagai kumpulan yang menentang Katolik Rom yang kemudiannya melahirkan gereja-gereja Protestant di Eropah.
Reformasi berasal daripada rebutan politik kerana adanya dua pihak yang masing-masing mengaku mempunyai Pope yang tulen. Pada umumnya pencatat-pencatat sejarah bersetuju reformasi berlaku pada kurun ke-17 yang disebut juga sebagai magisterial reformation.
Anak-anak muda menyangka jika reformasi di Malaysia berlaku, negara ini akan berubah ke arah yang mereka kehendaki. Sejarah reformasi menunjukkan keadaan berlainan daripada yang mereka kehendaki. Reformasi akan memanjangkan pertelingkahan, persengketaan dan peperangan kelompok-kelompok yang berpanjangan.
Contoh semasa boleh disaksikan di Afghanistan, Iraq, Mesir dan tidak ketinggalan pasca Marcos di Filipina. Di Eropah, reformasi yang disebutkan telah mengakibatkan perang saudara di seluruh Eropah yang mengambil masa beberapa dekad. Muncul kumpulan-kumpulan seperti Lutheran, Polish-Lithuanian Commonwealth, Puritan, Huguenots dan sebagainya. Terbukti reformasi penentangan tidak akan melenyapkan yang lama dengan kemunculan gerakan baru. Kemunculan pelbagai aliran hasil reformasi itu tidak sekali-kali berjaya melenyapkan katolik Rome.
Demikianlah pengajaran reformasi kepada anak muda Malaysia yang menyangka semua orang boleh ditewaskan dan menyerah kalah jika kumpulan mereka menang.
Eropah moden tidak lagi berminat dengan reformasi kerana mereka tahu reformasi tidak membawa erti penyatuan umat. Oleh itu mereka tampil dengan gagasan moden European Union untuk menyatukan fikrah dan kehidupan seluruh umat Eropah. Malangnya manusia di bumi lain, terutamanya negara mundur tergoda mengutip idea reformasi yang ketinggalan zaman itu.
Sedang Malaysia megah menuju menjadi negara maju dan bertekad membawa kebajikan kepada rakyatnya, muncul gerakan reformasi yang dipelopori oleh pemimpin yang berfikiran dunia ketiga. Ini menjadikan orang negara maju akan tertawa melihat Malaysia, walaupun telah jauh meninggalkan kedudukannya sebagai negara mundur, ada rakyatnya yang masih berfikiran kuno dan ketinggalan zaman semata-mata kerana mengambil jalan mudah mengsosiasikan diri dengan apa yang mereka panggil sebagai ‘kemuliaan perjuangan’ tanpa tahu memilih yang mana intan dan yang mana kaca.
Anak-anak muda generasi ‘Y’ sepatutnya memilih menjuarai gerakan ‘transformasi’ kerana asal usul transformasi sangat berkaitan dan dekat dengan mereka yang sepatutnya berfikiran saintifik pada milenium ke-21 ini. Transformasi adalah istilah yang tercipta daripada dunia biologi yang sangat saintifik. Mereka yang berada dalam dunia saintifik biologi molekular tentu dapat menerangkan dengan menarik sekali apakah itu ‘transformasi’ yang sepatutnya menjadi rujukan anak-anak Malaysia moden terutamanya mahasiswa di pengajian tinggi pada masa kini.
Anak-anak muda sewajarnya menghakmilikkan gerakan transformasi supaya tidak hanya menjadi slogan Perdana Menteri Malaysia berseorangan. Transformasi muncul seiring dengan tamadun sains melawan tamadun hantu dan tahyul.
Transformasi boleh terjadi secara ‘natural’ dan ‘artificial’ dan sangat sedikit digunakan untuk kejahatan dengan niat kerana proses transformasi sangat transparence dan tidak berbohong. Oleh sebab transformasi boleh dihuraikan secara saintifik, penggunaan transformasi untuk tujuan jahat akan cepat dapat dikesan berbanding reformasi yang sering menyilaukan pemandangan termasuk orang yang kelihatan waras.
Dapatan sains juga menunjukkan transformasi memerlukan genetik yang stabil bukan yang lemah. Transformasi berlaku dengan baik antara DNA spesies yang dekat dan saling berhubungan. Ini boleh ditafsirkan bahawa dalam konteks menjayakan transformasi Malaysia muncul menjadi penyumbang tamadun agung kemanusiaan, rakyat Malaysia hendaklah mempunyai keeratan hubungan, kesatuan fikiran dan kekuatan tersendiri untuk menjadi ‘perumah’ kepada proses transformasi itu.
Pemikiran-pemikiran antik dan pseudo-intelektual akan menjadi bakteria lemah yang menggagalkan pengembaraan penting Malaysia di abad ke-21.
Apa pun segala-galanya terpulang kepada anak-anak muda Malaysia. Mahu kembali kuno dengan slogan ‘reformasi’ yang bukan berasal dari bumi ini atau mahu mengalir bersama-sama menjadi masyarakat saintifik dengan gaya tersendiri seperti yang disebutkan dalam Wawasan 2020. Perahu di air dan dayung di tangan. Dayunglah dengan mata fikir yang jitu dan rapi.
- SUMBER Nordin Kardi
LEMBU NAIK KERETA WIRA...!!!
![]() |
| NAHAS...kereta digunakan dua lelaki untuk mencuri lembu. |
Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.
Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit.
“Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.
“Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai. Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.
“Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali,” katanya.
Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit.
“Polis belum mengesan pemilik dan lokasi haiwan berkenaan dicuri. Kami kini sedang menjejaki kedua-dua suspek yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
- SUMBER MYMETRO
Sunday, February 26, 2012
USTAZ PKR SUKA BINI ORANG...!!!
Inilah wajah wanita ditangkap khalwat di Hotel Swiss Garden dengan ustaz Pakatan PKR, seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang senantiasa menyanjung kemungkaran dan pembohongan.
Seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang.
Zatiwani juga merupakan isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut, beliau ditangkap di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.
Dilaporkan bahawa pemimpin PKR yang bernama Badrul Amin Bahrum, telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang di Swiss Garden Pahang.
![]() |
| ustaz "SPIN" pakatan PR |
Kita baca ustaz "SPIN" ni menghantar mesej kepada pemimpin lain dalam Pakatan PKR menafikan tuduhan tersebut....
Berikut SMS yang dihantar oleh Badrol Amin kepada beberapa ahli PKR :
"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"
Dah kena tangkap dan telah disahkan pun masih nak menipu ustaz "SPIN" pakatan PR ni. Nak membohong tak sudah, pernah menggelarkan Penasihat parti Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan akhirnya dapat dianugerahkan jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.
Dasar gila bini orang dan gila kuasa betul ustaz "SPIN" ni...!!!
Saturday, February 25, 2012
12 SYARAT UTAMA BUAT PERHIMPUNAN HIJAU..!!!
![]() |
| TAPAK LOKASI HIMPUNAN TELAH DIPAGAR |
Pihak polis, yang sebelum ini meluluskan penggunaan padang MPK4 di Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 esok, hari ini menetapkan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan tersebut.
Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0.
Berbanding dengan syarat-syarat yang dikenakan sewaktu perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di Kuala Lumpur bulan lalu - yang melarang semua jenis risalah dan kain rentang serta pembesar suara - polis Kuantan nampaknya lebih lembut.
Manakala risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.
Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.
Syarat-syarat lain ialah:
- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.
- Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita “bertape” dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.
- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.
- Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
- Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.
- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.
Sasterawan negara deklamasi sajak
Dalam perkembangan berkaitan, jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau telah mengeluarkan program sementara untuk perhimpunan esok.
Ia akan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku pada jam 9 pagi dan diikuti dengan bacaan doa.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan mendeklamasikan sebuah sajak sebelum sesi 20 minit yang dipanggil 'The Power of Silence'.
Perhimpunan tersebut akan berakhir pada waktu tengah hari dengan deklarasi yang dikenali sebagai 'Aspirasi Rakyat'.
Selepas perhimpunan tersebut, pihak penganjur merancang mengadakan satu sidang akhbar pada jam 1 tengah hari di sebuah hotel berdekatan.
Friday, February 24, 2012
4 LAGENDA BAKAL CIPTA SEJARAH..!!!
![]() |
| 4 LEGENDA...(dari kiri) Zainal, Sheila, Amy dan Jamal. |
Idea untuk berkongsi pentas disambut baik mereka. Langsung mereka digabungkan di dalam sebuah konsert, The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini dan Selamanya yang dijangka mencetus sejarah baru industri muzik tanah air bermula 5 Mei depan. Bukan calang-calang persembahan kerana bukan sahaja empat artis berpengalaman malah menampilkan empat genre muzik berlainan.
Konsert lima lokasi ini dianjurkan oleh Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd.
Penyanyi yang popular dengan lagu Ikhlas Tapi Jauh dan Hijau, Zainal, 53, berkata, pihaknya menerusi Afro Inang Worldwide sudah buat kajian mendalam mengenai konsert legenda itu selama dua tahun termasuk membabitkan pasaran muzik tempatan ketika ini.
“Hasil kajian mendapati, peminat usia 15 hingga 25 tahun akan menonton konsert ini kerana ia mengimbas nostalgia buat mereka. Selain itu, ramai peminat yang tidak ingin melepaskan peluang menonton konsert legenda ini kerana mereka membesar dengan lagu-lagu kami dari dulu hingga sekarang,” katanya.
Secara peribadi, Zainal juga percaya sudah sampai masanya, penghibur bertaraf legenda seperti mereka berkongsi pentas dalam satu konsert serta memberikan impak pada masyarakat.
“Jika saya dikenali dengan sumbangan pada alam sekitar, Jamal pula, walaupun hidupnya penuh ranjau dan duri tapi dia tetap berdiri sampai hari ini. Manakala, Amy pula banyak mendekati golongan mat rempit dan Sheila pula dengan program amal dan kesihatannya.
“Jika nak diikutkan, Amy dan Jamal dan sudah mampu buat konsert solo kerana pengaruh mereka yang cukup besar dan menarik ribuan peminat,” katanya.
Zainal juga melihat gabungan mereka berempat mampu menarik lebih ramai peminat.
“Sekurang-kurangnya seramai 40,000 peminat dalam satu konsert. Maklumlah, masing-masing mempunyai peminat tersendiri. Namun, bila kita lihat pasaran muzik sekarang, artis seperti kami nak tarik 10,000 peminat pun susah dalam satu masa,” katanya.
Pada masa sama, kata Zainal, dia juga mengikuti perkembangan muzik tiga lagi penghibur yang juga rakan seperjuangannya itu.
“Jamal adalah penghibur paling senior kerana dia memulakan karier nyanyiannya pada 1979. Selepas itu, barulah saya, Amy dan Sheila pula mengikut jejaknya menceburi bidang nyanyian.
“Saya memang teruja hendak berkongsi pentas dengan Jamal kerana belum pernah mengadakan konsert dengannya sebelum ini,” katanya.
Diminta komen gandingannya dengan Sheila pula, kata Zainal, mereka memang pasangan serasi apabila bergandingan di atas pentas.
“Terus terang, kami tidak ada agenda lain bila bekerjasama kerana masing-masing sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri. Ramai peminat yang suka dengan gandingan kami di pentas.
“Muzik kami juga tidak keterlaluan dan ada identiti tersendiri. Setiap artis akan menyampaikan enam lagu solo dan kami berempat akan berduet satu lagu Ikhlas Tapi Jauh,” katanya.
Bagi Jamal, 53, pula, dia tidak ingin lepaskan peluang menjayakan konsert legenda itu kerana ia adalah pentas untuk mereka membuktikan kehebatan masing-masing.
“Saya juga menjanjikan yang terbaik pada konsert itu nanti. Sudah pasti saya berdebar kerana ketiga-tiga mereka juga ada kekuatan tersendiri. Dari segi persiapan, saya memang sentiasa bersedia untuk menjayakan mana-mana persembahan atau konsert.
“Saya juga akan menyampaikan enam lagu popular saya khusus untuk menghiburkan peminat nanti. Selain itu, saya juga ada kejutan dalam segmen khas kerana ia bukan konsert yang biasa yang pernah dijayakan sebelum ini,” katanya.
Manakala Amy, 54, yang tampil solo dalam konsert itu berkata, dia memang menanti peluang bekerjasama dengan tiga lagi penghibur hebat itu.
“Walaupun saya lebih berusia daripada mereka, dari segi pembabitan dalam bidang seni, sayalah yang paling junior dalam bidang muzik. Namun, saya memang mengagumi dan mengikuti perkembangan muzik Zainal, Jamal dan Sheila, sejak dulu.
“Bukan mudah untuk menggabungkan kami berempat dalam satu konsert berskala besar ini. Ia memerlukan persefahaman antara kami. Apa yang saya boleh katakan gabungan kali ini adalah yang terbaik dan bakal mencetuskan fenomena dalam industri. Rangkaian lagu yang disampaikan ialah lagu solo dan medley,” katanya.
Satu-satunya penyanyi wanita dalam konsert ini, Sheila, 47, yang juga paling bongsu berkata, dia juga tidak sabar berkongsi pentas dengan tiga lagi penghibur seperjuangannya itu.
“Contohnya, saya sendiri memang meminati Jamal dan baru sekarang berpeluang mengadakan konsert dengannya. Seperti biasa, saya akan sampaikan lagu popular yang juga lagu wajib seperti Sinaran, Antara Anyer dan Jakarta dan sebagainya lagi.
“Saya juga berasa terpanggil untuk menjayakan konsert ini kerana sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan untuk rumah kebajikan pilihan masing-masing. Justeru, peminat datanglah beramai-ramai kerana selain berhibur, kita juga membantu golongan kurang bernasib baik di luar sana,” katanya.
Konsert Legenda membabitkan lima lokasi iaitu bermula di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 5 Mei, diikuti Stadium Likas, Kota Kinabalu (19 Mei), Stadium Kuching, Kuching (26 Mei), Pulau Pinang (23 Jun) dan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).
Thursday, February 23, 2012
AZNIL BAKAL DILANTIK MENJADI SENATOR..!!!
ANAK AMIR UKAY'S MENINGGAL DUNIA..
Wednesday, February 22, 2012
PAKATAN ANWAR KENA HALAU...!!!
Setelah Ketua "KOMANDO LEMBIK ANGKATAN MUDA KENCING" gagal mencetuskan pergaduhan, maka keldai tu memanggil khidmat kepala Gangster yang pernah merusuh dan mendatangkan kecederaan secara fizikal kepada polis suatu ketika.
Lain tak bukan Pendekar TIAN CHUA anjing yyang gigit telinga polis dulu, tetapi malangnya pada kali ini akibat terperanjat dengan KEBANGKITAN RAKYAT KAMPUNG GADEK DAN PARLIMEN ALOR GAJAH maka Pendekar TIAN CHUA telah terlupa hikmat 'GIGITAN TERULUNG NAGA SUMBING".
Oleh yang demikian die terpaksa menggunakan Polis untuk halau orang kampung dan Pemuda Gempur Alor Gajah yang sedang mengamuk dengan kehadiran parti dajal mata lanun negara.
Tian Chua dan ANU WAR hampir tidak boleh keluar dari FELDA HUTAN PERCHA. Tak berani turun kereta, terpaksa ikut lalu kobun gotah (jalan belakang).
Tetapi bagus gak, sesekali dapat melawat la kebun getah hasil pengurusan FELDA HUTAN PERCHA.
Tak perasaan ke, tengok jalan masuk kebun pun dah di turap dengan cantik.
Betul tak PAK ANU WAR...!!!
Tuesday, February 21, 2012
PELAKON DAN PENYANYI, LATIFF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA
Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Nora sekitar tahun 1970-an, Latiff Ibrahim, 61, meninggal dunia petang ini akibat sakit jantung.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di Unit Rawatan Koronori (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) selepas seminggu dimasukkan ke hospital tersebut.
Menurut isteri Allahyarham, Masruah Mahadan, 57, ketika mula-mula dirawat di IJN, suaminya agak stabil, namun keadaan kesihatannya tiba-tiba berubah malam tadi sebelum dimasukkan ke CCU.
Katanya, Allahyarham yang pernah membintangi filem Hapuslah Air Matamu (1976) itu mengadu sakit dada dan mengalami tekanan darah tinggi sebelum meninggal dunia.
Kesemua lima adik Allahyarham termasuk penyanyi, Datuk Khatijah Ibrahim dan dua anak Allahyarham, Mohd Hazriq, 35, serta Hazrilally 34 turut berada di sisi Allahyarham sewaktu meninggal dunia.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Taman Keramat dan akan dikebumikan selepas Zuhur esok di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, AU4.
Antara rakan-rakan artis yang melawat jenazah Allahyarham di IJN ialah seniman Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Halil Chik dan Datuk Sharifah Aini.
Monday, February 20, 2012
PAKATAN BUNUH SUAMI...!!!
Kematian seorang pemandu lori ditikam di rumahnya di flat Taman Petaling Utama, Jalan PJS 1/52, di sini, Khamis lalu, dipercayai didalangi isterinya yang mengupah empat remaja lelaki untuk melakukan pembunuhan itu.
Suspek disyaki merancang komplot membunuh suaminya apabila hubungan sulitnya dengan seorang lelaki muda diketahui mangsa.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata isteri pemandu lori berusia 34 tahun itu disyaki berpakat dengan kekasihnya berusia 22 tahun untuk membunuh mangsa berikutan dia menghalang hubungan mereka yang sudah terjalin lebih setahun.
Menurutnya, siasatan mendapati pasangan kekasih itu yang kini menjadi suspek utama kes berkenaan mengupah empat remaja lelaki, termasuk dua pelajar berusia 16 tahun untuk membunuh mangsa dengan menyediakan upah sebanyak RM5,000 seorang.
![]() |
| GANESAN...maut ditikam |
“Mangsa ditikam dengan parang di belakang badan dan tangan sebelum berlari keluar dalam keadaan berlumuran darah untuk mendapatkan bantuan. Dia bagaimanapun maut akibat kecederaan parah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, semalam.
- SUMBER MYMETRO
PUAK ANWAR BUAT HELAH DAN CERITA BOHONG LAGI...!!!
Sudah la Anwar, semua orang dah tahu bahawa pakatan PR memang suka menipu untuk meminta simpati rakyat agar menyokong pembohongan mereka. Jikalau dahulu puak Anwar cuba merancang satu kemalangan agar dapat memancing simpati rakyat, sekarang Anwar menggunakan cara yang sama juga untuk minta belas kasihan rakyat terhadapnya.
Ianya dibongkarkan oleh ahlinya sendiri yang tidak setuju dengan cara digunakan oleh puak pakatan Anwar untuk menuduh UMNO dan BN menjadi penyebab utama. Jikalau dibuatnya Anwar meninggal waktu ini kerana telah ditakdirkan tuhan, UMNO dan BN pasti akan menjadi mangsa yang akan dipersalahkan.
Malah kata orang, kalau Anwar terhantuk kepala kat dinding akibat kecuaiannya sendiri, UMNO dan BN juga akan menjadi penyebabnya. Kesemuanya pasti salah UMNO dan BN, walaupun telah ditakdirkan Allah Ta'ala...??
Adakah satu "Anugerah Tuhan" menyalahkan orang lain, apabila satu-satu bala menimpa dirinya..?? Kejadian dibawah seperti telah dirancang Anwar dan puak pakatannya kerana Pakatan PR memang tak diminati dikawasan Parlimen Sembrong.
Dipercayai budak-budak upahan Anwar telah memecahkan cermin keretanya sendiri, kerana kehadiran Anwar telah disambut oleh sekumpulan orang yang tidak berkenan dengan tabiat membohong Anwar. Oleh kerana puak Anwar ketakutan melihat kumpulan tersebut yang menghalang Anwar berceramah, dengan secara tiba-tiba cerminnya telah dipecahkan.
Menurut sumber, setelah kumpulan tersebut beredar, kenderaan yang dinaiki oleh Anwar bertambah teruk diremukkan seperti dilanggar oleh sebuah kenderaan. Lihat gambar dibawah...
Nampak sangat puak Anwar ni berbohong, kerana tiada gambar ataupun bukti menunjukkan UMNO dan BN menjadi penyebab utama kenderaan Anwar telah dirosakkan ataupun disabotaj.
Buktinya, punyalah ramai penyokong Anwar yang bawa kamera, ataupun Handphone canggih tetapi tak disertakan gambar mahupun rakaman video orang yang memecahkan kenderaan Anwar..??
Nampak sangat puak pakatan Anwar ni berbohong untuk memancing hati orang ramai..!!!
Sunday, February 19, 2012
JANDA DAN RAKAN SANGGUP BERBOGEL KERANA RM250..!!!
“Memang saya tak bertamadun, sebab itulah kerja macam ini,” demikian pengakuan selamba seorang pelayan pelanggan (GRO) apabila dia dan rakannya ditahan dalam serbuan selepas mempersembahkan tarian bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk, di sini, jam 1 pagi semalam.
Bagaimanapun, janda berusia 26 tahun itu merayu dibebaskan dengan memberi alasan terpaksa menjadi GRO untuk membesarkan dua anaknya. Difahamkan, janda itu dan rakannya berusia 27 tahun sanggup berbogel di pentas tarian atas permintaan pelanggan dengan upah RM250.
Mereka menari di pentas dengan membuka satu demi satu pakaian diiringi rentak muzik disko hingga berbogel selama 15 minit. Ketika ditahan, kedua-dua GRO itu dalam keadaan mabuk serta mengaku tidak keberatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan caj RM500.
Difahamkan, khidmat seks dilakukan di dalam tandas pusat hiburan terbabit tanpa menghiraukan bau busuk dan keadaan tidak selesa, malah pemeriksaan polis turut menemui kondom yang sudah digunakan.
Pegawai Turus, Cawangan Kongsi Gelap Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, ujian dilakukan terhadap dua wanita itu menunjukkan mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.
Katanya, turut ditahan ialah seorang wanita yang juga pelayan dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol serta seorang penjaga premis, termasuk ibu ayam berusia 46 tahun.
“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan baru beberapa bulan bekerja sebagai GRO, namun dia cuba menafikannya dan mendakwa datang bersama pelanggan bagi mengelak dicekup. Semua itu hanya helah kerana kami ada bukti dia bekerja di pusat hiburan terbabit dan turut disyaki menawarkan khidmat seks serta tarian bogel kepada pelanggan,” katanya.
Mohammad tidak menolak kemungkinan wanita terbabit sedia dibawa keluar pdengan membayar hingga mencecah RM1,000 semalam.
“Walau apa alasan diberi, kami tetap menahan wanita terbabit. Resit, wang tunai RM500 serta kondom turut dirampas, manakala semua wanita tempatan itu ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 b Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan serta melakukan perbuatan lucah, manakala penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 372 (1) (F) kanun sama.
Operasi turut disertai sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Johor (JAJ) dan mereka menahan empat GRO dipercayai mabuk mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana meminum minuman keras.
- SUMBER KLIK DISINI
AMOI CHINA TAWAR SEKS PERANGKAP LELAKI MALAYSIA..!!!
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.
Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.
Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup ‘berkhidmat’ di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.
Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.
Ini dibuktikan apabila siasatan polis mendapati ada antara wanita terbabit mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV.
Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.
Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.
“Mereka mengaku ke Malaysia untuk mencari duit sebanyak mungkin dan berbuat demikian hingga penghujung nyawa, walaupun menyedari menghidap Aids atau pembawa virus HIV,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Berdasarkan siasatan, katanya, kebanyakan wanita terbabit menguruskan sendiri kemasukan ke negara ini dan dengan kos tidak sampai RM500, mereka mampu membawa pulang RM36,200 selepas hanya ‘bekerja’ 20 hari. Itu juga menjadi punca ramai wanita asing gemar ‘cari makan’ di Malaysia.
“Lazimnya wanita, terutama dari China, diberikan gred iaitu A, B atau C. Di Malaysia, kebanyakan wanita terbabit sebenarnya cuma gred C, manakala gred A atau B mengisi keperluan di negara sendiri atau negara maju lain.
“Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa. Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari tanpa mengetahui status lelaki ditiduri, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit berjangkit.
“Lebih mengecewakan, ada antaranya terus menjalankan aktiviti itu walaupun menyedari mereka berpenyakit. Ini tidak termasuk status kesihatan lelaki asing yang meniduri mereka ketika masih dikategorikan gred A atau B di negara lain sebelum ini,” katanya.
Menurut Abdul Jalil, setakat ini warga China, Thailand, Indonesia dan Vietnam masih mendominasi kegiatan maksiat di negara ini berdasarkan statistik diperoleh D7 hasil tangkapan pada 2010 dan 2011, meskipun wujud pekerja seks dari negara baru seperti Uganda dan beberapa negara Timur Tengah.
Katanya, ada antara negara terbabit mencatatkan penurunan, manakala ada juga yang menunjukkan peningkatan dan ia dipercayai didorong beberapa faktor, terutama bahasa.
“Sebagai contoh pada 2010, jumlah tangkapan membabitkan wanita China sebanyak 6,199 orang manakala pada 2011 jumlahnya menurun kepada 5,795 berbanding Vietnam yang mencatat peningkatan kepada 812 tangkapan (2,823 orang) pada 2011 berbanding 2,105 orang pada 2010,” katanya.
Secara kasar, katanya, polis mendapati kebanjiran wanita Vietnam disebabkan mahir berbahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa itu yang memudahkan mereka berurusan dengan pelanggan.
“Jika wanita China, pelanggan yang tidak pandai berbahasa Mandarin atau Hokkien terpaksa membuat tawaran melalui kalkulator (menaip angka) untuk meminta diskaun dan ia merumitkan, berbanding hanya menyebut angka dalam bahasa Inggeris dengan wanita dari Vietnam.
“Ia seakan-akan lucu, tetapi itulah fenomena yang berlaku berdasarkan pengamatan polis dalam beberapa serbuan sebelum ini,” katanya.
Metro Ahad difahamkan, berdasarkan hitungan kasar, wanita warga asing menawarkan perkhidmatan serendah RM180 untuk sekali perkhidmatan dan jika didarab dengan 10, ia menjadi RM1,800 jika mereka ‘bekerja’ dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
“Jumlah RM1,800 jika dikumpul selama 20 hari menjadikan pendapatan mereka RM36,000 dan selepas ditolak perbelanjaan makan, minum serta sewa rumah, mereka masih mampu membawa pulang RM30,000.
“Itu bagi mereka yang tidak mengamalkan cara hidup mewah dan jika berbelanja RM10,000 sebulan sekalipun, mereka masih mampu membawa wang ke negara asal sebelum kembali semula ke Malaysia untuk mengumpul kemewahan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap kehadiran pelancong sebegini, terutama yang mempunyai cop keluar masuk lebih daripada dua kali ke negara ini, dipantau supaya kegiatan seperti itu dapat dibendung, selain merekodkan cap jari pelancong bagi mengelak identiti mereka dipalsukan.
“Kita tidak nafikan ada antara mereka benar-benar melancong dan berminat dengan keindahan negara kita, tapi pada masa sama kita harus berwaspada dan mengawasi pergerakan dengan memantau aktiviti dan mengetahui lokasi mereka.
“Mungkin kita perlu memperkenalkan sistem penjamin, iaitu mereka yang ingin ke negara ini perlu ada sekurang-kurangnya seorang penjamin bagi memastikan golongan ini tidak melanggar undang-undang negara dan jika ingkar, penjamin boleh dikenakan tindakan,” katanya.
- SUMBER MYMETRO
Saturday, February 18, 2012
SUAMI LEPASKAN NAFSU SEKS SYAITAN..!!!
![]() |
| GAMBAR HIASAN |
Tidak tahan dilayan suami seperti binatang setiap kali melakukan hubungan kelamin sejak lima tahun lalu, seorang isteri nekad lari dari rumah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah.
Dalam laporannya, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama.
Mangsa dan suaminya yang berusia 43 tahun berkahwin hampir 20 tahun lalu serta dikurniakan tiga anak tinggal di Bintong, di sini, sejak beberapa tahun lalu.
Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama. Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa juga mendakwa suaminya mudah naik angin dan memukulnya jika keinginannya untuk melakukan amalan seks keji itu tidak dituruti.
- SUMBER MYMETRO
Friday, February 17, 2012
ANWAR BAPA RASUAH..!!!
Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.
Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.
"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?
"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.
"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.
Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.
"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh.
Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.
Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.
"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
- SUMBER UM
- John Soh punca cita-cita 16 Sept. 2008 kempunan
- KUALA LUMPUR 16 Feb.
Thursday, February 16, 2012
PEGUAM ANWAR DISAMAN 10 JUTA..!!!
CAIR DIBUAI JANDA...!!!
Wednesday, February 15, 2012
APEK DAN TIGA RAKAN POSITIF DADAH...!!!
Tuesday, February 14, 2012
KURANG AJAR BETUL MELAYU DAP NI, MEMALUKAN MELAYU DAN ISLAM..!!!
WHITNEY HOUSTON MAUT KERANA DADAH DAN ARAK...!!!
![]() |
| BOBBI dikejarkan ke hospital kerana didapati tidak sedarkan diri di Hotel Beverly Hilton hanya beberapa jam sebelum ibunya ditemui mati di hotel sama. |
Sumber berkata, pegawai koroner Los Angeles memberi tahu keluarga Whitney, kandungan air di paru-paru penyanyi popular itu tidak mencukupi untuk menganggap dia lemas dalam tab mandi di bilik Hotel Beverly Hilton.
Malah, kata sumber itu, koroner percaya Whitney mati sebelum kepalanya tenggelam di dalam tab berkenaan. Laman sesawang gosip TMZ melaporkan, mayat Whitney sebenarnya ditemui ibu saudaranya, Mary Jones, bukan pengawal peribadi seperti dilaporkan kelmarin.
“Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 18, juga dipercayai tertidur dalam tab mandi di hotel sama hanya 24 jam sebelum itu,” lapor TMZ.
Pengawal keselamatan terpaksa dipanggil untuk membuka kunci pintu bilik Bobbi dan kini keluarganya bimbang kejadian itu bukan secara kebetulan, sebaliknya cubaan remaja terbabit membunuh diri.
Sementara itu, Bobbi dikejarkan ke hospital dua kali dalam tempoh 24 jam ekoran penemuan mayat Whitney kelmarin. Remaja terbabit dimasukkan ke hospital kali pertama selepas dipercayai pengsan akibat mengambil arak dan pil khayal diberikan anggota rombongan Whitney satu demi satu untuk menenangkannya.
Bobbi sekali lagi dilihat dibawa keluar dengan pengusung dari hotel berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi - hanya beberapa jam sebelum mayat Whitney ditemui. Sumber berkata, Bobbi terpaksa dikejarkan ke Hospital Cedars-Sinai untuk menerima rawatan bagi masalah tekanan melampau.
Beberapa jam kemudian, Bobbi dibenarkan keluar, tetapi rakan dan keluarganya tetap bimbang terhadap keadaan mentalnya. Pada Khamis, Whitney dilihat berpesta sehingga mabuk dan sempat bergaduh dengan pengawal keselamatan pusat hiburan berkenaan.
Petang keesokan harinya, Whitney sekali lagi berpesta secara melampau. Kata sumber, beberapa botol Lorazepam, Valium, Xanax dan ubat tidur ditemui di bilik Whitney.
“Ubat itu dipercayai bertindak sebagai penenang, menyebabkan Whitney tertidur dalam tab mandi sebaik saja ia bercampur dengan alkohol yang diambil petang sebelumnya,” katanya.
Pejabat koroner Los Angeles secara rasmi enggan memberi komen terhadap khabar angin mengenai penemuan air dalam paru-paru Whitney yang boleh mengaitkannya dengan insiden lemas.
Maklumat lanjut mungkin hanya dikeluarkan selepas semua siasatan disiapkan dan ia dijangka mengambil masa antara satu hingga dua bulan. Polis juga tidak membenarkan sesiapa melawat mayat berkenaan selagi ia berada dalam kawalan mereka.
TMZ melaporkan, pada peringkat awal ramai pihak percaya mayat Whitney ditemui bekas teman lelakinya yang muda 17 tahun, Ray-J. Namun, Ray-J mendakwa dia tidak berada “di mana-mana tempat berhampiran lokasi kejadian” tetapi tetap bersedih.
“Dia ada menghubungi saya melalui telefon tetapi tidak sempat dijawab,” katanya. Ketika Whitney mati dan Bobbi dihantar ke hospital, bekas suami penyanyi itu, Bobby Brown, berada di Nashville.
Walaupun dilaporkan menangis akibat kematian Whitney, Brown tetap muncul di pentas bersama kumpulannya, New Edition, dan sempat menjeritkan “Aku sayang kamu, Whitney!” ketika konsert berkenaan. - DM
Subscribe to:
Posts (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
SYED BUKHARI KRONI BN..??? MONOPOLI PERNIAGAAN..??? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI..??? Lihat baik-baik carta senarai orang terkaya ...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti dapat agak jika Ketua Pembangkang Anwar berjaya bergelar PM, perkara ni pasti akan dibebaskan di Malay...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Dalam baik-baik diantara kedua mereka, akhirnya kena sindir juga dengan si Jozan Maha Raja Lawak ni. Jikalau kita lihat lawak tersebut b...
















































