NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, February 29, 2012
KELANTAN DAH JADI SARANG DADAH...!!!
Kes penyalahgunaan dadah di negeri ini mencatat peningkatan lebih 100 peratus pada tahun lalu iaitu sebanyak 9,124 kes berbanding 4,255 kes pada 2010.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kebanyakan yang terlibat ialah golongan muda membabitkan pengambilan dadah jenis methamphetamine atau pil kuda kerana ia lebih mudah diseludup masuk dari negara jiran.
Menurutnya, pihak berkuasa terutama polis dan pelbagai agensi penguatkuasaan lain sentiasa meningkatkan rondaan bagi membanteras penyeludupan dadah ke negara ini.
Malah, katanya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga sentiasa menjalankan kajian bagi mencari pendekatan terbaik untuk membanteras penyalahgunaan dadah jenis baharu.
“Kerajaan juga ada kerjasama yang baik dengan kerajaan Thailand dan sentiasa bertukar-tukar maklumat serta tidak mengambil ringan perkara itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Mengenai kes penagihan dadah di negeri ini, Abu Seman berkata, berlaku penurunan ketara tahun lalu apabila hanya 388 kes direkodkan berbanding 2,360 kes pada 2010.
“Walaupun penagihan dadah nampak menurun dari segi angka, tetapi tidak boleh ambil ringan sebab kebanyakan yang kita lihat melibatkan penyalahgunaan dadah dan umum mengetahui kebanyakannya adalah penagih, cuma kita tak ada pengesahan daripada doktor, bila ujian air kencing dilakukan dia positif,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan berharap kes penyalahgunaan dan penagihan dadah di negara ini dapat diatasi melalui penubuhan pusat rawatan dan pemulihan (CCRC) yang telah dimulakan di Bachok sejak September lalu.
Katanya, penubuhan CCRC berkemungkinan diperluaskan ke seluruh negara sekiranya ia didapati mencapai matlamat ditetapkan.
“Ini peringkat percubaan dan masih dalam kajian, penemuan akan dibentangkan untuk dapatkan kelulusan dan kalau dapat hasil yang baik, maka transformasi akan dilakukan,” katanya.
- SUMBER UM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...
-
Semua keputusan telah terjawap siapakah individu lelaki "Y" yang dimaksudkan dimahkamah pada persidangannya yang telah berla...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
Pihak Pakatan PR ni memang pakar dalam penipuan dan pembohongan dalam membuat sesuatu isu untuk menarik perhatian orang ramai. Dipolitikk...



1 comment:
Oh tu tak heran.Homo cun cuma teruja kalau jadi sarang homo suka bontot.
Post a Comment