NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Tuesday, February 21, 2012
PELAKON DAN PENYANYI, LATIFF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA
Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Nora sekitar tahun 1970-an, Latiff Ibrahim, 61, meninggal dunia petang ini akibat sakit jantung.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di Unit Rawatan Koronori (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) selepas seminggu dimasukkan ke hospital tersebut.
Menurut isteri Allahyarham, Masruah Mahadan, 57, ketika mula-mula dirawat di IJN, suaminya agak stabil, namun keadaan kesihatannya tiba-tiba berubah malam tadi sebelum dimasukkan ke CCU.
Katanya, Allahyarham yang pernah membintangi filem Hapuslah Air Matamu (1976) itu mengadu sakit dada dan mengalami tekanan darah tinggi sebelum meninggal dunia.
Kesemua lima adik Allahyarham termasuk penyanyi, Datuk Khatijah Ibrahim dan dua anak Allahyarham, Mohd Hazriq, 35, serta Hazrilally 34 turut berada di sisi Allahyarham sewaktu meninggal dunia.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Taman Keramat dan akan dikebumikan selepas Zuhur esok di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, AU4.
Antara rakan-rakan artis yang melawat jenazah Allahyarham di IJN ialah seniman Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Halil Chik dan Datuk Sharifah Aini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlawan siak seri inderapura yang menjadi pan...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Apa yang betul si Kitol Anwar cakap, pasal kepimpinan Kerajaan Pusat banyak makan rasuah ke..?? Tetapi yang membolot dan bawa keluar du...
-
36 laporan polis bantah perhimpunan BERSIH Polis negeri setakat ini menerima 36 laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik da...
-
Inilah kalangan muka-muka yang pandai isi form dan sebagainya dulu untuk mendapatkan pinjaman dari kerajaan dengan kata-kata manis untuk m...



No comments:
Post a Comment