tag:blogger.com,1999:blog-23281526437555143652024-03-03T17:16:21.370+08:00KLBOYZ CHANNELAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.comBlogger1865125tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-26215893354183301772014-12-19T23:32:00.000+08:002014-12-19T23:32:10.780+08:00HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah Allah.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang, Azmi Alang yang mengetuai anggota Perkasa dalam membuat laporan polis itu, berkata pihaknya menggesa polis mengambil tindakan keras terhadap Lim yang dilihat cuba mempersenda kalimah Allah.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin yang mendapat sokongan rakyat di negeri ini Lim seharusnya peka hal-hal berkaitan agama dan bangsa lain.

"Kami juga menyerahkan memorandum kepada polis supaya tindakan dapat diambil ke atas ketua menteri. Sebagai ketua menteri, dia (Lim) mesti tahu asal usul agama Islam dan agama-agama lain di negeri ini. Dia tak boleh mempertikaikan hak-hak agama lain.

"Kenyataan itu juga seperti mempertikai Yang di-Pertuan Agong, ketua agama negara (dan Pulau Pinang)... kita pun menghormati bangsa lain, kenapa dia nak mempertikaikan orang Melayu dan agama Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Jumaat lalu, beberapa portal melaporkan bahawa Lim memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Lim juga dilapor berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Sementara itu, seramai 30 anggota Perkasa berhimpun di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi menyatakan bantahan terhadap kebenaran penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.

Suasana menjadi tegang apabila kumpulan itu tiba di perkarangan Komtar pada jam 2.30 petang dan cuba naik ke pusat pentadbiran kerajaan negeri di tingkat tiga untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, namun dihalang polis.

Komen KBC :-

1. Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

2. Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.

3. Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memakainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.

4. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid.

5. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “…cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Bilamana Anwar sudah tidak menghormati ULAMA’ di dalam PKR di atas nama kepentingan POLITIK; maka kita akan menyaksikan kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap PKR di masa akan datang ini.

Anwar makin gila politik sampai menggadai agama?

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com15tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-55896611886359435612014-12-17T00:16:00.001+08:002014-12-17T00:16:10.072+08:00KLBOYZ KEMBALI KE ALAM SIBER..!!!

Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal umpama menegakkan benang yang basah.

Akan aku kemukakan fakta-fakta, bukti-bukti sahih agar pembohongan puak pembangkang dipatahkan. Kebelakangan ni banyak juga fitnah-fitnah yang dibuat oleh puak tak bertanggung jawap ni. Semakin lama makin sakit hati pula aku membacanya, mencabar kebiwaan dan kesabaran aku.

Tidak akan aku mengalah pada fitnah-fitnah yang dilontarkan, akan aku kekang semua peradapan kurang ajar yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Aku telah kembali...!!!

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-44984644254378120142013-12-19T13:38:00.000+08:002013-12-19T13:42:35.191+08:00TURUNKAN KADAR TOL BUKAN NAIKKAN...!!!

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat daripada menaikkan kadar tersebut.

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kerajaan belum mengumumkan sama ada kadar tol akan dinaikkan, mereka harus memenuhi janji pada PRU-13 yang lalu.

"Perkara penting di sini adalah manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan oleh itu, BNBBC berharap tidak akan ada sebarang kenaikan," kata Shahrir.

Manifesto itu turut menyatakan antara perkara lain yang ditekankan BN adalah untuk mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat-peringkat' dalam tempoh lima tahun akan datang.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, tiada sebarang rancangan oleh BNBBC untuk membantah kenaikan tersebut kerana kerajaan masih belum mengesahkan mengenai perkara itu.

"Isu itu masih dibincangkan oleh kerajaan, pemimpin-pemimpin BN yang terdiri daripada Ahli Parlimen di pelbagai kawasan tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai perkara ini kerana tidak semua di kalangan kami mempunyai tol di kawasan masing-masing," katanya.

Walaupun pemimpin-pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang mengenai kenaikan kadar tol itu kerana kawasan mereka tidak terlibat, Ahli Parlimen lain, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang dan beberapa bandar utama amat bimbang mengenai perkara ini.

Shahrir berkata, pemimpin-pemimpin BN yang menentang kenaikan kadar tol terkesan mengenai isu ini kerana pengurangan kadar tol, terkandung dalam manifesto parti itu ketika menarik pengundi.

"Namun, kita juga menyedari bahawa tidak menaikkan kadar tol akan bermaksud, mungkin ada kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan," katanya.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-38147590497822422172013-12-14T10:32:00.006+08:002013-12-14T11:11:57.986+08:00PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH UMNO BAHAGIAN WANGSAMAJU 2013

Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan persekolahan anak2 bagi meringankan beban para ibubapa.

Program "KEMBALI KE SEKOLAH" 2013 bagi Parlimen Wangsa Maju sedang berlangsung di Dataran Pejabat UMNO BAHAGIAN WANGSAMAJU di Danau Kota yang bermula pada 9.00 pagi ini.

Ia adalah salah satu anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama UMNO BAHAGIAN WANGSAMAJU (Biro Pendidikan).

Betapa sibuknya para petugas2 yang telah bekerja keras untuk menjayakan program pada pagi ini.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan ini sangat meriah suasananya dan dirasmikan oleh YBHG. DATO' HJ.MOHD SHAFIE ABDULLAH selaku ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju.

Dalam ceramah beliau juga membantah keras diatas kenaikan cukai pintu yang bakal dikenakan bagi rakyat berpendapatan rendah dan berjanji akan membantu masalah tersebut akan diselesaikan dengan caranya tersendiri.

Lagi gambar menarik dibawah...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-85419136791356368982013-12-03T09:16:00.000+08:002013-12-03T09:16:00.633+08:00PERHATIKAN GAMBAR NI, MANA SATU USTAZ POLITIK. ..??

Cuba bezakan 2 gambar diatas ni, bezakan yang mana satu ustaz politik...?

Kenapa apabila berdakwah perlu kibarkan bendera politik..?

Apakah tujuan sebenar ustaz memberi ceramah..?

Adakah kerana ingin memberikan tunjuk ajar tentang pengetahuan islam ataupun menarik penonton menyokong parti politik naungan nya..?

Berceramah agama ke atau memancing politik..??

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-89119889808023022542013-12-02T08:57:00.000+08:002013-12-02T11:12:36.330+08:00WAYANG ANWAR DAN MB KHALID TERBONGKAR...!!!

Pada 3 Disember 2009 Anwar secara rasmi telah mengangkat sumpah sebagai Penasihat Ekonomi
Selangor. Dia diberi kemudahan sebuah pejabat di sebuah bangunan milik
KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) bersama dengan kemudahan kakitangannya.

MB Khalid semasa mengumumkan pelantikan Anwar, dia kata Anwar dibayar gaji
RM1.00 sebulan. Katanya lagi Anwar telah banyak wang, hingga menolak
gaji ribuan dan sanggup bekerja dengan gaji RM1.00 sebulan.

Pada masa tu MB Khalid dikatakan mempunyai kelulusan ekonomi dan pernah hebat dalam
korporat semasa di Guthrie gagal menjana ekonomi Selangor dan terpaksa
meminta bantuan daripada lulusan Sastera, Universiti Malaya seperti
Anwar.

Katanya lagi perlantikan Anwar kerana ‘kepakarannya’ dalam perbankan Islam yang hari ini menjelma Bank Islam (kononnya idea Anwar), tempat MB Khalid berhutang sebanyak RM67.4 juta (USD18.521 mil).

Setiausaha Politik MB Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan orang pertama menyokong pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Nik Nazmi sendiri berhutang beratus-ratus ribu dengan PNB (Permodalan Nasional Berhad), katanya MB Khalid memberi duit tunai kepada Nik Nazmi untuk melangsai hutang piutang itu.

Persoalannya, dimanakah MB Khalid cekau duit sebanyak itu ?
SPRM kena intai-intai juga pendapatan MB Khalid ini...!!!

Pemimpin PR ni sekarang dah sakau duit rakyat secara terang2an walaupun Anwar wayang memarahinya, sebaliknya yang marah tu makan duit rakyat sampai berjuta setahun.

Ketua pembelit, menteri2 nya pula membohong secara terang2... macai pula mengikut je telunjuk pemimpinnya...kesian..Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-35149201123761061422013-11-29T08:24:00.000+08:002013-11-29T08:24:00.281+08:00AZMIN BERTELAGAH DENGAN MB SELANGOR...!!!

Dalam perikatan parti sendiri pun ada yg membantah dan ada yg menyokong usul kenaikkan gaji ni. Berbalah antara satu sama lain, dalam parlimen pernah juga puak ni bersuara membangkang gaji yang diperolehi oleh ahli parlimen BN, minta agar elaun diturunkan.

Sekarang lain pula gaji puak PR ni dinaikkan kalahkan gaji PM dan TPM pula, lepas tu berikan alasan yang tak munasabah.

Anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji buat wakil rakyat Selangor yang akan berkuat kuasa mulai tahun depan.

Menurutnya, perkara tersebut diputuskan tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan kajian semula perlu dibuat agar kadar kenaikannya lebih munasabah.

"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," kata Azmin yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor pada sidang media di lobi. Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-88996679425303512892013-11-28T10:38:00.000+08:002013-11-28T10:38:05.920+08:00JANGAN PERTIKAI PERLANTIKAN SAYA-WARDINA

“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing.

"Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah pada saya,” begitulah luahan Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 34, berhubung kontroversi pelantikannya sebagai ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Selasa lalu.

Merupakan salah seorang daripada 29 individu yang dilantik kerajaan sebagai ahli majlis bagi mengukuhkan agenda perpaduan nasional, bekas pengacara Wanita Hari Ini, berkata, pelantikannya itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian memandangkan ia telah dinilai dan diputuskan oleh pihak yang lebih arif.

"Sebelum ini, hidup saya bahagia tanpa apa-apa jawatan dan penganugerahan. Saya selesa dengan apa yang seadanya.

"Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh ALLAH SWT.

"Saya memang minat dengan majlis-majlis ilmu dan banyak melakukan kerja amal tanpa pengetahuan orang lain.

"Mungkin dari situ mereka melihat keupayaan saya.

“Menyertai MKPN merupakan pengalaman berharga buat saya setelah dilantik sebagai fellow dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Insya-ALLAH saya akan cuba lakukan yang terbaik selepas ini," kata Wardina.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-21569613650810615322013-11-15T09:19:00.000+08:002013-11-15T09:19:41.590+08:00SEMAKIN RAMAI MACAI TINGGALKAN ANWAR...!!!

Seramai 70 ahli PKR Cabang Pandan keluar parti secara beramai-ramai dan menyertai Umno pada Selasa lalu menunjukkan kurangnya keyakinan rakyat Pandan kepada PKR.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli cuba menafikan dakwaan 70 orang tersebut bukanlah ahli PKR yang sebenar sebaliknya mereka adalah pemohon untuk menjadi ahli PKR pada PRU13 lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut dakwaan bekas petugas bilik gerakan PKR Ranting Pandan Utama, Abdul Aziz Jusoh yang mengumumkan keluar parti dan menyerahkan borang keahlian Umno bersama 70 ahli PKR yang lain kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam Selasa lalu.

Nampak sangat penipuan yang dibuat Raja Lembu ni, mengikut rentak ketua penipunya SiRaja Liwat suka sama suka idolanya.

Lama kelamaan pasti akan terbongkar juga penipuannya yang asyik dok berjanji tapi tak pernah nak tunaikan. Kalau ada pun pasti dah diganti dengan ranting bodoh Melayu tonggong yang baru dilantiknya, yang lama dah cabut dengan pengikutnya sekali.

Jikalau lembu bolehlah diperbodohkannya, inikan manusia pasti akan berfikir dengan waras sebelum membuat sesuatu tindakan. Masih cuba nafikan walaupun perkara tersebut adalah benar...!!!

Jika hampir dua minggu lalu, Parti PKR Sabah kehilangan dua wakil rakyatnya, kali ini ditimpa satu lagi masalah apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kota Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu hari ini.

Cubalah nafikan yang ini pula....!!!! Tindakan itu yang disertai dengan langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut Soloh Yuna.

"Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.

"Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk," katanya dalam kenyataannya kelmarin. Beliau berkata disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang Kota Belud kehilangan arah tujuan.

"(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu," katanya.

Menurut Soloh, mereka perlu membuat keputusan tepat mengenai hala tuju perjuangan politik masa depan mereka memandangkan PKR cabang itu semakin lesu dan tidak bermaya.

Dalam kenyataan itu juga bekas AJK PKR berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad yang keluar dari PKR baru-baru ini dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.

Jumaat lalu, Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan turut mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota PKR kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan PKR negeri Sabah.

Apa lagi Raja Lembu strategik menipu PR, buatlah penafian yang penuh dengan temberang lagi...wujudkan pula satu kesah ataupun babak yang melibatkan UMNO menipu lagi.

Makin terserlah pembohongan pemimpin PR ni dah takda isu....Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-45585506790654917772013-11-07T08:47:00.001+08:002013-11-07T08:47:11.545+08:00BERITA BAIK BUAT "BLACKLISTED" DAN MUFLIS..!!!

Akta baru digubal beri pelepasan automatik golongan disenarai hitam institusi kewangan. Kerajaan akan memberi peluang kedua kepada mereka yang muflis atau disenarai hitam oleh institusi kewangan dengan memberi pelepasan automatik kepada yang layak.

Pelepasan yang sedang dikaji adalah untuk mereka yang diisytiharkan muflis selama tiga atau lima tahun. Ia akan dimasukkan dalam akta baru yang sedang digubal untuk menggantikan Akta Kebankrapan 1967.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pelepasan automatik itu antara perkara pokok dalam rang undang-undang yang digubal sejak setahun lalu.

Ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun depan.

“Kita sedang kaji tempoh pelepasan yang sesuai. Kita juga sedang teliti kriteria bagi melayakkan seseorang individu diberikan pelepasan automatik,” katanya di sini semalam.

Terdahulu Nancy menerima kunjungan hormat delegasi sektor undang-undang dan keadilan Uganda yang diketuai Menteri Keadilan dan Perlembagaan, Kahinda Otafiire, di Parlimen.

Ketika ini lebih 245,000 individu diisytihar muflis selain disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan dilarang ke luar negara. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah itu adalah penjamin sosial.

Baru-baru ini, Biro Ekonomi Pemuda UMNO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menubuhkan Sekretariat Bebas Muflis bagi membantu golongan terbabit.

Antara isu utama dibangkitkan ialah ramai individu diisytihar muflis atau disenarai hitam kerana menjadi penjamin bagi pinjaman sosial, iaitu pendidikan, kereta atau rumah dan bukan pinjaman komersial.

Nancy bagaimanapun berkata, kriteria bagi kelayakan pelepasan automatik itu masih dikaji bagi memastikan hanya mereka yang layak menerimanya.

“Kerajaan mahu golongan muflis diberi peluang kedua. Kita juga mahu lebih ramai tampil menyelesaikan hutang mereka,” katanya.

Berdasarkan akta sekarang, ada tiga cara bagi seseorang yang muflis untuk keluar daripada status bankrap, iaitu pelepasan melalui perintah mahkamah, sijil pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi dan pembatalan melalui perintah mahkamah.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-48008983209630424242013-11-01T09:06:00.000+08:002013-11-01T09:06:06.125+08:00PR BAKAL BERPECAH BELAH KERANA HAL NI...!!!

Jika perkara ini dapat dilaksanakan, maka ia akan menjadi salah satu lagi isu hangat dan panas bakal diputarbelitkan oleh sebilangan pencacai PR yang sering meroyan dialam siber.

Sudah pasti isu ini juga akan membuatkan PR akan berpecah belah dan retak menunggu roboh saja. Jika ia dapat dilakukan sebaiknya seperti BR1M, ia juga bakal dapat menyumbang sedikit lagi untuk mengurangkan bebanan rakyat menempuh kehidupan harian mereka.

Paling menyakinkan sebahagian puak2 PR bakal berpecah-belah kerana pendapat mereka yang sering berlainan setiap masa, mahupun dari ahlinya, penyokongnya dan pemimpinnya.

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan disarankan mewujudkan mekanisme seperti kad yang diberi kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka mendapatkan subsidi minyak secara terus daripada kerajaan.

Firma perakaunan, KPMG Tax Services Sdn. Bhd. (KPMG ) yang mencadangkan perkara itu berkata, golongan tersebut boleh mengemukakan kad itu ketika urusan pembelian.

Rakan Pengurusan Negara KPMG Malaysia, Mohd. Raslan Abdul Rahman berkata, golongan berpendapatan rendah juga merupakan pengguna bahan bakar tersebut dan mereka terjejas dengan rasionalisasi subsidi.

"Ini (kad) akan mengelakkan pemberian subsidi kepada golongan yang tidak layak seperti mereka yang berpendapatan tinggi.

"Terdapat beberapa negara lain yang mengamalkan mekanisme itu dan ia telah berjaya," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan yang mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen seliter.

Jelasnya lagi, pelaksanaan tersebut haruslah telus di peringkat golongan berpendapatan rendah dan perlu memastikan tidak berlaku penyalahgunaan pemberian itu.

Jelasnya lagi, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah sesuatu yang baik, namun pemberian subsidi minyak kepada golongan berpendapatan rendah juga perlu dikaji. - UM

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-78856874359172684872013-10-27T12:46:00.003+08:002013-10-27T12:46:21.124+08:00KEBOLEHAN PAS YANG TIADA PADA UMNO BN...!!!

Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai kehebatan luarbiasa seumpama mukjizat diberikan Tok Guru sebagai hadiah untuk anak didiknya menegakkan politik dalam islam.

Dengan berbekalkan maki-hamun, caci-maki, menempelak dan mencerca antara umat islam adalah satu senjata yang digunakan untuk mempertingkatkan lagi semangat bergelora mereka.

Senjata utama ini memang sengaja digunakan untuk melemahkan pihak musuh apabila bertentangan dengan pendapat bayangan luahan rasa amarah yang mereka lontarkan.

Agar musuh merasa terhina, lalu kepuasan terserlah dijiwa kental dirasai mereka, biar megah menepuk dada tanda bersyukur kerana dakyah yang telah disampaikan terlaksana.

Bak kata Tok guru...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-57764418547726918442013-10-22T13:58:00.000+08:002013-10-22T13:58:45.062+08:00PERATURAN ATAU LAWAK JENAKA. .???

UNDANG-UNDANG atau peraturan dicipta untuk kebaikan manusia. Itu adalah perkara asas dalam hidup yang mana sudah tentu dalam kehidupan bermasyarakat adalah perlu untuk semua kita terlibat mematuhinya. Namun tidak bermaksud semua undang-undang ciptaan manusia itu sempurna. Ada peraturan digubal untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu seperti golongan peniaga, kapitalis dan ahli politik.

Ada juga undang-undang dicipta kerana menghormati masyarakat atau penduduk di sesuatu kawasan. Malah kalau kita ingat kembali bagaimana sikap perkauman orang kulit putih di Amerika Syarikat (AS) yang mencipta pelbagai undang-undang untuk membezakan mereka dengan golongan kulit hitam.

Sudah tentu undang-undang menindas ini tidak boleh diterima dan akhirnya masyarakat bangkit menentangnya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.

Lantas kita perlu bersyukur walaupun banyak kekurangan di negara ini sekurang-kurangnya tidak ada sesiapa boleh menyatakan diri mereka tertindas seperti masyarakat kulit hitam di AS yang begitu tersiksa dan dihina seolah-olah bukan manusia.

Kini zaman berubah dan undang-undang dan pelaksanaannya turut sama mengikut arus. Undang-undang bukan lagi satu kepentingan untuk melindungi masyarakat kerana terdapat undang-undang yang digubal yang akhirnya membantu penjenayah dan kumpulan jenayah terancang.

Namun begitu ada juga undang-undang dan peraturan yang kita rasakan pelik dan tidak memberi apa-apa kepada masyarakat.

Pancawarna minggu ini melihat beberapa peraturan dan undang-undang yang dilihat pelik, mengganggu kehidupan mahupun dianggap sebagai lucu dan tidak berfaedah kepada sesetangah golongan masyarakat di dunia.

MELANCONG

1. Denda jika kasut/ selipar berbunyi bising

PADA kebiasaannya ketika bercuti kita gemar melalui keadaan tenang sambil menikmati pemandangan dan panorama indah. Namun apabila bercuti di Pulau Capri, Itali, para pengunjung perlu menghormati mereka kerana penduduk tempatan sangat menghargai keadaan tenang dan sepi di bandar itu.

Malah mereka menguatkuasa undang-undang melarang orang ramai memakai kasut atau selipar yang menyebabkan bunyi bising. Jika anda ditangkap kerana tidak mengendahkan larangan tersebut kemungkinan besar akan ditahan polis dan didenda.

2. Dilarang meninggal dunia di bangunan Parlimen

JIKA anda bercadang berkunjung ke Bangunan Parlimen Britain, dinasihatkan supaya menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu. Ini kerana adalah sukar keadaannya jika berlaku kematian ketika berada di dalam bangunan itu. Punca utama orang ramai dilarang meninggal dunia di situ kerana bangunan Parlimen dianggap sebahagian daripada istana.

Maka sesiapa yang meninggal dunia di situ secara teknikalnya perlu diberikan pengebumian negara. Itu sebabnya pekerja Parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin jika anda dilihat sakit. Kita mungkin melihat undang-undang itu sebagai mengarut tetapi ia telah wujud sejak sekian lama di dalam akta tertentu.

Bagaimanapun tiada sebarang hukuman boleh dikenakan kerana sudah pasti yang tertuduh telah mati sebelum sebarang penangkapan dan pendakwaan boleh dilakukan. Adalah tidak menghairankan undang-undang ini antara paling tidak masuk akal pernah digubal dan masih berkuatkuasa walaupun tidak pernah digunapakai.

3. Larangan terjun payung untuk wanita bujang

SETIAP kali melancong sudah tentu kita akan melakukan setiap aktiviti selagi terdaya tanpa mengira jantina. Namun agak malang bagi wanita bujang berkunjung ke Florida kerana dalam banyak-banyak aktiviti yang boleh dilakukan, agak malang mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti payung terjun pada hari Ahad.

Bagi sebuah negara yang berbangga dengan amalan demokrasi dan hak kebebasan adalah sukar diterima kenapa wanita bujang tidak boleh melakukannya pada hari tersebut.

Timbul pertanyaan kenapa wanita bujang dan kenapa hari Ahad. Namun tidak ada jawapan terhadap persoalan itu. Yang pasti mereka memandang serius undang-undang ini dan jika melanggarnya tidak mustahil anda boleh dipenjarakan.

4. Dilarang memijak duit/matawang

KEBIASAANNYA kita melihat wang sebagai sesuatu yang diperlukan dalam hidup tetapi nilainya tidak lebih sebagai perantara dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati. Namun di Thailand wang bagi mereka lebih dari itu kerana semua pihak dilarang memijaknya. Ini bukanlah kerana nilai wang sehingga mereka menghormatinya secara melampau tetapi kerana gambar Raja Thailand yang tertera di atas wang tersebut.

Kita semua sedia maklum bahawa raja adalah seorang yang mendapat kedudukan tertinggi malah mengkritik atau memburukkan raja adalah satu kesalahan besar di negara itu. Maka jika anda terpijak wang negara itu anda akan dianggap menghina raja mereka atau memijak muka raja. Oleh itu elakkan perkara ini dari berlaku.

5. Beri kebenaran orang asing gunakan tandas

KETIKA bercuti kita mengharapkan saat dan ruang privasi supaya tujuan melancong dan bercuti itu akan dipenuhi. Ini kerana kita berharap setelah penat dengan urusan kerja dan perniagaan maka percutian adalah pilihan untuk menikmati suasana tenang dan santai bersama keluarga.

Namun jangan terkejut jika bilik hotel atau resort anda tiba-tiba diketuk dan seseorang meminta kebenaran untuk menggunakan tandas dan kemudian terus meluru menunaikan hajat. Ini kerana terdapat undang-undang di negara itu yang mana jika seseorang mengetuk pintu anda dan memerlukan penggunaan tandas, anda perlu membenarkan mereka.

Jika tidak anda boleh dikenakan tindakan dan denda walaupun kita sebenarnya terganggu dengan kehadiran lelaki berkenaan.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-46639778099186282442013-10-21T13:17:00.001+08:002013-10-21T13:17:30.259+08:00TUN MAHATHIR-KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

Dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi (high income country) tentulah diterima baik oleh rakyat. Tetapi kita harus ambil kira kesan pendapatan tinggi, terutama dalam bentuk upah dan gaji kepada kos sara hidup negara.

Apabila upah atau gaji dinaikkan, tidak dapat tidak kos barangan dan khidmat akan turut naik. Kenaikan ini akan mengurangkan daya beli (purchasing power) berbanding dengan pendapatan yang dinaikkan.

Kita tahu benar negara-negara yang berpendapatan amat tinggi dari segi upah yang diterima tetapi taraf hidup mereka jauh lebih rendah daripada kita. Pendapatan tinggi semata-mata tidak bermakna kekayaan dengan taraf hidup yang tinggi.

Yang akan menjadikan kehidupan kita setaraf dengan negara maju ialah daya beli pendapatan kita yang sama tinggi dengan daya beli penduduk negara maju. Kenaikan pendapatan tanpa kenaikan daya beli tidak bermakna sama sekali. Sebaliknya akan menghalang pembangunan negara ke arah sasaran menjadi negara maju.

Negara-negara yang ditakrif sebagai negara maju tidak sahaja memiliki pendapatan per kapita yang tinggi tetapi mereka memiliki daya pengeluaran dan produktiviti yang tinggi dengan kemajuan mereka dalam ilmu pengetahuan, kecanggihan dan kebesaran industri serta perniagaan dan perusahaan. Negara mereka dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan mencukupi untuk keselesaan hidup rakyat serta membantu aktiviti perniagaan dan perusahaan. Infrastruktur ini termasuklah jalan-jalan yang menghubungi semua bandar dan kampung, bekalan api dan air, khidmat pelajaran, kesihatan dan lain-lain.

Banyak terdapat negara yang berpendapatan amat tinggi tetapi tidak dianggap maju.

Kita perlu pisahkan kemajuan sesebuah negara daripada pendapatannya yang tinggi. Walaupun negara maju biasanya disertai dengan pendapatan yang tinggi bagi semua rakyat, tetapi pendapatan tinggi dengan sendirinya tidak bermakna negara sudah maju.

Hasrat kerajaan tentulah untuk menjadikan bukan sahaja negara berpendapatan tinggi tetapi negara maju dengan kuasa daya beli rakyat yang tinggi. Untuk ini tumpuan perlu diberi kepada meningkatkan produktiviti yang akan menyumbang kepada daya saing (competitiveness) negara. Kenaikan daya saing negara-negara Timur inilah sehingga mengalahkan negara Barat yang menjadikan beberapa negara Timur maju.

Menaikkan pendapatan adalah mudah. Umpamanya apabila gaji atau upah minimum dinaikkan maka matlamat pendapatan tinggi tercapai. Tetapi seperti yang disebut di atas, kenaikan ini tidak menjadikan rakyat lebih kaya, disebabkan daya beli tidak naik bersama pendapatan.

Umpamanya kenaikan upah minimum dari RM700 sebulan kepada RM900 sebulan akan membawa dua kesan. Mereka yang sedang menerima RM900 sebulan akan kecewa jika upah mereka tidak dinaikkan supaya yang berada di bawah mereka tidak mendapat gaji sama dengan mereka.

Apabila gaji kumpulan ini dinaikkan maka yang dahulu mendapat upah lebih tinggi akan meminta kenaikan supaya jarak yang lama dikekalkan. Akhirnya kenaikan gaji minimum kepada RM900 akan disusuli kenaikan gaji atau upah di semua peringkat. Kenaikan yang menyeluruh ini tidak dapat tidak akan menaikkan kos pengeluaran semua barangan dan khidmat. Dengan perkataan lain, kenaikan gaji dan upah tanpa kenaikan produktiviti akan menaikkan kos sara hidup.

Yang kedua, kenaikan gaji dan upah tetap akan menjadikan barangan dan khidmat kurang kompetitif di pasaran dunia. Pelabur tempatan dan asing juga tidak akan melabur dan yang menganggur tidak dapat bekerja untuk sara hidup mereka.

Malaysia adalah negara dagang. Pendapatan kita datang dari eksport barangan, bahan mentah dan khidmat yang dipasar oleh kita. Jika dagangan kita merosot, ekonomi kita juga akan merosot.

Sebenarnya pendapatan tinggi perlu disertai dengan produktiviti yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menukar industri mengguna buruh kasar yang ramai (labour intensive) kepada industri lebih canggih yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Industri hitech yang memerlukan lebih kecekapan akal fikiran daripada kerja tangan akan menghasilkan barangan yang tinggi tambah nilainya. Tetapi industri ini memerlukan pekerja lebih terlatih, berpelajaran tinggi dan cekap, seperti jurutera. Gaji mereka tentulah tinggi menepati hasrat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi (high income).

Perkembangan

Untuk mendapat pekerja yang berpengetahuan ini, sistem dan kemudahan pelajaran mestilah terdaya mengeluarkan penuntut yang memiliki ilmu-ilmu terutama sains dan matematik. Untuk ini penguasaan bahasa Inggeris adalah penting. Penggunaan bahasa Inggeris untuk sains dan matematik akan menentukan kelayakan seseorang pekerja. Lagipun bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa ilmu terpaksa digunakan dalam melatih dan mengajar selain memberi arahan untuk membuat kerja-kerja yang canggih.

Kefahaman bahasa Inggeris tetap akan menyumbang kepada penambahan pendapatan. Ini terdapat di mana-mana sahaja.

Untuk pengekalan dan perkembangan bahasa kebangsaan, kita tidak boleh guna bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran. Kita perlu hadkan penggunaan bahasa Inggeris kepada pengajaran sains dan matematik sahaja. Mata pelajaran lain mestilah disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

Pada masa sama penguasaan bahasa Inggeris perlu ditingkatkan. Kebiasaannya untuk menuntut ilmu ke peringkat sarjana dan Phd (doctorate) penuntut Malaysia kerap ke universiti luar negara. Bahasa pengantar di luar negara ialah bahasa Inggeris walaupun ada juga bahasa-bahasa lain yang digunakan. Kebanyakan buku teks yang digunakan di seluruh dunia juga dalam bahasa Inggeris.

Yang jelas bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, bahasa dagang dan industri. Jika negara ingin menaikkan pendapatan melalui dagangan dan industri yang canggih dengan nilai ditambah yang tinggi, bahasa Inggeris amatlah penting dan utama. Oleh itu untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, langkah pertama ialah peningkatan penguasaan ilmu moden di kalangan rakyat, bermula dari sekolah lagi.

Etika kerja juga perlu ditingkatkan. Satu contoh berkenaan keburukan etika kerja merosakkan ekonomi negara boleh dilihat di United Kingdom. Kerana kesatuan sekerja menjadi begitu kuat sehingga dapat mendirikan kerajaan tuntutan dari kesatuan untuk kenaikan upah melalui ugutan menyebabkan pendapatan naik tanpa kenaikan daya pengeluaran. Akhirnya semua industri British gulung tikar dan ekonomi negara merosot.

Kenaikan pendapatan memang baik bagi pekerja dan pengusaha. Tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dicapai hanya melalui dasar. Banyaklah yang perlu dipertimbangkan dan diselaraskan jika tidak kenaikan pendapatan akan memburukkan ekonomi negara dan kemajuannya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-1749002664822736872013-10-21T02:41:00.001+08:002013-10-21T02:49:22.621+08:00BOLEHKAH "ORAL SEX" DALAM ISLAM...??

Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadith, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks (seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami) diperbolehkan dalam Islam? Secara tegas dilarang, atau ada syarat-syarat dan batasan tertentu yang menjadikannya halal atau haram?

Ketiadaan nas yang sahih inilah yang membuat para ulama berbeda pendapat mengenai oral seks. Sebahagian ulama memperbolehkan kerana tidak ada dalil yang melarangnya.

“Isteri-isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu dari mana saja kamu kehendaki” (QS. Al Baqarah ayat 223)

Namun, sebahagian ulama lainnya menghukuminya makruh atau melarangnya dengan beralasan menjaga kehormatan (muru’ah), oral seks menjijikkan, dan tidak termasuk menjaga kemaluan seperti ciri orang yang beriman: ’alaa furuujihim yuhaafidhuun..

Perbedaan pendapat ini dan semakin banyaknya pertanyaan tentang oral seks membuat para ulama muta’akhirin berijtihad dalam masalah ini lebih detail. Dari ijtihad itulah kemudian didapatkan fatwa seputar hukum oral seks ini.

Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
Dalam buku Sutra Ungu, Abu Umar Basyir mengutip jawaban Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin ketika ditanya tentang oral seks. Beliau menjawab, “Itu perilaku kurang bagus, namun hukumnya boleh-boleh saja.”

Fatwa Syaikh Mukhtaar As Sinqithi
Dikutip dari buku yang sama, Syaikh Mukhtaar As Sinqithi menyatakan mubah secara mutlak, karena hukum asal dari segala cara berhubungan seks adalah halal. Tentu catatannya, selama tidak ada dalil yang mengharamkannya.

Fatwa Syaikh As Saami Ash Shuqair
Menurut murid utama Syaikh Shalih bi Utsaimin ini, oral seks hukumnya mubah asal tidak sampai menjilat madzi. Jika sampai menjilat cairan najis itu, maka hukumnya haram. Meski mubah, Syaikh ini memberikan catatan: “hanya saja, kami merasa jijik (dengan oral seks itu)”.

Fatwa Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdirrahman Al Jibrin
Ketika ditanya oral seks, beliau menjawab, “Boleh, namun dimakruhkan. Karena asalnya suami istri boleh bersenang-senang satu dan lainnya, menikmati seluruh badan pasangannya kecuali jika ada dalil yang melarang. Boleh antara suami istri menyentuh kemaluan satu dan lainnya dengan tangannya dan memandangnya. Akan tetapi, mencium kemaluan semacam itu tidak disukai oleh jiwa karena masih ada cara lain yang lebih menyenangkan.”

Fatwa Syaikh Yusuf Al Qardhawi
Dikutip dari buku Bahagianya Merayakan Cinta, Syaikh Yusuf Al Qardhawi berfatwa bahwa oral seks diperbolehkan dengan syarat menghindari madzi agar tidak terjilat atau tertelan, serta memperhatikan kebersihan mulut dan kemaluan karena jika tidak terjaga kebersihannya, terdapat potensi bakteri yang membahayakan kesehatan.

Kesimpulan:
Oral seks boleh dilakukan –khususnya untuk foreplay- dengan syarat tidak sampai menjilat madzi atau menelannya, menjaga kebersihan mulut dan kemaluan, dan disepakati oleh suami istri (tidak jijik salah satunya). Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-24290559577883898702013-10-20T11:58:00.001+08:002013-10-20T11:59:07.377+08:00KENAPA LIM GUAN ENG KEBAL..!!?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak Polis disoal berhubung kekebalan atau imuniti yang dimiliki Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang terus berkeras dengan pendirian parti itu berhubung isu kalimah ALLAH.

Penyelaras Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan didesak selepas ini sekiranya tidak mengambil tindakan terhadap individu yang ingkar dengan perintah mahkamah.

“Sebelum ini ada pemimpin yang menyebut mahu membakar kitab Bible dan beliau diminta untuk memberi keterangan di Bukit Aman, tetapi kenapa Guan Eng yang sering berdegil untuk menggunakan kalimah suci ALLAH tidak dipanggil..??

“Apa kelebihan yang LGE ada...?? Kenapa dia begitu kebal dalam isu ini sedangkan isu ini sangat sensitif....!!!

Dia berani mempersendakan kalimah suci ALLAH lepas tu berbangga pula mengatakan pendirian partinya sedangkan mahkamah dah buat keputusan,” katanya.

Persoalan itu dilafazkan selepas demonstrasi yang dilakukan berdekatan Masjid Simpang Enam, semalam.

Pihaknya juga memberi amaran kepada Guan Eng dan DAP supaya tidak terus berdegil dengan pendirian mereka itu sekiranya tidak mahu negeri ini dalam keadaan kritikal.

Terdahulu, kira-kira 50 badan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang mengadakan demonstrasi secara aman di Masjid Simpang Enam dan berarak ke Komtar untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kenyataan Guan Eng sebelum ini.

Demonstrasi melibatkan Perkasa, Persatuan Anak Jati Malaysia (Pajim), Persatuan Muka Buku dan Gerakan Pelajar Semenanjung (GPMS) itu, sedikit kecoh apabila dihalang anggota polis ketika menyerbu ke tingkat 3 Komtar.
Walaupun dihalang polis, mereka terus bergegas ke tingkat 3, Komtar dan menyerbu masuk ke pekarangan pejabat serta menghala ke arah lif bangunan itu.

Bagaimanapun dengan usaha polis, mereka akur dengan arahan dan beredar.

Mohamed Hafiz berkata, pihaknya menyokong usaha polis dalam menjalankan tugas namun kecewa apabila Guan Eng langsung tidak diambil tindakan walaupun banyak laporan ke atasnya dibuat.

Sebelum ini, Guan Eng menyatakan pendirian DAP yang bertegas menggunakan kalimah ALLAH yang mana parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka.

Guan Eng berkata, walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald, DAP tetap berkeras menghalalkan cara biadap mereka.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-11073114906550591372013-10-19T13:52:00.000+08:002013-10-19T13:52:04.512+08:00 PORTAL MALAYSIAN INSIDER KAKI TEMBERANG...!!!

Kalau betul berita yang ditulis Malaysian Insider benar kenapa nak harus meminta maaf semula..??

Kata Portal tersebut hanya bawa cerita benar sahaja..??

Sebaliknya hari ini memohon maaf pula, ini menunjukkan memang sah dan benar bahawa Malaysian Insider hanya membawa berita palsu sahaja.

Jika kita miskin dan dari golongan tak mampu untuk menyaman Malaysian Insider ni, bermakna cerita donggeng atau rekaan dibawanya akan nampak benarlah gamaknya.

Kalau dari orang kenamaan, kena gertak sikit nak saman je dah minta maaf dan mengeluarkan artikel tersebut dari laman portalnya.

Malaysian Insider memang kaki putar belit dan hanya membawa cerita karut, donggeng dan rekaan mereka saja unuk memburukan orang lain.

Jikalau benar kenapa perlu minta maaf...?? Malaysian Insider memang kaki temberang macam penajanya juga kaki temberang...!!!Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-5347345696182425302013-10-18T23:31:00.000+08:002013-10-18T23:31:32.712+08:004 ADUN PKR NAK CABUT KELUAR PARTI..!!!

Berita perkhabaran semakin kuat kedengaran mendakwa PKR akan kehilangan sekurang-kurangnya empat kerusi dari tujuh DUN parti itu selepas wakil rakyat mereka mahu keluar parti untuk tubuh parti baru di Sabah.

Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan kisah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Bumburing yang memenangi kerusi DUN Tamparuli di bawah tiket PKR bersedia untuk menerajui sebuah parti pembangkang berdaftar yang baru.

Bumburing dijangka akan menerajui Pakatan Kebangsaan Sabah (PKS), yang telah didaftarkan dalam tempoh dua minggu, selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan perubahan dalam barisan kepimpinan parti tersebut.

Menurut sumber yang diperolehi KBC, sebab utama Bumburing bertindak demikian kerana kecewa dengan cara ketua pemimpin PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengendalikan pelbagai perkara melibatkan parti di Sabah.

Ogos lalu Anwar mengumumkan ADUN Klias Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah dan perkara tersebut tidak disenangi oleh beberapa anggota lain khususnya empat ADUN PKR Sabah yang menyokong Bumburing.

Sebelum ini, ADUN Kadamaian, Jeremy Malajad disebut-sebut bakal menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Jeremy Malajad dilaporkan telah bertemu dengan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Sebelum ini ADUN DAP Luyang Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas.
Bekas ketua DAP negeri itu dilaporkan berkata beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada penyokong dan rakan-rakannya.

Hiew menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 27 September lalu.
“Beberapa teman cuba ‘membunuh’ saya dari dalam, tetapi tidak mengapa kerana dengan pengalaman dan ilmu yang lama terbabit dalam politik, saya pasti saya dapat melakukan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya saya benar-benar memutuskan untuk menjadi wakil bebas.

“Jika saya boleh menerima tekanan daripada rakan-rakan saya sendiri, jadi tak kan apa-apa sekiranya saya mungkin berhadapan daripada parti,” katanya.

Hiew turut menyifatkan sesetengah anggota DAP tidak hormat dan tidak bersyukur kerana melayannya seperti apa yang dirasainya sekarang.

Masalah dalaman DAP Sabah mulai timbul apabila beberapa ADUN membuat aduan kepada lembaga disiplin DAP supaya mengambil tindakan terhadap Hiew kerana menyokong Lajim Ukin – calon atas tiket PKR, sedangkan DAP dilaporkan menyokong ADUN Tamparuli, Wilfred Bumburing untuk jawatan ketua pembangkang pada Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.

PKR menang di tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-44054419071574266232013-10-18T17:21:00.000+08:002013-10-18T17:21:00.988+08:00RASUAH RM25,000 DENDA RM125,000...!!!

Memang wajar sangatlah perasuah didenda sehingga 5 kali ganda suapan yang cuba dihidangkan. Sepatutnya dipenjarakan lebih lama agar perasuah serik akan perbuatannya.

Diharap Jabatan2 kerajaan buanglah sikap tamak haloba demi menegakkan undang2 yang telah diperaktikan. Janganlah kegiatan ini menjadi barah jika dibiarkan ia terus berleluasa.

JOHOR BAHRU 17 Okt. - Seorang pemilik kilang pembungkusan dihukum penjara sehari dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi rasuah RM25,000 kepada seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd. (TNB), pertengahan tahun ini.

Ho Hann Sing, 34, dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah memberikan suapan kepada Jurutera Kanan TNB, Arizal Ashari sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan kerana mencuri bekalan elektrik.

Jika gagal membayar denda, Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh ditambah lagi enam bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, Hann Sing didakwa memberikan sogokan itu kepada Arizal sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas Chin Tat Packaging & Trading di Lot 259-260, Batu 15 Jalan Gelang Patah, dekat sini kerana disyaki mencuri bekalan elektrik.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Restoran Khaja 7, Nombor 35, Jalan 1, Lima Kedai, Gelang Patah pada pukul 6.55 petang, 6 Jun lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

Berdasarkan fakta kes, Arizal bersama tiga pegawai TNB menjalankan operasi pada pukul 3.30 petang hari kejadian di premis tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati berlaku kecurian elektrik di kilang itu.

Tertuduh kemudian didakwa menawarkan RM20,000 kepada Arizal agar tidak dikenakan sebarang tindakan namun tidak diendahkan sebelum Hann Sing kemudian menambah nilai sogokan kepada RM25,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noorfazlin Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam bela, Norain Tupari.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-15735539117628869942013-10-18T08:57:00.000+08:002013-10-18T08:57:01.065+08:00KJ BELASAH LGE BEBAL..!!!

Kesian betul KBC tengok ketua pemimpin DAP iaitu LGE memberi komen dilaman Twitter kononnya ingin cuba memalukan KJ dan UMNO, tetapi sebaliknya kena pada batang hidung sendiri apabila KJ memberikan jawapan membidas soalan bodoh LGE.

Soalan yang dibentangkan macam budak tadika tak reti langsung dalam bab2 politik, bukannya LGE sendiri sebenarnya tak tahu kenapa ROS mengambil tindakan menyiasat parti DAP diterajuinya.

Tindakan siasatan dibuat ROS terhadap DAP oleh kerana aduan bertulis dibuat oleh ahli parti DAP sendiri, tidak sama dengan masalah yang melanda UMNO baru2 ini.

UMNO bukanlah parti rasis seperti DAP yang bertelagah sesama sendiri sehinggakan ahlinya sendiri membuat laporan menyebabkan badan bertindak ROS terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan masalah dalaman DAP melibatkan LGE yang berat sebelah memberikan keputusan.

Adakah patut LGE menyalahkan pihak lain mengambil tindakan susulan laporan ahlinya sendiri, padahal LGE sendiri salah dalam memberikan kenyataan menyebabkan kebanyakan ahlinya sendiri tersingkir dari membuat pemilihan pemimpin parti mereka.

LGE nampaknya sudah takut pada bayang2 sendiri...!!!

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-80813391079503818472013-10-15T11:03:00.001+08:002013-10-15T11:03:31.615+08:00HARAM BERI UPAH DAGING KORBAN..!!!

Isu pemberian daging korban sebagai upah yang semakin hangat dibincangkan di internet, turut mendapat perhatian tokoh agama yang menegaskan hukumnya haram.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata daging berkenaan tidak boleh diberikan sebagai upah kepada sukarelawan termasuk tukang sembelih dan tukang lapah pada majlis korban yang banyak diadakan sempena Aidiladha.

Katanya, jika daging korban dijadikan upah, ia termasuk dalam entiti perniagaan kerana makanan itu menggantikan nilai wang.

“Duit (upah) diganti dengan daging, umpama daging itu galang ganti wang. Daging korban tidak boleh dijual beli... hukumnya haram.

Jika tetap mahu beri upah, ia perlu dalam bentuk wang atau selain daging korban,” katanya.

Isu ini diperbentangkan hanya sekadar mengingati mereka-mereka yang terlibat didalam proses menyembelih dan melapah daging korban. Janganlah diambil mudah dengan perkara sebegini, ikutlah lunas-lunas yang ditetapkan.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-71182559210507889022013-10-13T17:29:00.000+08:002013-10-13T17:29:00.158+08:00DAPATKAH PEMILIHAN BARU HAPUSKAN RASUAH DALAM UMNO..??

Apakah benar politik wang dapat dihapuskan dalam Umno? Dengan kaedah pemilihan baharu yang diperkenalkan tahun ini, sekurang-kurangnya itulah harapan umum, termasuk yang bukan ahli parti.

Berbanding pemilihan tahun-tahun sebelumnya di mana perwakilan yang mengundi hanya sekitar 2,000, pertarungan kali ini akan ditentukan oleh 146,500 orang yang akan memastikan siapa naik, siapa tersungkur.

Bukan rahsia lagi, dulu-dulu musim pemilihan parti dianggap sumber rezeki tambahan kepada perwakilan. Ejen-ejen calon meraih undi dengan menabur duit kepada perwakilan.

Perwakilan yang tiba dari seluruh negara dilayan seperti VIP. Mereka menginap di hotel besar. Makan, minum, dangdut dan lain-lain kesedapan peribadi, semuanya ditanggung beres oleh calon.

Malah, malam akhir menjelang pemilihan, ada sampul dimasukkan di bawah pintu bilik setiap perwakilan. Dalam sampul berkenaan ialah wang tunai – antara RM500 dan RM2,000 – berserta nota daripada calon: “Jangan lupa undi saya!”, atau lain-lain perkataan seerti dengannya.

Kalau perwakilan ada rasa tanggungjawab kepada parti, bangsa dan agama, calon-calon main duit itu sepatutnya dilaporkan kepada lembaga disiplin, bawa sekali sampul berisi wang dan nota rayuan itu sebagai bukti kukuh. Biar mereka dihukum.

Tetapi, tidak ramai perwakilan yang berjumpa lembaga disiplin. Lebih baik terima habuan, boleh bersedap-sedap sepanjang tiga hari di KL. Malah duit rasuah itu boleh juga digunakan untuk membeli buah tangan – termasuk kain batik, tudung bawal dan ayam goreng – untuk anak isteri di rumah.

Demikianlah, nilai seorang perwakilan Umno ketika itu, hanya RM500, RM2,000, campur urut dan dangdut percuma. Kalau begitu lekeh dan murahnya harga diri seorang pemilih, maka tidak hairan parti terbesar orang Melayu itu berada dalam keadaan semput-semput hingga sekarang.

Kini perwakilan yang memilih ada hampir 150,000. Kalau hendak rasuah RM1,000 setiap orang, calon kena menyediakan wang tunai RM beratus juta, terpaksa pula sewa van atau truk keselamatan untuk angkut duit tersebut ke PWTC.

Pendek kata mana-mana calon bercita-cita tinggi dan hendak membeli perwakilan, mereka betul-betul kena ada banyak wang. Rasanya tidak ada calon sanggup membeli undi dalam kaedah pemilihan baru ini. Maka atas andaian tersebut ada bersetuju politik wang dapat dihapuskan.

Tetapi, tidak ramai yakin politik duit betul-betul dapat dihapuskan. Ramai pemimpin parti sendiri akui masih ada lagi politik wang. Sebulan dua ini calon atau ejen calon menemui perwakilan, mengadakan majlis kenal mesra dan makan-makan.

Ada soksek-soksek sana-sini bahawa sesetengah majlis makan-makan itu diakhiri dengan acara menghulur sampul. Pendek kata susah juga hendak menghapuskan politik wang seratus peratus.

Kepada calon-calon, tidak kira jawatan apa, yang berhasrat bermain duit, tanyalah diri sendiri: apakah budaya busuk ini hendak diteruskan dalam parti? Masih tertutupkah mata dan hati bahawa rasuah sudah memporak-perandakan parti? Tidak malukah pada diri sendiri?

Kepada setiap perwakilan yang cuba disonglap, tanyalah diri: apakah hendak terus bersubahat dalam kegiatan busuk yang akhirnya menghancurkan parti dan generasi Melayu. Kalau tidak takut pada agama, malulah sedikit pada anak-anak kerana memberi mereka makanan dari duit rasuah.

Semua kena insaf untuk menyelamatkan Umno. Ada calon-calon yang sebelum ini telah disahkan terlibat secara langsung dengan politik wang. Ada yang tidak boleh bertanding, ada dilucutkan jawatan, ada digantung keahlian, gara-gara politik wang.

Kini mereka masuk semula ke gelanggang, mendabik dada mengaku pejuang bangsa. ‘Pejuang rasuah’ seperti ini tidak boleh dimaafkan, tidak boleh diberi peluang kedua. Mereka patut disingkirkan. 146,500 perwakilan wajib membuat pilihan tepat untuk memastikan kesinambungan parti. Mudah-mudahkan Umno dapat ditransformasikan.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-87719613365888402502013-10-13T09:43:00.000+08:002013-10-13T09:43:00.471+08:00SKANDAL KRONI PENTADBIRAN MPAJ. ..!!!

Ini adalah satu lagi permainan dan percaturan puak2 PR menguasai agar kroni2 mereka mengaut keuntungan demi poket masing2 dikawasan yang ditadbir MPAJ kebelakangan hari ini.

Kepincangan dan ketirisan yang berlaku di MPAJ telah dirancang dengan teliti agar pihak2 tertentu tidak dapat melibatkan diri dari peluang yang telah disediakan untuk menguntungkan pihak belaan mereka.

Manusia yang dimaksudkan adalah DRs. Sarodin, orang yang menguasai memecah-belahkan kawasan tersebut menjadi lebih kecil supaya sebutharga hanya dibuat dalam MPAJ sahaja.

Daripada 37 kawasan telah dipecahkan menjadi 76 kawasan, ia dilaksanakan agar menukar sistem tender kepada sistem sebutharga. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap melebihkan kroni dari melihat rekod kontraktor terbabit samada kontraktor tersebut mempunyai rekod buruk atau disenarai hitam kerana mempunyai prestasi tidak baik sebelum ini.

Lebih memilukan pemilihan kontraktor tersebut hanya memilih kontraktor yang berdaftar dengan UPENS sahaja dan ditutup untuk kontraktor2 luar yang lebih cemerlang.

Isu yang paling menyakitkan hati, kontraktor-kontraktor terpaksa mengadap Adun2 PR untuk proses pengesahan pendaftaran dengan UPENS, memerlukan budi bicara pemimpin2 Pakatan mereka.

Selainnya memudahkan kawasan2 rampasan perang ini dibahagi mengikut kouta masing2 dikalangan YDP dan Drs.Sarodin.

Pihak Alam Flora Sdn Bhd tidak dimaklumkan tentang perkara ini baik melalui lisan mahupun secara bertulis. Pihak MPAJ pula suka2 menukar sistem sedia ada tanpa membuat pengumuman kepada pihak terdahulu yang dipertanggungjawabkan diatas tugas tersebut.

Jika diikutkan perjanjian termeterai amat jelas bahawa MPAJ iaitu bermula 2007 hingga tarikh Alam Flora Sdn Bhd diswastakan, MPAJ bersetuju menyerahkan segala urusan pembersihan kawasan dan sisa pepejal kepada Alam Flora Sdn Bhd melalui perjanjian "Management Agreement".

Percaturan PR nampak sangat menyebelahi puak2 dan kroni2 mereka apabila suka2 menukar dan menguatkuasakan undang2 rimba yang tidak dimaklumkan mahupun diumumkan kepada orang ramai.

Sikap tak ambil peduli inilah membuat kita akan hilang bersuara dalam memberikan pendapat agar sikap keterbukaan itu lebih menyakin semua pihak.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-7498988762252083712013-10-11T10:44:00.000+08:002013-10-11T10:50:05.285+08:00KANTOI...KEPINCANGAN LAPORAN AUDIT PR DIDEDAH..!!!

Seluroh Jabatan dan Organisasi kerajaan Negeri terlibat lebih2 lagi diperingkat atasan dalam kepincangan audit yang dibentangkan. Malah kepincangan audit pada tahun lalu pun masih belum ditangani oleh kerajaan Negeri PR.

Ini adalah kepincangan dan ketirisan hanya di Selangor atas nasihat Anwar dalam pemerintahan PR :-

1. Isu tanah Yayasan Kebajikan Selangor yang dilihat ada cubaan rampasan hak dari kerajaan Negeri untuk dijadikan pusat budaya orang cina.

2. Isu TALAM

3. Isu KHSB

4. Isu kutipan Premium Tanah yang tak seimbang

5. Pembinaan kilang secara haram

6. Penggunaan tanah tanpa kebenaran

7. Memberi bonus 3 - 4 bulan untuk Kakitangan Pusat Pelaburan Kerajaan Selangor selama 3 tahun berturut-turut yang berjumlah RM887, 600 dengan menggunakan lebihan dana peruntukkan kerajaan.

8. "Program Hadiah Anak Masuk Universiti " yang merekodkan pengurusan wang yang lemah dan tidak cekap dimana seramai 21 penerima telah menerima lebih dari sekali sumbangan manakala ramai diantaranya menerima lewat sehingga lebih dari 3 tahun dan RM8.23 juta lagi masih terhutang dengan Anak-anak Selangor yang berjaya masuk ke Universiti.

Bukan di Selangor saja, malah di Kelantan turut merekodkan kepincangan dalam penemuan audit yang mengejutkan diantaranya:-

1. Anak Syarikat kerajaan Kelantan KELSTONE SDN BHD (KSB) yang dianugerah menerima konsessi melombong emas di 12 kawasan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 Juta sehingga RM1.54 Juta diantara tahun 2009 dan 2011.

Syarikat tersebut hanya melombong disekitar 2 atau 3 tempat sahaja diantara 2011 dan 2012 tetapi gagal memperolehi emas yang memuaskan.

2. Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan Subkontrak untuk meneroka emas dikawasan Sokor Tanah Merah pada 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja2 diamanahkan.

3. Pembayaran Bonus 11.5 bulan gaji Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) pada 2011 sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian.

Ini adalah kepincangan dan ketirisan hanya dari 2 negeri pemerintahan PR.

Adalah lebih baik ketua pembangkang Anwar membuat siasatan terhadap apa yang berlaku kepada kepincangan Negeri pemerintahan PR sendiri sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Janganlah PR cuba memperbetulkan orang lain sedangkan diri sendiri masih kelam-kabut dan haru-biru. Jika cuma 4 negeri pemerintahan PR sendiri masih tidak dibersihkan, mana kan mungkin Anwar bermimpi nak bersihkan seluroh Malaysia..??

KBC - Perbetulkan dan bersihkan diri tu dulu sebelum jadi ketua, kan tak pasal2 perangai buruk Anwar jadi contoh pengikutnya.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2328152643755514365.post-77800301724457037522013-10-10T08:38:00.001+08:002013-10-10T08:38:32.931+08:00THAILAND KUATKUASA ISA DI BANGKOK...!!!

Timbalan Perdana Menteri Pracha Promnok semalam berkata kerajaan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di tiga daerah di Bangkok sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keamanan di sekitar Bangunan Kerajaan.

Pracha berkata demikian selepas mesyuarat tergempar menteri berkaitan keselamatan.

Mesyuarat berkenaan turut bersetuju mengerah pasukan keselamatan ke daerah Dusit, Pomprap Sattru Phai dan Phra Nakhon mulai semalam hingga 18 Oktober. Menurutnya, dia sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Brunei.

Keputusan kerajaan itu dibuat selepas rundingan gagal meyakinkan penunjuk perasaan agar meninggalkan lokasi perhimpunan menjelang lawatan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) Jeneral Paradorn Pattanathabutr mengaku keputusan untuk menguatkuasakan ISA di Bangkok ada kaitan dengan amaran oleh bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra mengenai pakatan bagi menggulingkan kerajaan pada Oktober.

Katanya, agensi keselamatan sudah menangani situasi itu dan percaya pembangkang akan meneruskan bantahan mereka.

Penunjuk perasaan berhimpun untuk hari ketiga di kawasan berkenaan dan enggan undur walaupun dipujuk. - AgensiAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/11450101755243837029noreply@blogger.com2