PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, November 10, 2011

BAJET KHALID GAGAP CUMA UNTUK PANCING UNDI..!!!



Belanjawan 2012 yang dibentangkan Khalid gagap disifatkan sebagai meniru belanjawan Kerajaan Persekutuan dan bajet yang dibentangkan hanya untuk memancing undi untuk pilihanraya akan datang.

Apakah bajet ini menepati kerana kita tahu walaupun diumumkan dalam jumlah yang besar, tetapi kita mesti ingat bahawa penjualan harta-harta oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri(GLC) terutamanya PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor).

Kita lihat banyak penjualan hasil daripada GLC seperti PKNS yang semua maklum mengenainya. Hasil itu dikumpul seolah-olah Kerajaan Negeri mempunyai dana begitu baik, ia diambil daripada GLC lain iaitu hasil penjualan harta Barisan Nasional selama 52 tahun.

Hari ini Pakatan PR sewenang-wenang menjual hasil pengumpulan Kerajaan terdahulu, dan terus mengatakan ianya hasil titik peluh Kerajaan Pakatan PR.

Ini termasuk pembabitan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB). Pengauditan yang dijalankan antara Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.

Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta.

Menurut laporan itu lagi, terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak diadakan mengikut kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi. KDEB juga tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Selangor memberikan alasan bahawa program pemberian air percuma 20 meter padu tidak mempunyai kaitan dengan kerugian KDEB. Namun setakat ini tiada sebarang sebab pula diberikan tentang faktor kerugian kalau bukan sebab air.

Adakah oleh kerana faktor ketidakcekapan pengurusan baru KDEB..???

Kerana berdasarkan perjanjian dengan kerajaan negeri pada September 2008, KDEB telah diberikan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun.

Difahamkan kerugian KDEB pada 2009 kerana menanggung kos program air percuma bernilai RM131.47 juta di samping perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor sebanyak RM4.1 juta sedangkan kedua-duanya bukan aktiviti KDEB.

Program air percuma sepatutnya perlu diperjelaskan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Pinjaman KDEB daripada kerajaan negeri adalah tidak wajar kerana syarikat tersebut perlu berhutang.

Namun demi janji PRU-12, kerajaan negeri terpaksa meneruskan program air percuma meskipun tidak mampu dalam tempoh jangka panjang. Akhirnya KDEB tidak dapat bertahan dan pembayaran perlu diberhentikan. Kalau tidak anak syarikat kerajaan negeri itu akan terus mengalami kerugian yang amat teruk...!!!

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...