PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, November 10, 2011

MB AZIZAN TAK SEPENDAPAT DENGAN SEKUTUNYA DAP...!!!



Dalam satu pakatan pun tak setuju dengan pendapat masing-masing, PAS senantiasa tak bersetuju dengan pendapat rakan kroninya DAP yang menyuarakan bahawa ingin mengurangkan penjawat awam jikalau Pakatan PR berjaya memerintah Malaysia.

Sudah tentu jikalau penjawat awam dikurangkan mutu perkhidmatan akan diberikan akan bertambah lambat dan tertangguh-tangguh. Penduduk di Malaysia ni bukanlah semakin berkurangan sebaliknya semakin bertambah banyak, dan sudah pasti memerlukan ramai lagi penjawat awam untuk menguruskan pentadbiran.

Kekurangan tenaga kerja boleh menyebabkan terbantutnya sistem perkhidmatan yang akan diberikan kepada rakyat, malah semua kerja akan menjadi lambat untuk diselesaikan. Sebenarnya ada agenda lain yang tersembunyi dalam fikiran kotor DAP untuk mengurangkan jumlah kakitangan penjawat awam.

Kali ni tak perlu pihak kerajaan membangkang pendapat bodoh DAP, rakan dalam Pakatan PR sendiri menemplak rakan sekutunya yang mementingkan keuntungan daripada membela nasib rakyat.


ALOR SETAR 9 Nov. - Kerajaan Pas Kedah tidak bersetuju dengan hasrat sekutunya DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam jika dipilih sebagai pemerintah negara kerana kerajaan memerlukan ramai golongan itu bagi memberi khidmat pelanggan yang cekap kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, jumlah kakitangan awam sepatutnya ditambah bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran supaya selaras dengan perkembangan semasa yang menyaksikan pertambahan rakyat dan pembangunan.

Kata beliau, persoalan memaksimumkan tenaga penjawat awam adalah perkara berlainan tetapi keperluan dan keutamaan adalah untuk memenuhi tuntutan rakyat.

"Saya tak setuju nak kurangkan. Kita perlu kepada penjawat awam untuk tujuan mentadbir berdasarkan kepada keperluan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Azizan, kerajaan negeri yang ditadbirnya tidak pernah terfikir untuk mengurangkan kakitangan awam kerana bilangan bukan menjadi persoalan tetapi berdasarkan nisbah keperluan.

"Hari ini saya tengok rakyat Kedah semakin bertambah. Zaman saya mula-mula menjadi Menteri Besar dahulu, jumlah penduduk negeri ini sekitar 1.9 juta orang tetapi sekarang dah 2.1 juta orang.

"Rakyat akan semakin bertambah dan perlu kepada kakitangan kerajaan yang banyak untuk menguruskan pentadbiran," ujar beliau.

- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...