PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, October 21, 2011

SIAPA YANG SEPATUTNYA SELENGGARA JALAN INI..??



Jarak jalan yang menghubungkan Taman Maluri ke Pandan Jaya di sini hanya kira-kira satu kilometer tetapi pengguna yang melaluinya merasakan jaraknya sangat jauh. Ini kerana banyak bahagian jalan tersebut rosak teruk, berlubang, tidak rata, berlopak serta beralun dan ia bukan masalah baru tetapi sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Ia tidak pernah diturap semula dan lebih malang, tidak ada pihak berkuasa tempatan yang mahu bertanggungjawab terhadap masalah tersebut sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu pun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Ini kerana kawasan jalan tersebut terletak di sempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pengguna sering datang berjumpanya dan merungut mengenai keadaan jalan yang teruk itu.

Katanya, menyedari kesengsaraan yang dilalui pengguna itu, beliau telah berjumpa DBKL dan juga MPAJ untuk meminta jasa baik mereka menyelesaikan masalah tersebut.

Ujarnya, apabila berjumpa DBKL, pihak tersebut menyatakan jalan itu bukan di bawah tanggungjawab mereka dan jawapan yang sama turut diberikan oleh pihak MPAJ.

“Kedua-dua pihak terbabit masing-masing menuding jari, akibatnya pengguna yang terpaksa menempuh jalan yang teruk itu saban hari.

“Perkara ini melibatkan orang ramai, jadi tidak salah jikalau kedua- dua pihak berbincang, seterusnya bertindak menurap jalan tersebut bersama- sama demi keselesaan dan keselamatan pengguna,” katanya.

Selain itu, katanya, sudah banyak kemalangan berlaku di jalan tersebut dan tindakan menurap semula jalan itu harus segera dilaksanakan bagi mengelak lebih banyak kemalangan.

1 comment:

Sudir said...

Hehe.. Ko boleh jadi wartawan Aduan Rakyat la bro.. Teruskan bongkar..

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...