NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, July 4, 2011
SAH GUNA I.S.A. TERHADAP PERHIMPUNAN HARAM "BERSIH"..!!!
Perhimpunan haram "BerSHIT" ini umpama Mat rempit mahu berunding dengan polis untuk mengadakan perlumbaan haram. Hujah mereka, akan mengikut arahan jika polis menentukan haluan yang perlu mereka ikuti. Perhimpunan haram "BerSHIT" juga berkata, apa salahnya perlumbaan haram, kerana ia boleh menarik orang ramai dan ini sekali gus akan menguntungkan peniaga dan pemandu teksi..???
Hujah perhimpunan "Keldai" mengatakan ini hak asasi mereka sebagai rakyat Malaysia, kenapa hendak dihalang..??? Apa yang dibentangkan ini mungkin nampak pelik dan aneh kerana mustahil satu kegiatan haram hendak dibenarkan oleh pihak berkuasa...!!?
Tetapi apa bezanya hujah ini dengan kenyataan pemimpin-pemimpin pertubuhan haram "BerSHIT" dan MAT Sabu, Timbalan Presiden Pas...???
Pengerusi Bersih, Ambiga (PEGUAM MURTAD) mahu polis menyediakan laluan khas kepada mereka berarak dalam himpunan haram "BerSHIT", manakala Mat Sabu berhujah mengatakan hairan dengan sikap pemandu teksi dan peniaga yang membantah himpunan haram tersebut.
Lebih menyakitkan hati, Mat Sabu berkata, ''Kalau meniaga di tempat tiada orang, suruh mereka pi (pergi) meniaga di Hulu Tembeling. Tempat tiada orang boleh laku...''.
Jelaslah, sempit betul pemikiran pemimpin "BerSHIT" dan pakatan pembangkang dalam soal melanggar undang-undang, ini tidak ada bezanya dengan mat-mat rempit yang terus berdegil berlumba di jalan raya. Mereka tidak peduli kesusahan pengguna jalan raya lain asalkan niat dan hasrat mereka tercapai.
Begitu juga penganjur dan penyokong perhimpunan haram "BersSHIT", mereka juga tidak peduli sama ada ia akan memberi kesan impak yang buruk kepada orang ramai atau tidak, apa yang penting bagi mereka ialah berarak di jalan raya kononnya bagi menuntut sebuah pilihan yang bersih dan adil.
Atas sebab itulah, langkah polis menutup pintu rundingan dengan kelompok berkenaan amat tepat. Masa untuk berlembut sudah berakhir, tiada lagi pujukan, rayuan mahupun perbincangan tetapi sekarang adalah masa untuk bertindak. Ini memandangkan demonstrasi pada tarikh tersebut mempunyai seribu satu kesan buruk kepada negara.
Hasil risikan PDRM setakat ini sudah jelas membuktikan himpunan haram berkenaan adalah petaka kepada Malaysia jika ia berlangsung. Keamanan negara akan tergugat, kehidupan rakyat akan terjejas, imej Malaysia akan tercalar dan perkembangan ekonomi tanah air kita akan terbantut.
Mungkin inilah yang dimahukan oleh Ambiga, Mat Sabu, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin DAP dan Pas yang lain untuk menghuru-harakan Malaysia dengan perhimpunan haram "BerSHIT" yang bakal mereka rencanakan nanti.
Kedudukan Malaysia yang diiktiraf sebagai negara ke-19 paling aman di dunia, berada di kedudukan kedua di Asia dan pertama di ASEAN akan terjejas teruk dengan himpunan haram "BerSHIT" yang didalangi pemimpin-pemimpin kotor pihak pembangkang.
Itu belum lagi mengambil kira bagaimana pelabur-pelabur asing akan membatalkan kehadiran mereka ke negara ini jika himpunan haram "BerSHIT" itu mencetuskan huru-hara. Justeru tidak keterlaluan jika mereka yang mahu mengadakan himpunan haram berkenaan boleh dianggap sebagai "Perosak Negara".
Penganjur perhimpunan haram "BerSHIT" menunjukkan keangkuhan, kedegilan dan kebiadapan dengan memakai kemeja T- Bersih yang diharamkan bukan sahaja ketika berkempen mengajak orang ramai ke himpunan tersebut tetapi juga ke dalam Dewan Rakyat.
Jika mereka boleh menunjukkan kedegilan dan keangkuhan, kenapa pihak berkuasa tidak boleh menunjukkan sikap yang sama demi menjaga keamanan dan kemakmuran kehidupan jutaan lagi rakyat Malaysia. Pembangkang dan NGO seperti perhimpunan haram "BerSHIT" perlu diajar supaya menghormati serta memahami undang-undang negara, jangan memutar-belit dan memperalatkan undang-undang serta Perlembagaan demi perjuangan sempit mereka.
Berdasarkan kepada keadaan itu adalah wajar jika mereka yang cuba melakukan sabotaj kepada keamanan, ketenteraman dan ekonomi negara ini ditahan dan dikurung termasuklah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mungkin pembangkang akan berhujah tindakan itu zalim tetapi bagaimana dengan hasrat mereka untuk menghuru-harakan negara pada 9 Julai ini? Apakah itu tidak zalim?
Persoalannya, adakah himpunan haram "BerSHIT" berkaitan dengan pilihan raya atau ia mahu dijadikan medan untuk membalas dendam serta mengalih isu yang sedang melumuri pembangkang..??? Atau apakah ada agenda lain yang lebih besar..??? Apa agenda berkenaan..???
Dalam soal ini tidak perlulah pembangkang berbohong kerana pihak berkuasa sudah mengetahuinya..!!! Sekarang masa untuk tindakan lebih tegas dan keras demi keselamatan rakyat dan negara kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beri peringatan bahawa, ''kerajaan tidak takut untuk bertindak''.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
No comments:
Post a Comment