PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, December 20, 2010

ANWAR DAH TERDESAK

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai "pengkhianat" kepada negara, kerana Anwar didapati kerap menimbulkan konflik termasuk insiden terbaru kecoh di Parlimen kelmarin.

Oleh kerana cara Anwar yang selalu menggunakan pihak Asing, memburukkan Malaysia di mata dunia dan tindakan yang terbaru kecoh yang dirancang di Parlimen untuk mencapai cita-citanya. Ketua Pembangkang  selalu menggunakan pendekatan demontrasi, eksploitasi dan berbohong sehingga menyebabkan situasi tegang kepada negara.

Ini semua disifatkan sebagai perbuatan yang salah dan tidak mencerminkan kewibawaan sebagai wakil rakyat sehingga sanggup mencemarkan kemuliaan Dewan Rakyat. Wakil Rakyat Pakatan Pembangkang
seharusnya bertindak menghormati institusi Parlimen dan bukannya menjadikan seperti "sarkas" politik.

Apa yang telah berlaku di Parlimen telah membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang semakin terdesak selepas ditimba "bencana" sejak kebelakangan ini, Pilihan Raya Kecil ( PRK ) yang telah dijalankan pun membuktikan Parti Keadilan Rakyat semakin merundum menurun apabila Barisan Nasional ( BN ) memenangi 3 daripada 4 PRK yang telah diadakan terdahulu.
 Jelas kita lihat disini Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sikap yang tak Profesional dan menunjukkan Emosi yang melampau dan keterlaluan. Pakatan Pembangkang cuba menyamakan slogan "1 Malaysia" dengan '1 Israel' dan memutar belitkan dengan mengatakan Malaysia dipengaruhi dengan Yahudi.
 Bagaimana pula dengan slogan "PAS for All" dan 'Israel For All'....?? Itu adalah slogan yang pernah digunakan pihak Israel...?? Jika itu alasannya, adakah PAS juga dipengaruhi oleh Israel dan APCO..??
 Bagaimana pula dengan lambang "Satu Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang 'Satu Mata' Parti Keadilan Rakyat...?? Apakah PKR juga dipengaruhi dan diresapi unsur Yahudi, kerana persamaan Logo berkenaan.

Tentang pergantungan Ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim dan 3 lagi Ahli Parlimen Pembangkang selama 6 bulan, Pembangkang memberi sebab tindakan itu untuk mengembalikan majoriti 2 per tiga Barisan Nasional ( BN ) di Dewan Rakyat serta memberi laluan untuk meminda perlembagaan adalah tidak benar.

Terdapat 222 kerusi dalam Dewan rakyat dan Barisan Nasional ( BN ) memerlukan menguasai 148 daripadanya untuk menguasai majoriti 2 per tiga. Kini BN mempunyai 137 kerusi, Pakatan Pembangkang 77 dan 8 Ahli Bebas.
 Semua tuduhan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang ini adalah modal dan dalam keadaan terdesak untuk mencari isu untuk diceramah  pada ceramah-ceramah Pembangkang dimasa akan datang. Padahal Anwar dah diberi masa Seminggu untuk menjawap keterangan tentang APCO walkie-talkie yang dibelit-belitkan dengan APCO WorldWide. Anwar dah gagal dalam masa tempoh yang telah diberikan, dah tentu dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap kebiadapan Anwar.

Dah nampak sangat jalan Pakatan Pembangkang ni sekadar nak mengambil perhatian dan keperhatinan rakyat seperti mereka ni tertindas....!!!

2 comments:

blogenstarz said...

BODO TAK LEH DI AJA
PANDA TAK LE DIIKUT
BODO SOKMO

Anonymous said...

Pembohongan dan kerakusan mengikut nafsu serakah telah menjadi darah daging bang auuuw tu tidak lupa pula fitnah dan bidaah juga menjadi ulam harian kepadanya dan pencacai pencacai yang suka mengagungkan anugerah iblis ni.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...