AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo. |
Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.
Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).
Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.
Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).
Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.
4 comments:
Assalamualaikum dan selamat menyambut Maulidur rasul untuk semua pembaca.
Kita ucapkan tahniah kepada mereka mereka artis ini yang merasakan diri mereka telah insaf dan kembali kepangkal jalan.
Persoalan disini bukan lah untuk menghina kedudukan mereka yang dikatakan telah kembali kepangkal jalan tetapi yang diherankan kenapa media memperbesar-besarkab kisah mereka ini. Apa kelebihan artis ini jika dibandaingkan cerita dari mulut seoarng muda atau orang tua yang telah bergelar ustaz atau ustazah sedangkan mereka ini , maaf cakap boleh dikatogerikan baru nak berjalan semula setelah bangun dari sakit.
Apa kelebihan mereka yang perlu diwar-warkan , kita pernah mendengar rakaman salah seorang artis yang hanya berceriat mengenai kisah silam dan mengapa kini beliau berasakan cukup bersalah dan seolah olah mereka sahaja lah yang pernah melakukan silap dan salah. bagaiman pula dengan orang bukan artis yang turut melakukan doasa serta bergelumang dengan pekara perkara maksiat lain. Belum pernah kita dengar dan baca pihak media atau siapa sahaja yang menulis mengenai mereka.
Pada pendapat saya mereka artis ini, tidk mempunyai apa-apa kelebihan pun selain malah dihati kecil kita, artsi yang menyatakan mereak ini telah insaf dan sebnagai nya masih memerlukan publisiti murahan.
Kita doakan semuga keinsafan mereak mendapat keampuna dan rahmat dari Allah dan menyeru juag suapay mereka sedar , setiap perbuatan cerita kenapa atau mengapa mereka berubah tidak perlulah dihebohkan kerana dalam hidup setipa manusai benayak melakukan dosa yang kekadang secara tidak sedar dan bila tersedar ada juga memohon kemapunan secara senyap kepada Allah dan tidak pernah naik kepentas dan sebagainya.
syukur Alhamdulillah..
semoga mendapat kebaikan. tapi tolonglah jangan politikkan keinsafan itu dan jangan mempolitikkan diri anda kerana ia hanya mendatangkan fitnah. biarlah keinsafan itu ikhlas kerana Allah :)
Alhamdulillah Allah telah memberikan hidayah kepada mereka untuk berubah. pada aku senang je. orang nak berubah kejalan baik kita mesti sokong. pekak kan je telinga kalau ada yang memerli. cuma jangan terlampau sangat memberi statement takut nanti lain jadi. orang sekeliling tungguh dan lihat je. mohon selalu pada Allah S.W.T agar ditetapkan iman dan hati agar jangan berbolak balik. satu lagi jangan riak dan takabur. takut esok lusa berpaling pula dari perubahan sekarang. setelah berubah jangan plak mengeji mereka2 yang masih yang masih belum menemui hidayah dari Nya.satu lagi jangan membabitkan diri dengan pilitik sebab itu bukan jalan yang benar. contoh sudah ada. baru berubah sikit lepas tu mengutuk mengeji orang lain. Islam tidak pernah membenarkan keadaan itu. kalau nak berguru agama cari guru yang bertauliah bukan ustazah dan uztaz atau tok guru dalam parti politik. cari lah. di malaysia ni melambak guru2 agama yang natural pemikirannya. ingat ye tanda lebab didahi bukan lah semestinya tanda orang yang warak iamannya.semoga cahaya iman senitiasa menerangi hidup kita semua InsyaAllah.
bersyukur kerana Allah beri hidayah... jangan riak dan berlagakkk dan jgnlaa dgn baru pakai tudung atau baru pandai pakai serban dah nak bagi ceramah dan mengeji org lain.. dan menyalahkan orang lain atau kerajaan atas kealpaan sebelum terima hidayah
dan jangan sedih dicerca jika org mengeji bila berceramah dipletform politik... korang sendiri membuka ruang untuk dicerca.
berilah mereka yg "berilmu" untuk berceramah ugama...
Post a Comment