PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, September 28, 2011

NIK AZIZ DEMI ANWAR LAKSANAKAN HUKUM HUDUD..!!?



PKR nampaknya mencari jalan selamat kerana parti itu amat bergantung kepada sokongan orang Melayu. Maka dengan memberikan sokongan kepada Hukum Hudud Kelantan bererti serangan dari dalam Pas tidak akan berlaku. Jika ini dapat dipertahankan, maka penyokong tegar Pas akan memberikan sokongan kepada Anwar untuk terus mencari helah dan memperlambatkan perbicaraan kes "main belakang" yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Tentunya, untuk melaksanakan Hukum Hudud Kelantan itu banyak pindaan diperlu dilaksanakan dengan meletakkan perspektif keilmuan moden dalam menentukan bahan bukti, kerana "video dan gambar asli yang dirakamkan bukanlah besi", walaupun "tidak berperasaan" ia lebih mudah diyakini oleh masyarakat kebanyakan.

Bahan bukti itu bukanlah satu manipulasi untuk kepentingan politik pihak tertentu, ia adalah dokumen yang autentik dan wajib dipertahankan. Meskipun ada teknologi yang boleh mengubahnya, kecekapan dan kemajuan dalam ilmu forensik banyak membantu menyelesaikan sesuatu kes.

Jika Hukum Hudud Kelantan terus menolak penggunaan kaedah moden, seperti pengesanan cap cari (biometrik), profil DNA, bahan rakaman (video, audio dan visual) dari kamera litar tertutup, maka tidak ada sebab orang lain tidak boleh mempersoalkan bahan-bahan yang dimuat turun oleh pembangkang menerusi media baru.

Masyarakat pada suatu masa, dalam keadaan tenang akan berfikir sejauh manakah kebenaran yang cuba ditonjolkan oleh seseorang, sedangkan ia adalah sebuah hiper realiti dan imaginasi semata-mata, tidak selamanya manusia boleh ditipu oleh teknik tindanan (superimposed), overlay, spinning, retorik dan potong-tampal. Masyarakat sekarang semakin bijak menilai.

Kalau media arus perdana dilihat sebagai meninggalkan kesan tidak sehaluan kognitif, maka media baru yang digunakan oleh pembangkang memberikan kesan limpahan kognitif. Limpahan kognitif akan menambahkan kekeliruan, bahkan menimbulkan pelbagai masalah dalam membuat keputusan.

Ia seakan-akan hampir sama dengan kebimbangan masyarakat 1970-an dan 1980-an terhadap kesan buruk televisyen ke atas kanak-kanak, kerana imej yang dipaparkan oleh media baru propembangkang terlalu sukar untuk dipisahkan antara yang hak dan yang batil.

Tentunya, jika Hukum Hudud Kelantan dilaksanakan juga, maka masyarakat akan boleh menilai apakah hukuman yang sepatutnya diterima oleh pemimpin pembangkang yang melakukan jenayah termasuk penipuan politik, enggan menyerahkan kereta kerajaan, mengawal peruntukan projek untuk syarikat- yang ada kaitan dengan orang tertentu, bahkan menerima tajaan pihak tertentu untuk mengerjakan haji sekeluarga sedangkan pihak terbabit mempunyai hubungan niaga dengan pemimpin kerajaan, berbohong dan mengelecek harapan rakyat.

Inilah langkah pembetulan yang perlu dilakukan oleh pemimpin Pas sebelum boleh melaksanakan Hukum Hudud Kelantan, kerana mana-mana negara yang telah melaksanakannya masih menemui kegagalan. Pemimpin tidak melakukan apa yang diucapkan, bahkan hanya tahu menyalahkan orang lain sedangkan kesalahan sendiri ingin ditutupi.

Tidak ada orang Islam yang boleh menolak hukum hudud, tetapi apa yang ditolak ialah kelemahan-kelemahan yang ada dalam Hukum Hudud Kelantan, kerana penggubalannya dilaksanakan dalam langkah berundur, tidak mengambil kira kaedah pembuktian dan suasana semasa yang lebih berkesan.

Ini semua boleh dikira sebagai perkara subahat yang menyebabkan pelaksanaan hukum hudud itu sendiri perlu ditangguh dan pernah ditangguh pada zaman pemerintahan Saidina Omar r.a di masa kemarau, Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud, "Kesilapanku kerana (memaaf) tidak mengambil tindakan lebih aku suka, daripada kesilapanku kerana mengambil tindakan". (Maksud hadis riwayat Tarmizi).

Di manakah boleh kita peroleh saksi yang menepati kriteria itu, sedangkan kerana ketiadaan saksi itulah maka mangsa rogol dan curi tidak akan mengadu dan yang untung ialah penjenayah, proses mengesan aktiviti mereka tidak boleh dibuat berdasarkan petunjuk seperti lakaran wajah, rakaman CCTV, cap jari mahupun DNA, kerana itu semua adalah 'bisu' , 'tidak berperasaan' dan 'besi'.

- DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM




1 comment:

Unknown said...

Tengah tunggu jawapan PAS...

Kerajaan nak rampas tanah Melayu Kampong Bharu? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...