PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, August 27, 2011

SELEPAS KES MURTAD JABATAN AGAMA ISLAM MENGGEMPUR FAHAMAN SYIAH PULA



Selepas kes kejadian Murtad yang berleluasa di Selangor, kali ni Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah. Sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan. Paling mengejutkan, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui juga di situ.
BACA SETERUSNYA
KLIK DISINI

Belum lagi dapat dihuraikan kes Murtad yang berlaku tempoh hari, kes sebaran fahaman Syiah pula dapat dibongkarkan oleh JAIM. Ini adalah perkara yang amat mengejutkan kerana selepas satu-persatu kes telah dapat dibongkarkan oleh Jabatan Agama Islam yang melibatkan pengedaran buku mengenai 'kebenaran' ajaran Syiah yang dikaitkan dengan akidah Islam sebenar ke masjid-masjid seluruh negeri ini sejak beberapa hari lalu menimbulkan tanda-tanya umum.

Masjid Terengganu menjadi sasaran utama buku ajaran Syiah itu akan disebarkan, itulah pendedahan yang dinyatakan olehJabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) telah mengarahkan pihak masjid yang menerima buku tersebut agar menyerahkannya kepada pejabat agama terdekat.

Buku-buku itu diposkan kepada semua pengerusi masjid untuk diagihkan kepada imam yang bertugas di setiap masjid di mana setiap bungkusan mengandungi tiga set buku yang perlu dituntut di pejabat pos.

Salah sebuahnya berjudul Akhirnya Kutemui Kebenaran, buku terjemahan berbahasa Arab tulisan Dr. Muhammad al-Tijanji Al-Samawi setebal 245 halaman dan terdapat catatan ia terbitan kumpulan Pengajian Islam Universiti Islam Antarabangsa, 1995.

Sebuah lagi buku setebal 548 halaman berjudul Dialog Mengenai Islam dan Akidah Islam Sebenar dan Kewajipan Muslim Mentaati Kepimpinan Yang dilantik Allah dan Rasul Demi Perpaduan Dan Kejayaan Dunia Akhirat.

Setiap bungkusan itu disertakan dengan cap pengirim atas nama Majlis Syiah Malaysia, beralamat No. 148, Jalan Haji Mahmood, Ulu Tiram, Johor di samping terdapat cop beralamat Majlis Syiah Malaysia, 1012, Desa Melawati, Kuala Lumpur yang diragui.

Pengerusi Masjid Kampung Petai Bubus di sini, Tuan Syarif Putera menyifatkan ia mungkin langkah halus untuk menyemai fahaman itu melalui para imam di peringkat akar umbi.

''Ia juga mungkin salah satu taktik, di mana apabila menjadi isu dan heboh diperkatakan, ia mungkin mendorong untuk membaca buku itu dan memudahkan mereka mempercayai dan menerima ajaran Syiah. BACA SETERUSNYA
KLIK DISINI

Memang sepatutnya fahaman sebegini dikekang dari disebarkan kepada umum kerana gejala seumpama ini boleh mencetuskan kecelaruan yang membahayakan akidah umat Islam di Malaysia.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...