PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, August 1, 2011

PAS SUDAH MULA TIKAM BELAKANG SEMPERNA RAMADHAN..!!



Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Azmin Tali, bagi menggagalkan usaha pemimpin PasNgok untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.

Tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Pakatan Koyak Rabak tersebut dikatakan berang dengan tindakan "TIKAM BELAKANG" yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan PasNgok, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pakatan pembohong.

Maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam pakatan pembohong dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan PasNgok.

Maklumat yang diterima menyatakan bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin buah hatinya supaya menyerang seorang pemimpin kanan PasNgok yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang, jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan "TIKAM BELAKANG". Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan PasNgok dengan Tengku Razaleigh terbongkar.

Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin Pakatan Kerakusan Rakyat Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin PasNgok sehingga Ketua Pembohong itu mengarahkan buah hatinya untuk menjejaki individu bertanggungjawab.

PasNgok berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan pembohong kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAPig dan Pakatan Kerakusan Rakyat, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu.

PasNgok sedar mereka berada paling bawah dalam carta pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAPig.

Jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara, inilah peluang terbaik bagi PasNgok untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh.

Inilah sebenarnya perbalahan yang berlaku didalam pkatan pembohong yang sentiasa akan merahsiakan permainan kotor dalam pakatan pembohong mereka.




No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...