PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, August 1, 2011

KERAJAAN PAS PUN AMALKAN RASUAH..!!!



Terbukti Kerajaan PasNgok Kelantan tidak sepenuhnya bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa seperti yang didakwa oleh pentadbiran negeri ini.

SPRM menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu takut untuk melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, rasuah dan penyelewengan mungkin berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut bagaimanapun ia tidak dilaporkan kepada pihaknya.

SPRM telah menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membabitkan menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Siasatan kes Abdul Ariffahmi telah pun selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan lanjut.



Bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga menyebabkan kerajaan negeri dilaporkan kerugian RM50 juta, pihak SPRM telah melakukan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 174 maklumat diterima berhubung kes rasuah di negeri ini dengan 17 kertas siasatan dibuka. Daripada jumlah itu, sebanyak 10 tangkapan telah dibuat dengan lapan kes telah dibuat pendakwaan di mahkamah.

Ini jelas membuktikan PasNgok juga tak terlepas dari penyelewengan kuasa dan gejala rasuah yang semakin menular dalam kepimpinan mereka. Tak lama lagi pasti satu persatu akan dibongkarkan, cuma masa saja akan menentukan.




No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...