NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, May 10, 2012
RELEVANKAH PTPTN UNTUK MAHASISWA..??
Sejak itu, PTPTN membantu mahasiswa membiayai pengajian mereka di universiti dan ibu bapa hanya menyediakan duit poket. Hakikatnya, pelajar dan ibu bapa mendapat manfaat tetapi ramai tidak menunaikan janji apabila menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan.
Kegagalan pelajar membayar balik pinjaman menyebabkan PTPTN menanggung kerugian kerana terpaksa menambah jumlah pembiayaan setiap tahun.
Ketegasan pengurusan PTPTN melarang pelajar yang gagal membayar balik pinjaman meninggalkan negara selain menyiarkan nama mereka di akhbar, sedikit sebanyak membenihkan kemarahan pelajar.
Ada pelajar menggelar PTPTN sebagai ‘along’ kerana mengambil tindakan tegas terhadap mereka padahal sebagai pemilik, mereka berhak berbuat demikian.
Akhir-akhir ini apabila ada pihak menyarankan supaya kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN, pelajar mengambil kesempatan daripada isu itu untuk menangguk di air keruh. Mereka begitu drastik mahukan PTPTN dimansuhkan tetapi persoalannya, apakah benar tabung itu menyusahkan atau mahasiswa enggan memikul tanggung jawab?
Tindakan keterlaluan itu mencerminkan sikap sesetengah mahasiswa yang tidak tahu mengenang budi.
Bagi golongan yang hanya mentafsir PTPTN secara luaran mengaitkannya sebagai penindas mahasiswa, namun tidak mengambil kira aspek lain yang turut dijana hasil pemberian badan pinjaman berkenaan.
Mereka ni sebenarnya tidak tahu hujung pangkal perjuangan, sekadar berteriak mahu memansuhkan PTPTN kerana dianggap menindas dan menyusahkan.
Hakikatnya, banyak lagi kepentingan PTPTN tidak diketahui. Jika mereka faham mengenai sumbangan PTPTN, pasti tidak akan bertindak begini.
PTPTN ditubuhkan pada 1997 kini melalui saat sukar apabila dituduh penindas mahasiswa termasuk menyenarai hitam peminjam yang culas membayar kembali pinjaman selain menanggung kos pentadbiran satu peratus.
Mahasiswa tidak perlu memasang angan-angan inginkan pendidikan percuma kerana harga pendidikan hari ini mahal harganya. Kita boleh melakukannya seperti negara maju, tapi sanggupkah rakyat negara ini membayar cukai melebihi 26 peratus?
Jangan bandingkan dengan negara maju sebab cukai mereka sangat tinggi seperti Jerman sebanyak 46 peratus. United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sweden dulunya memberi pendidikan percuma tetapi kini mula mengenakan bayaran pengajian untuk mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).
Di UK dan AS misalnya, mereka juga ada badan pinjaman seperti PTPTN kerana tahu tidak mampu lagi memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Jika negara berkenaan sudah melakukannya, apa relevan permintaan seperti itu di negara ini?
Melalui PTPTN, jumlah mereka yang mampu memperoleh pendidikan melonjak daripada hanya 27,000 tempat ditawarkan di IPT sekitar 1990-an kepada 381,000 pada 2010. Lonjakan 14 kali ganda ini membuktikan sumbangan PTPTN untuk membantu masyarakat memperoleh pendidikan sangat besar, sekali gus melonjakkan lagi sektor tenaga kerjaya, ekonomi dan pembangunan.
Mahasiswa hanya dipergunakan sedangkan mereka sendiri tidak tahu apakah perjuangan sebenar.
Menekankan tanggungjawab sebenar mahasiswa adalah belajar hingga tamat pengajian, seterusnya memperoleh pekerjaan baik bagi membayar semula pinjaman diperoleh. Mentaliti ini yang perlu disemai kerana hakikatnya mereka masih belajar dan perlu terus belajar hingga berjaya menggenggam ijazah.
Itulah tanggungjawab mereka. Apa jua kehendak dan keputusan biarlah dibuat berlandaskan hasil perbincangan pihak berkaitan yang lebih berkepentingan serta arif.
Mengadili PTPTN dengan cara melancarkan tindakan provokasi bukan penyelesaian terbaik hanya mensia-siakan peluang yang diberikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Inilah gambar dizaman Ago-go dulu, lebih rock dan kacak merambu. Asal usul seorang ulama politik pemimpin Kelantan, bukan apa, janganla...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...


1 comment:
Aku sekolah pondok pun kena bayor broooo ! makan ciput je..mandi minum dgn air keroh mcm teh tarik....tak mampu nak beli gajet yg mahal2 mcm korunk..enset cap ayam je ! tapi aku tetap bersyukur kerana masih bernafas tidur dgn nyenyak di Bumi bertuah MALAYSIA ..Allahuakbar !
Post a Comment