NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, January 23, 2012
CURI RM2.7 JUTA & JUAL MAKLUMAT KEPADA PEMBANGKANG..!!!
Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan catatan kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.
Kakitangan pemasaran itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFCorp dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.
Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat kakitangan terbabit yang bertaraf Pengurus itu.
“NFCorp sebelum ini mempunyai dua orang pekerja bukan Melayu bertaraf pengurus kanan yang menguruskan hampir rm120k – rm150k wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya telah melakukan pecah amanah dengan melarikan wang berkenaan,” jelas Datuk Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini.
Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.
“Eksekutif itu kini dikenakan tuduhan di mahkamah kerana melakukan pecah amanah dan mencuri wang syarikat”, jelas Ibrahim.
Datuk Ibrahim Ali berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan 12 pertubuhan NGO berhubung isu NFCorp, yang diketuai oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa.
Menurut Ibrahim, buku catatan tunai yang diberikan kepada NFCorp itu hanyalah sebahagian daripada “cerita sebenar” dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.
Ibrahim bagaimanapun menegaskan, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.
Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah.
SUMBER KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Setelah sekian lama, merata tempat siang malam Bob Lokman berceramah kutuk kerajaan, bantai KERAJAAN kata tak betul, haram, zalim dan se...
-
GEMPAR: WIKILEAKS BONGKAR KEKAYAAN HARTA ANWAR IBRAHIM..?? Satu lagi pendedahan duit rasuah Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan yan...
-
FAKTA YANG MENGEJUTKAN..!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaj...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Akhirnya kebenaran telah terbukti di pihak ILMU. Abang Azhar Idrus patut merasa malu dengan diri sendiri. Kerana dia, rosak nama pertubuha...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
-
Adakah PM Najib sedar bahawa rakyat Penang masih tidak mahu menerima BN sebagai pemerintah mereka..??? Rakyat Penang masih hanya mahu ...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
2 comments:
dah boleh agak siapa akan menjadi peguam kepada pencuri tersebut...
Benggali's one so long dan sewaktu dengannya yang akan jadi peguam. Hahahahaha.
Post a Comment