PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, January 30, 2012

ANWAR MASIH BIADAP DAN TAK PANDAI BERSYUKUR..!!!


Sekarang, jika kita perhatikan tindakan Anwar seakan terdesak mengajar rakyat partinya bersikap biadap agar menyokongnya menghentam kerajaan Pusat mengikut telunjuk yang telah diarahkannya. Kita sebagai manusia mesti ingat bahawa Kerajaan BN sentiasa memikirkan kebaikan untuk warganya.

Kelemahan pemerintah sudah tentu ada kerana pemerintahan BN dikendalikan oleh manusia yang bersifat lupa (nasiyya) dan lalai (ghaflah). Adakah Anwar sebagai seorang bijak pandai dalam agama lupa perkara ni, ataupun Anwar tidak dididik memahami perkara ni sewaktu mudanya dahulu ataupun saja buat-buat lupa.

Memang benar ada kelemahan di sana dan di sini. Rasuah masih ada dan ketirisan dalam pelaksanaan dasar tetap terjadi. Tetapi yang lebih penting, ada ataupun tidak usaha pencegahan dibuat dan pembaikan strategi memperkemas pelaksanaan dasar berlaku...??

Jawapannya ada...!!! Sebagai pemerintah ni sebenarnya kena memikirkan banyak perkara seperti bagaimana ingin menjadikan ekonomi menjadi lebih stabil, peluang pekerjaan kepada rakyat tersedia, peluang pendidikan dalam negara dan keluar negara diberikan dengan adil, kemudahan prasarana terbina dengan baik, program pembiayaan dalam berbagai bentuk diwujudkan, pendekatan mensejahterakan rakyat dilakukan.

Dan ia tidak datang bergolek. Ia perlu dirancang dengan bijaksana dan berhemah. Orang yang bersyukur menghubungkan apa yang diterima sebagai hak dan milik Allah, lalu kepada Allah dikembalikan supaya ada pengiktirafan bahawa semuanya itu adalah anugerah Allah.

Sebahagian rahmah dan nikmat dari Allah itu diuruskan oleh manusia. Rasa syukur kepada Allah tetap dilafazkan dan rasa terima kasih kepada ayah dan ibu tetap diucapkan. Ia membayangkan nilai budi yang tinggi terhadap Allah dan manusia.

Ia adalah penting membentuk sifat adab kepada Allah dan kepada manusia. Terima kasih harus diberi kepada ibu bapa dalam bentuk kasih sayang dan pesan nasihatnya yang baik harus diikuti. Ada anak yang selalu menempelak ibu bapa bahawa mereka lebih cerdik daripada ibu bapanya.

Benar, dari segi pelajaran dan kelulusan terdapat anak-anak yang lebih tinggi kelulusannya. Kelulusan tidak sama dengan pengalaman. Ibu bapa sudah menempuh pengalaman yang banyak dalam hidup. Anak-anak masih mentah dalam pengalaman dan pengamatan. Lalu keputusan yang diambilnya selalunya tidak cukup kukuh untuk memahami keadaan.

Beradab adalah suatu tuntutan, dan tidak ada ibu bapa yang ingin menjadikan anak-anaknya rosak. Usaha mencari rezeki untuk kepentingan anak-anak dan membesarkan anak-anak dengan susah payah harus dilihat dengan rasa terima kasih.


Sekiranya rasa terima kasih ini pupus daripada anak-anak tunggulah masanya apabila anak-anak menjadi ibu bapa nanti, anak-anaknya pula bakal melakukan kebiadapan dan langsung tidak ada rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada ibu bapa.

1 comment:

Unknown said...

Anwar mmg kurang ajar... Nak buat camna...

NURUL IZZAH LEBIH SUKA SOKONG ISRAEL & GAY DARI MANGSA RIBUT LEMBAH PANTAI Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...