PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, January 29, 2012

MUSTAHIL NIK AZIZ TAK TAHU PERKARA NI...!!!


Jikalau perkara ini berlaku dekat Penang ke, ataupun Selangor ke bolehlah dituding jari ke kerajaan BN tetapi perkara ni berlaku dibawah tampuk pemerintahan kerajaan PAS dah berpuloh tahun. 

Jika dipraktikan ia seperti pengamalan kroni pemerintahan terhadap penyokong mereka sendiri kerana pembahagian dibuat tidak adil, ada yang dapat lebih, ada yang dapat sikit, ada yang dapat saguhati saja.

Inilah yang digelar "Adil" oleh pemimpin PAS, walaupun terbukti mereka memilih bulu dalam pembahagian tanah yang telah dibuat kerajaan PAS di Kelantan. 


Lain pemilik tanah harapkan, lain yang dapat..!!!




PASIR PUTEH 28 Jan. - Seramai 40 penduduk di Kampung Tok Bali dekat sini hari ini berpiket bagi membantah pengambilan tanah mereka oleh sebuah syarikat pemaju dengan kadar bayaran sagu hati yang tidak setimpal.

Penduduk terbabit sebaliknya menuntut keadilan supaya mereka diberikan pampasan dan sagu hati setimpal kerana mendakwa tanah tersebut telah diusahakan oleh datuk nenek mereka sejak kira-kira 100 tahun lalu.

Mereka turut mendakwa, masalah timbul selepas usaha mendapatkan geran hak milik tanah yang terletak berhampiran Muara Tok Bali, ditolak oleh Pejabat Tanah dan Jajahan walaupun ada yang telah membayar deposit antara RM150 hingga RM1,500.

Seorang penduduk, Mohd. Yaakub Abdullah, 64, mendakwa, tanah yang diusahakan oleh keluarganya hanya ditawarkan bayaran sagu hati sebanyak RM2,000 dan setiap batang pokok kelapa yang ditanam pula dinilai RM200 sepokok disebabkan dia tidak memiliki geran.

Dia mendakwa, apa yang menjadi persoalan kepada penduduk ialah permohonan mendapat geran hak milik tanah ditolak walaupun ada yang telah membayar deposit sebanyak RM150 hingga RM1,500.

"Lebih menghairankan, penduduk luar mukim mendapat geran hak milik termasuk di kawasan dalam laut di pantai berkenaan. Perkara ini perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka juga menerima pampasan sehingga RM70,000 untuk satu nama," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Ramlah Samat, 51, mendakwa, harga semasa untuk satu lot tanah di kawasan berkenaan ialah antara RM150,000 hingga RM200,000, namun dia hanya diberi sagu hati sebanyak RM8,000 untuk tanah seluas 0.46 hektar dan tanaman kelapa yang diusahakan di kawasan berkenaan.

"Tanah ini sudah dipagar oleh pihak berkenaan dan saya tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai projek pembangunan berkenaan. Saya dimaklumkan tanah itu bukan milik saya kerana gagal memiliki geran walaupun sudah membayar deposit sebanyak RM1,500 sejak lapan tahun lalu," dakwanya.

Muji Sulaiman, 57, pula mendakwa, penduduk lebih tertekan apabila mereka dilarang memasuki kawasan berkenaan untuk mengambil hasil kelapa.

"Lebih merimaskan apabila anjing turut digunakan untuk berkawal di kawasan ini," katanya.

yang sebelum ini 'diperintah' oleh kami sejak turun temurun," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim ketika dihubungi berkata, kira-kira 345 hektar tanah di kawasan berkenaan terlibat untuk projek pembinaan pelabuhan dengan sebahagian besarnya telah diberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi setiap 0.46 hektar.

"Namun, sebahagian lagi tanah kerajaan tetapi ditanam kelapa oleh kira-kira 25 orang penduduk yang telah dikenal pasti untuk diberi bayaran sagu hati. Sebahagiannya sudah menerima bayaran dan sebahagian lagi enggan menerimanya dan masih dalam proses perbincangan untuk diselesaikan," katanya.


- SUMBER UM

4 comments:

Anonymous said...

weh.. kalau tanah dah di ambil bukan boleh dapat balik, tok nenek dulu buka tanah, dapat hak milik senang2 nak ambil,,, cari lah tempat lain, buka bandar baru ke, wat apa ambil hak orang,.. dah ambil tu bayar lah setimpal kalau penduduk setuju,.. weh demo ni...

Anonymous said...

Alaa... Pakoh PAS lagi laa PRU13 ni.. Nak mogok apa lak...!

Anonymous said...

Set 2 gedebe ni sokong PAH gak PRU13 ni...hehe....bijak2...

Anonymous said...

bebaik, nanti ketulah. ni kan dah diangkat setaraf nabi oleh org yg dok mengaji kitab ihya dan hikam, ustaz bebudak tu. tapi nabi zaman mana entah leh. pemerintah asal jaga nyawa dan harta org islam tu kira dah kena taat. yg ni entah le. pemerintah islam khawarij agaknya boleh kot. ustaz pas pikir dorang aje yg dok blajar kitab ihya dan hikam tu.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...