
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, December 3, 2011
KARPAL SINGH KENA HALAU DARI DEWAN...!!!
Sikap anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang mencabar keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengundang padah apabila beliau diperintahkan meninggalkan dewan hari ini.
Perintah itu berikutan keengganan Karpal menarik balik gelaran 'binatang' yang ditujukan kepada anggota parlimen N.Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai).
Gobalakrishnan yang agak tersinggung dengan gelaran itu, meminta supaya Wan Junaidi merujuk anggota Parlimen Gelugor itu kepada peraturan mesyuarat 36(6) dan meminta Karpal menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada beliau.
"Perkataan 'binatang' jangan diguna kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Sama ada ahli itu layak atau tidak duduk di dewan ini, perkataan itu seharusnya tidak digunakan. Biarlah dewan ini yang membuat keputusan. Sila Yang Berhormat...tarik balik," kata Wan Junaidi kepada pengerusi DAP itu.
Bagaimanapun, Karpal enggan menarik balik dan berkeras dengan gelaran itu kerana sikap Gobalakrishnan yang mencelah ketika sesi perbahasan.
"Apa yang saya cakap tadi, saya tidak akan tarik balik. Dan saya tidak ada masalah untuk keluar," katanya.
Atas sikap itu, Wan Junaidi mengarahkan Karpal untuk meninggalkan Dewan selepas selesai sesi penggulungan laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Terdahulu pada sebelah pagi, pertikaman lidah tercetus hingga Gobalakrishnan diarahkan keluar dewan, apabila beliau tidak henti-henti meminta Yang Dipertua Dewan untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) kepada peraturan 36(6).
Sementara itu, Dewan Rakyat meluluskan 10 syor dalam laporan awal jawatankuasa itu.
Laporan itu dibentangkan oleh Pengerusinya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang kemudiannya dibahaskan lapan anggota parlimen termasuk Anwar.
Selain penggunaan dakwat kekal, syor lain jawatankuasa itu ialah mengenai pengundian awal; pengundi tidak hadir luar negara; pengundi luar kawasan; penukaran kawasan pendaftaran; pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan.
— BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Kenapa tak pakai baju kuning "BerSHIT"..?? BULLSHIT semua takut kena tangkap..!!! Akhirnya tuhan maha kuasa...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
No comments:
Post a Comment