PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, December 3, 2011

INILAH BALASAN JIKALAU MENGHINA RAJA...!!!


AKIBAT banjir yang melanda, seorang pesara pemandu teksi yang didakwa menghina monarki Thailand hanya dapat mendengar keputusan hakim melalui persidangan video yang disambungkan dari mahkamah ke bangunan penjara tempat dia ditahan diBangkok.

Namun disebabkan sistem audio yang kurang jelas, seorang kakitangan penjara yang duduk di sebelah Ampon Tangnoppakul, 61, terpaksa menelefon pegawai mahkamah untuk bertanyakan keputusan hakim.

''Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun,'' ujar pegawai mahkamah berkenaan.

Hancur luluh warga emas itu mendengar keputusan itu. Pipinya basah dengan air mata. Perasaan hiba turut dirasai oleh kaum keluarganya terutama isterinya, Rosmalin dan para aktivis yang berada di sekelilingnya.

Hakikat bahawa dia akan meringkuk selama 20 tahun di penjara perlu diterimanya mulai 24 November lalu iaitu tarikh dia disabitkan bersalah menghantar mesej berunsur penghinaan terhadap raja negara Gajah Putih itu.

Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang lebih dikenali sebagai undang-undang lese majeste (menghina institusi diraja) dan dua lagi di bawah Seksyen 14 Akta Jenayah Komputer.

Ampon yang berketurunan Cina kemudian dihukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Hukuman berat terhadap Ampon itu merupakan perkembangan mutakhir dalam senario peningkatan kes seumpama itu di Thailand yang menguatkuasakan undang-undang yang memperuntukkan hukuman berat terhadap kesalahan menghina Raja Bhumibol Adulyadej, 83, dan kaum-kerabatnya.

Sebelum ini, beberapa warga asing turut dihukum atas kesalahan yang sama tetapi mereka kemudian segera diberi pengampunan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...