PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, November 13, 2011

PEMUDA UMNO DISERANG PENYOKONG TAKSUB PAS DENGAN KAYU...!!!



Seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang mendakwa cedera di kepala akibat diserang dengan kayu ketika membantah ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dekat sini malam tadi.

Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan wakil Pemuda UMNO mendekati lokasi ceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru sebelum dijemput untuk berdebat selama 10 minit.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad mendakwa, pelawaan itu dibuat sendiri oleh Mohamad atau Mat Sabu, malah pemimpin Pas itu memberi jaminan kawalan keselamatan terhadap kumpulan tersebut.

"Kami diyakinkan bahawa Unit Amal Pas akan menjamin keselamatan kami. Malangnya penyokong yang hadir tidak patuh pada arahan pemimpin mereka agar ceramah itu diadakan secara aman, lalu mereka menyerang kami," katanya ketika ditemui malam tadi.

Rohazam berkata, berikutan serangan itu, ahli Pemuda UMNO, Jamil Hussain, 38, terpaksa menerima empat jahitan akibat luka di kepala selepas timbul kekecohan akibat tindakan agresif segelintir penyokong pembangkang berkenaan.

Dalam pada itu, Rohazam mengucapkan terima kasih kepada polis yang berjaya mengawal keadaan dengan cepat dan mengelak daripada keadaan menjadi bertambah buruk.

BACA SETERUSNYA
KLIK DISINI

3 comments:

Anonymous said...

tu bukan pemuda amno tgk baju mcm player jupun salah gambar kot...heeee...heee....heee...pemuda amno biasanya pakai baju satu meleysia

Anonymous said...

Negeri kelantan dah perintah PAs lebih 20tahun. Kira kuat dan taksub gila. Tapi mereka bersikap terbuka, kalau UMNO atau NGO nak buat program dalam sekolah sekalipun serta belasah dan hina kerajaan negeri cukup2 pun mereka benarkan. Kalau nak ikutkan samseng mereka, dan pecah kepala Brahim Ali tu sebab menghina undi mereka. Tapi Johor kalau kita istilahkan 'bangan' nanti kita kena mara pulak. Biasanya yg doik kacau majlis org ni, lebih UMNO dari UMNO dan hanya sekadar menarik perhatian bos2 yg kena mereka jaga tu. Senang aku sebut puak Perkasa yg buta tak sedaq mereka dijadikan paltform oleh Brahin yg perlu kekal duduk dlm Company besaq atas sokongan DS Najib dan kaut projek di Putrajaya. Sebab tu kena ada hasil yg meyakinkan DS Najib dgn tunjuk bengkeng. Jadi mangsa ialah sakit free dan gambar masuk TV pulak, lagi syok la Brahim dpt publisisti free. Korang belajar la sikit teori politik dan jgn ikut babi buta je. Politik ni mcm jualan langsung. Yg atas kaya, yg bawah disuruh berkerja. Ada kerja ada gaji. Untung org kat atas tu.

Anonymous said...

Kalau nak tahu pengikut itu ada ilmu ke tidak, kita tengok la ketika berada dlm kumpulan, kalau aksinya lebih dan cakapnya kuat dr org lain, maka org itu sebenrnya kurang ilmu, maka dismpulkan bahawa yg kena belasah itu memang kurang ilmu. Majlis org pun kita kacau, apa nak jadi dan sapa yg ajar kita jadi kurang adab. Contohi rakyat kelantan, walaupun samseng, tapi masih beradab.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...