PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, November 16, 2011

INILAH SEBABNYA PEGUAM ANWAR TARIK DIRI DARI KES LIWAT 2..!!!



Sulaiman, bekas salah seorang peguam bela Anwar dalam kes liwat I dilantik sebagai peguam Anwar ketika Ketua Umum PKR itu sedang berhadapan dengan siasatan polis dalam kes liwat II membabitkan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selain Sulaiman yang bertindak sebagai ketua peguam bela, Anwar turut dibela oleh 8 orang peguam lain iaitu; Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.

Namun pada 14 Julai 2009, Sulaiman mengambil keputusan drastik mengundurkan diri daripada menjadi ketua peguam bela, setelah pihak pendakwa memberi beberapa salinan pemeriksaan Mohd Saiful dari Hospital Kerajaan Kuala Lumpur (HKL).

Menyentuh berkenaan pengunduran Sulaiman, Anwar berkata “Beliau (Sulaiman) uzur sekali..terpaksa mengundurkan diri daripada semua kes perbicaraan”.

Kata-kata Anwar itu memberi gambaran bahawa Sulaiman sudah tua dan tidak sihat, hinggakan terpaksa bersara daripada bidang guaman.

Namun, teka teki itu terjawab semalam, apabila Sulaiman masih lagi meneruskan kariernya sebagai peguam untuk kes Menteri Dalam Negeri saman Anwar berkenaan kes video seks.

5 comments:

Dot said...

Allah SWT Maha Kaya lagi Maha Mengetahui...

datuk sulaiman tahu sebenarnya...

sekarang anwar akan menghadapi kes yg lebih besar lagi & lawannya mendapat bantuan bekas peguamnya sendiri!!!!!

Masyaallah!!!!

atok ko said...

awat hang ni bangang sangat.. kan dalam suratkhabar hari ni sulaiman abdullah tu jadi peguambela anwar dalam kes dgn hishamuddin. hang tak pandai baca @ hang ni bodoh piang?

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memadamkan bahagian tertentu dalam kenyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks yang memaparkan individu mirip ketua pembangkang itu.

Hakim Datuk V. T. Singham memutuskan kenyataan pembelaan Anwar berkaitan perlindungan bersyarat, ulasan adil dan justifikasi patut diputuskan pada akhir perbicaraan.
Beliau berkata, mahkamah patut menggunakan budi bicaranya apabila menimbangkan permohonan untuk memadamkan kenyataan pembelaan dan beliau perlu mendengar keterangan saksi-saksi menerusi perbicaraan, untuk mencapai keputusan yang adil.
Katanya, defendan (Anwar) berhak memfailkan kenyataan pembelaan untuk mematahkan kes itu.

Bagaimanapun, hakim memadamkan tiga perenggan kenyataan pembelaan Anwar kerana ia tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan plaintif (Hishammuddin).

Hakim juga memerintahkan Hishammuddin membayar RM25,000 sebagai kos kepada Anwar.

Beliau menetapkan tiga hari bermula 5 Disember untuk mendengar saman itu.
Peguam Sunil Abraham yang mewakili Hishammuddin memaklumkan mahkamah, plaintif akan memanggil kira-kira 15 saksi manakala peguam yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah berkata pihaknya juga akan memanggil jumlah saksi yang sama.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung temuramah ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di ibu pejabat polis Dang Wangi selepas membuat laporan menafikan dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Menteri itu berkata, kata-kata berkenaan difahamkan membawa maksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Katanya, kata-kata berkenaan juga difahamkan bermaksud yang beliau mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.

Dalam kenyataan pembelaannya, Anwar berkata, kata-kata beliau diterbitkan atas kapasiti perlindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar juga memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin dalam sidang akhbarnya pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar). - BERNAMA

Anonymous said...

Mari Baca sini cepat jangan tak baca

http://panggungopera.blogspot.com/2011/11/surat-terbuka-untuk-anwar-ibrahim.html

praha2 said...

eden nak akto disini- sepandai pandai tupai melompat ahkirnyo jatuh ketanah jo. namun kato kato tu bonar.
dan sekironyo dio didapeti bersalah nah bori setimpal dio punyo sentence-mungkin the maximum. lopes tu ado satu lgi kes menipu-laporan kepado PDRM. nah lagi bori yang sotimpal jo jadi biar dio duduk disg buloh tu sampai tuo. eden dah muak dah dongan coratan dio. anak boranak samo jo

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...