NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, September 10, 2011
ANWAR SEMAKIN TERDESAK...!!!
Pendedahan bahawa wujud pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya menyiarkan berita kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi kerajaan membuktikan Ketua Pembangkang itu semakin terdesak untuk memulihkan imejnya yang sudah tercalar.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana percaya situasi yang sedang dihadapi Anwar memungkin beliau mengambil apa sahaja tindakan untuk memulihkan kembali imejnya.
"Saya tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana situasi Anwar yang sangat terdesak ketika ini. Beliau sendiri tahu bahawa imejnya sangat teruk sekarang, orang ramai juga mula sedar dengan sikap putar alamnya.
"Jadi tidak hairan sekiranya beliau menggunakan media antarabangsa seperti WikiLeaks untuk membantu memulihkan imej dengan mewujudkan pelbagai cerita dongeng serta fitnah terhadap kerajaan serta Perdana Menteri semata-mata untuk mengalihkan perhatian umum.
"Tambahan pula, beliau mempunyai sumber kewangan yang luar biasa sehingga membolehkannya mengawal media luar," katanya.
Beliau mengulas pendedahan yang dilakukan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong bahawa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita mengenai kes liwat melibatkan Anwar sebagai satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lum Yong juga mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya.
Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin juga sependapat dengan menyatakan bahawa pendedahan tersebut membuktikan bahawa Anwar serta pembangkang semakin terdesak dan telah ketandusan idea.
"Mereka menggunakan Wikileaks sebagai saluran untuk menarik perhatian negara luar walaupun kita sendiri sedar bahawa laporan portal berita berkenaan tidak boleh terlalu dipercayai," jelasnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah pula berkata, sudah menjadi kebiasaan Anwar menuduh kerajaan sebagai dalang di sebalik masalah moral yang dihadapinya.
"Setiap kali timbul isu baru membabitkan masalah moralnya, Anwar pasti akan menuduh kerajaan sebagai dalangnya kerana ini merupakan strategi beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapinya," ujarnya.
Ini dia pendedahan Wikileaks di Singapura KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
2 comments:
komunis tetap komunis..anti-agama..anti Tuhan..walau apapun alasannya, Umat Islam tidak boleh mempercayai apatah lagi mendokong fahaman seperti ini..kalau benar komunis itu memperjuangkan kemerdekaan negara, kenapa selepas 1957 mereka masih menjadi gerila menentang kerajaan??? siapakah yang membunuh ketua Polis Perak???
PAS tetap bodoh dan bebal.
Post a Comment