PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, August 10, 2011

PEGUAM PENYEBAB UTAMA WARAN TANGKAP DIKELUARKAN 24 JAM..!!!





Seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, yang sepatutnya memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, semalam gagal berbuat demikian walaupun pihak berkuasa agama itu sudah menyerahkan surat dan menelefon mereka untuk memberi kerjasama.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, berkata pihaknya akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka dalam tempoh terdekat ini dan tindakan itu diambil selepas mereka enggan memberikan kerjasama walaupun pihaknya sudah menyerahkan surat termasuk menelefon untuk hadir.

JAIS akan memohon waran tangkap dalam tempoh 24 jam daripada Mahkamah Syariah selepas surat dikeluarkan. Sepatutnya mereka hadir membantu siasatan, tetapi seorang pun tiada walaupun telah diberi masa kepada mereka dan mereka boleh hubungi JAIS pada bila-bila masa untuk hadir, tetapi masih tidak berbuat demikian.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam. Anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu tetapi dihalang penganjur.

Sharom difahamkan semua mereka dinasihatkan oleh peguam masing-masing untuk tidak hadir membantu siasatan JAIS berhubung perkara terbabit. Pengarah JAIS, Marzuki Hussin melalui satu SMS yang dihantar kepada pemberita meminta semua pihak bertenang mengenai isu terbabit.

Pakatan Kerajaan Khalid gagap sepatutnya tidak harus mengaitkan hal politik dengan tindakan JAIS memeriksa DUMC, kerana tindakan itu mengikut peruntukan undang-undang, dan sekiranya JAIS tidak mengikut undang-undang, pihak gereja terbabit sudah tentu boleh mengambil tindakan dengan menyaman agensi berkenaan.

Sudah tentu JAIS bertindak mengikut undang-undang, kalau tidak sudah tentu boleh disaman kerana menceroboh dan semua pihak perlu faham agensi terbabit cuba menyelesaikan masalah yang telah dilanggar mengikut peruntukkan undang-undang islam negara.

Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya menghormati Islam sebagai agama rasmi dan tidak menjalankan aktiviti yang boleh menggugat akidah umat Islam dan berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh Hasan Ali berhubung tindakan JAIS.

Hasan Ali menerangkan mempunyai bukti yang kukuh sebab itulah JAIS telah membuat serbuan.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...