PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, August 10, 2011

RAMAINYA RELA JADI SAKSI KES LIWAT ANWAR...!!!





Lima bekas ahli Parti PKR menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Anwar terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Tindakan peguam bela Penasihat PKR yang ingin menemu ramah PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak munasabah kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Bekas Ketua AMK, Mohamad Ezam berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar. Jikakau PM dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela durjana sipuaka untuk menjadi saksi, mengapa Mohd Ezam tidak dipanggil sebab beliau lebih tahu siapa sebenarnya Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan pembelaan kes liwat Anwar untuk menemu ramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri. Bagaimanapun, temu ramah itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit.

Mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah syaitan Anwar bahawa tindakan tinggalkan Anwar bukanlah kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan kerana haram berketuakan seorang peliwat.

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

Maka oleh sebab itulah Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi, agar si syaitan Anwar ni boleh politikkan pula keputusan mahkamah mahupun di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dimata dunia seperti yang dibuatnya sekarang.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

"Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan.

"Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu," katanya.

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.

Anuar berkata, sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun beliau amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar dalam segala segi.

Segala pergerakan Anwar katanya, juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu.

Rahimi ketika dihubungi mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian.

"Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini,'' ujarnya.

Inilah saksi-saksi yang Anwar AL-Juburi takut nak panggil untuk menjadi saksi, kerana si syaitan Anwar mengetahui mereka akan menyebabkannya lebih terus jahanam bersama pakatan haram jadah. Semakin lama, rakyat Malaysia semakin benci dengan telatah politik Anwar yang dilihat cuma agenda nak selamatkan dirinya dari menunjukkan kebenaran kepada umum.

Kenapa tak ditunjukkan bukti bahawa beliau tak bersalah..?? Kaitkan pula orang yang tak bersalah, jikalau Pak Lah sekarang jadi PM, sudah tentu diheret Pak Lah ke mahkamah juga walaupun tak melibatkannya.

Temberang si sang panglipur lara yang penuh dengan tipu muslihat, akhirnya akan membelit Anwar sendiri, Insyaallah satu hari nanti, cuma masa saja menentukannya.

1 comment:

Anonymous said...

duka dihujung usia.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...