Pas sering menuduh UMNO tidak Islamik, menolak Islam, dan itu dan ini. Mereka membutakan mata atas pengiktirafan Syeikh Al-Azhar bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam terkehadapan, dan mengiktiraf peranannya di mata dunia.
Bukan itu saja, Dr. Adian Husaini, Ketua Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII), yang bukunya berjudul Wajah Peradaban Barat, turut memuji Malaysia, bahkan katanya pelaksanaan Islam di Malaysia jauh lebih baik berbanding Indonesia, padahal Indonesia hampir 90 peratus penduduknya beragama Islam, manakala Malaysia cuma kira-kira 55 peratus lebih sedikit, tapi Malaysia lebih komited dan lebih unggul dalam menjaga kesucian agamanya.
Lalu kita balik bertanya kepada Pas, apakah tolakan mereka supaya berdamai dan bersatu oleh UMNO, padahal ini sangat diperintahkan oleh Islam, dalam masa yang sama lebih rela bersekongkol dengan pihak yang jelas-jelas ekstrem, iaitu DAP, yang mengatakan “kalau mahu dirikan negara Islam, langkah mayat saya dulu,” memaki hamun, dan seolah-olah apa yang kerajaan buat tidak ada satu pun yang baik, padahal mereka menikmati berbagai kemudahan dan rezeki di bawah pemerintahan yang mereka anggap jahat dan tidak Islamik.”
Apakah juga parti Keadilan pimpinan DSAI yang penuh kontroversi itu lebih Islamik dan tidak sekular? Dan mereka yang sanggup mengecam saudara sesama Islamnya sebagai syaitan. Beginilah bunyinya pantun seorang pentakfir Pas dari Rantau Panjang, Kelantan, sekitar tahun 1999:
Wa wa bule, wa bule teraju tigo
Undi parti Isle, mati seksok masuk surgo
Wa wa bule, wa bule teraju tigo
Undi parti sete, mati seksok masuk nerko
(Wau wau bulan, wau bulan teraju tiga
Undi parti Islam, mati nanti masuk syurga
Wau wau bulan, wau bulan teraju tiga
Undi parti syaitan, mati nanti masuk neraka)
BACA SETERUSNYA KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment