PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, July 29, 2011

BEKALAN AIR LEMBAH KELANG SEMAKIN KRONIK...!!!



Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta kerajaan negeri dan Persekutuan bekerjasama menangani masalah kemerosotan bekalan air yang semakin membimbangkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presidennya, Datuk N. Marimuthu berkata, kerjasama tersebut perlu bagi mengelakkan krisis air menjadi semakin kronik daripada yang pernah dialami pada 1998.

Kata beliau, kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan juga perlu mengambil tindakan awal menjaga dan memulihara sumber air bagi memastikan krisis air dapat dielakkan.

"Kita akan menghantar satu memorandum kepada kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan dalam masa terdekat bagi meminta langkah awal tersebut dapat dilaksanakan segera.

"Memorandum itu adalah hasil perbincangan meja bulat bersama Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN), Persatuan Pemantau Air Selangor dan Wilayah Persekutuan (S3W) dan Forum Air Selangor (FAM)," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan perbincangan meja bulat tersebut di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Panel perbincangan terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi; Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Md. Khairi Selamat dan Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Sumber Air Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Zubaidi Johar.

Sementara itu, Miang Koi pula berkata, meskipun kerajaan Persekutuan telah membekalkan sumber bekalan air tambahan sejumlah 320 juta liter sehari, ia hanya mampu menampung keperluan pengguna selama dua tahun.

Katanya, situasi itu menjadi bertambah kritikal apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 1 berkapasiti 1,130 juta liter sehari yang merupakan komponen utama bagi projek Pemindahan Air dari Pahang ke Selangor tidak dapat dipastikan tarikh siapnya.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...