PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, July 29, 2011

KERAJAAN KHALID GAGAP GAGAL BERLAKU ADIL...!!!



Kegagalan Kerajaan Pakatan Koyak Rabak Selangor menunaikan janji-janji manis bagi menyelesaikan masalah penempatan Kampung Indian Settlement, Batu Caves, mendorong seramai 65 penduduk kawasan itu sekali lagi berhimpun secara aman di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

Perhimpunan itu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir setengah jam kemudiannya selepas menyerahkan memorandum kepada MB, Abdul Khalid Gagap yang diterima Pegawai Medianya, Tuan Nazuri Tuan Ismail.

Pengerusi Persatuan Sosial dan Rekreasi Kampung Indian Settlement, Pannir Selvam berkata, selepas memenangi Pilihan Raya Umum 2008 di Selangor, Exco kerajaan negeri, Dr. Xmen Jayakumar memberi jaminan kesemua 138 penduduk di situ akan diberi geran tanah.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Koyak Rabak hanya memberikan geran tanah itu kepada 77 keluarga manakala selebihnya masih belum menerima dokumen hak milik tanah berkenaan.

ADUN Bukit Antarabangsa, Mohd Azmin Ali AL-Juburi juga pernah mengeluarkan janji sama awal tahun ini untuk menyelesaikan masalah hak milik tersebut. Namun, sehingga hari ini, mereka gagal menunaikan janji, sebaliknya hanya memberi hak milik tanah kepada 77 penduduk sahaja.

Februari lalu, penduduk kampung tersebut telah menghantar memorandum kepada Abdul Khalid Gagap untuk membantah ketidakadilan pemimpin kerajaan Pakatan Koyak Rabak itu berhubung isu pemberian geran tanah.

Sekretariat Akhbar MB Gagap dilaporkan memberitahu, majlis pemberian hak milik tanah kepada penduduk kampung Indian Settlement itu ditangguh dan tarikh baru akan ditetapkan kemudian, tetapi sehingga kini tiada sebarang keputusan positif yang diterima oleh penduduk.

Pannir mendakwa, ramai penduduk juga tidak puas hati apabila keluasan tanah yang terlalu besar diberikan kepada 77 penduduk tersebut iaitu di antara 557.41 meter persegi hingga 650.32 meter persegi setiap seorang.

Tindakan tersebut telah menyebabkan ruang tanah tidak mencukupi untuk diberikan kepada semua penduduk secara adil di kawasan tersebut. Keluasan tanah sebesar 185.8 meter persegi sudah mencukupi dan jika ini berlaku, ia pasti cukup untuk menampung kesemua 138 penduduk.

Seorang penduduk, V. Prapavathy, 57, berkata, dia terkejut apabila mengetahui tapak rumahnya telah ditukar hak milik kepada individu lain dan sangat sedih kerana telah tinggal di rumah itu sejak 53 tahun lalu namun sekarang ia sudah jadi milik orang.

Mereka menjadi tidak tentu arah kerana tidak tahu kepada siapa nak mengadu sekarang setelah dipermainkan oleh Kerajaan MB Gagap dan sekutunya.



No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...