PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, June 4, 2011

PULAU PINANG SARANG GRO ALA-ISTANA




GEORGETOWN: Sebuah pusat hiburan mewah ala istana di Pulau Tikus di sini, yang melayan pelanggan seperti maharaja diserbu polis Bukit Aman, malam kelmarin, kerana menggaji wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Dalam serbuan kira-kira 8 malam itu, 30 GRO warga China dan Vietnam berusia 19 hingga 32 tahun diberkas dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Peraturan Imigresen 1953 kerana menyalahgunakan permit lawatan.
Pemeriksaan premis itu mendapati kemudahan dan peralatan digunakan serba mewah seperti singki, pintu dan tombol berwarna emas dan hiasan eksklusif.

Hidangan minuman juga ala istana dan persekitaran dalaman yang pasti membuat mata pelanggan kagum. Ruang menari dan lobi mempunyai hiasan lampu warna emas yang berjuntai dan lantai berkilau keemasan.

“Siasatan mendapati pelanggan tetap akan dilayan seperti seorang maharaja dengan menggunakan kemudahan ala istana. Bayaran untuk mendapat layanan GRO ialah RM160 untuk dua jam,” kata Ketua Unit Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar.

Seramai 11 GRO yang cuba melarikan diri diberkas polis yang mengepung premis itu.

Tiga GRO juga memperdaya polis dengan memakai baju dibeli di tingkat bawah pusat beli-belah di situ.
Namun, polis berjaya memberkas mereka apabila mendapati wanita itu menyarung pakaian baru tanpa menanggalkan pakaian asal.

Pusat hiburan itu dibuka untuk pelanggan bukan Islam bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.


- SUMBER BERITA HARIAN

3 comments:

Anonymous said...

tahniah pas perjuangan isle anda telah direalisasikan olih khalifah lim guano eh

Anonymous said...

lim guen pakai kopiah? dah masuk isle ke? ke jadi maskot je?

Anonymous said...

GOLONGAN SONGKOK TINGGI...
CIRI CIRI KEPIMPINAN "ISLAM" ALA UMNO APCO...KEH...KEH...KEH...

Pemimpin UMNO Yang Terlibat Dengan Perniagaan Judi
Posted by Addin at 5/30/2011
Anda nak tahu siapa pemimpin UMNO yang bergelumang dengan hasil JUDI. Ikuti paparan ini.

A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
...Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlahmlah saham - 1,900,000

2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)



3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees) Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584. Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

2. Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

3. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah./Sumber

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...