PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, June 3, 2011

AKHIRNYA PULAU PINANG AKUR DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN



Kerajaan Pulau Pinang semalam memeterai perjanjian penstrukturan semula bekalan air dengan Kerajaan Persekutuan membabitkan pemindahmilikan secara pajakan aset air kerajaan negeri itu bernilai RM655.2 juta kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).

Perjanjian itu menjadikan Pulau Pinang negeri kelima selepas Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis berbuat demikian dan negeri pertama di bawah pentadbiran pembangkang memeterai perjanjian berkenaan dengan PAAB, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap penyertaan Pulau Pinang dalam perjanjian itu akan menjadi pemangkin kepada negeri lain untuk turut serta.

Beliau berkata, PAAB memperuntukkan bajet bagi menjalankan kerja pembangunan atau perbelanjaan modal (capex) lebih RM1 bilion sepanjang 2010 sehingga April 2011 bagi negeri yang terlebih dulu menandatangani perjanjian itu.

“Perkembangan positif dalam penstrukturan semula kali ini menunjukkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih semua aspek perkhidmatan bekalan air negeri seperti keperluan permintaan air, operasi, kewangan dan lain-lain bagi mewujudkan industri air yang berdaya maju, holistik dan cekap,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini, semalam.

Najib juga menganggap kejayaan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang itu sebagai kejayaan kepada rakyat Pulau Pinang.

Majlis menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, Kerajaan Pulau Pinang, PAAB dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu disaksikan Najib; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Penstrukturan semula itu membabitkan pemindah milikan secara pajakan aset air kerajaan Pulau Pinang bernilai RM655.2 juta kepada PAAB milik Kementerian Kewangan, manakala PAAB pula akan mengambil alih liabiliti air kerajaan Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan bekalan air pada nilai sama.

PAAB akan menyewa pajak aset air kepada PBAPP pada kadar sewaan tahunan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, tarif air di negeri berkenaan akan ditentukan sendiri oleh kerajaan Pulau Pinang.

"Sememangnya kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bagi kerajaan. Saya berharap negeri lain di Semenanjung akan segera turut serta dalam pelaksanaan inisiatif penstrukturan semua industri perkhidmatan air oleh Kerajaan Persekutuan supaya dapat meraih faedah yang saya bagi negeri masing-masing.

Lepas ni kita tengok Ketua Menteri Pulau Pinang akan turunkan harga air ataupun sebaliknya, seperti sikap mereka yang selalu membangkang dan memprotes tetapi sebaliknya mengambil jalan inisiatif berunding dengan dibantu Kerajaan Persekutuan.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...