Sekarang Anwar sibuk berceramah ke seluruh negara untuk menafikan kononnya ada konspirasi dan fitnah politik terhadapnya. Mujur kes liwat II akhirnya selesai di peringkat pertuduhan dan kini memasuki gelanggang pembelaan.
Keputusan hakim pada 16 Mei lalu meminta Anwar tampil untuk membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Jun ini (Isnin) atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah menetapkan 6-30 Jun ini untuk Anwar mengemukakan hujah-hujah pembelaannya.
Belum pun tiba hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk mendengar sendiri kisah benar daripada mulut Anwar dari kandang saksi, pada Rabu lalu pasukan peguam belanya diarah sekali lagi memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah dilucutkan sebagai hakim kes liwatnya.
Kalau diimbas kembali, ini bermakna sudah tiga kali cubaan untuk melucutkan hak Mohamad Zabidin. Sebelum ini dua kali permohonan seumpama itu ditolak oleh mahkamah.
Permohonan pertama pada 10 Februari 2010 melalui peguam Karpal Singh, Anwar membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim itu berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.
Permohonan kedua pada November 2010 kerana amaran Mohamad Zabidin yang didakwa cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah. Alasan kali ketiga ini pula mendakwa Mohamad Zabidin membuat prapenghakiman dan berat sebelah.
Dengan taktik ini, nampaknya perbicaraan mahkamah akan tertangguh lagi. Pihak pembelaan berharap permohonan akan didengar pada Isnin depan sebelum perbicaraan bermula. Seperti biasa hakim perlu membuat keputusan ke atas permohonan itu dahulu sebelum perbicaraan bela diri Anwar.
Pemimpin anugerah Tuhan yang diangkat oleh isterinya itu sedia maklum, jika disabitkan kesalahan maka mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, hukumannya ialah penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan.
Apabila Anwar memohon perintah supaya perbicaraan kes liwat II itu didengar semula oleh hakim lain, bermakna kes itu akan didengar semula. Bila dimohon didengar semula maka proses perbicaraan akan 'diulang tayang.'
Masalahnya jika hakim lain itu juga tidak disukainya, akan berlaku permohonan supaya hakim dilucutkan daripada mendengar kes itu. Persoalannya sampai bila kes ini hendak diselesaikan?
Apakah Anwar takut untuk tampil di kandang saksi dan menceritakan kisah benar apa yang berlaku antaranya dengan Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Kita percaya kalau hakim lain yang mendengar perbicaraan ini, mereka akan mengutamakan fakta kes dan keadilan.
Takkan Anwar hendak mencari hakim yang boleh memihak kepadanya sahaja. Ada kalanya Anwar mendapat hakim yang bukan memihak kepadanya tetapi berdasarkan alasan yang kukuh, hakim akan menyebelahi pihaknya.
Apakah Anwar sudah lupa berapa lama masa diberi untuk melayan banyak permohonan daripada pihaknya semata-mata untuk memberi keadilan kepada pemimpin pembangkang itu. Keistimewaan ini jarang-jarang diberi kepada seseorang yang kena tuduh di negara ini.
Kini adalah masa untuk Anwar dan pasukan peguam belanya berhujah dan membuktikan tuduhan itu adalah palsu.
Sebagai mana Anwar berani menceritakan kisahnya dalam ceramah-ceramah sekeliling tanah air, maka kini jelaskan dan buktikan apa yang diberitahu kepada rakyat itu adalah benar di depan hakim dan barisan pendakwa raya.
Anwar sendiri kena berani membela diri dan jangan cari alasan untuk lucut hakim sahaja. Tertuduh lain tak pernah minta mahkamah sediakan hakim pilihan hatinya.
Kita berharap dalam tempoh perbicaraan pembelaan ini, Anwar memberi keterangan yang benar dan tidak mencari alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraan lagi.
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
4 comments:
Kalau tak yangguh kes...tak sempat pulak nak ikut pru13 nanti
Anwar Ibrahim tak perlu susah2 nak bela diri lagi.
Parti PAS sudah berada di tangan Anwar.
Dgn tindak-tanduk Najib yg semakin bebal dan lemah, Pakatan Rakyat akan menang PRU13 nanti.
Kaum Cina tetap akan mengundi DAP, walau pun Najib memberi mereka bulan dan bintang sekali pun.
Kaum Melayu yg kecewa dgn tindakan Najib tidak akan mengundi BN.
Pakatan Rakyat nampaknya akan menang besar di PRU13. Anwar akan jadi PM Melayu yg pertama dan terakhir. Anwar akan sempat melepaskan dirinya dari tuduhanh meliwat. Sebaliknya Saiful pula akan dipenjarakan atas tuduhan cuba membuat konspirasi!
Dila DAP memerintah Malaysia :
1. Perlembagaan akan dipinda.
2. Hak Istimewa orang Melayu akan dihapuskan.
3. Raja-Raja Melayu akan dibubarkan.
4, Malaysia akan dijadikan sbg sebuah Republik spt Singapore.
5 Spt si Simgapura dahulu,Kaum Cina dari negara Cina, Taiwan dan luar negara akan dibawa masuk beramai2 utk menjadikan kaum Cina sbg kaum majoriti supaya menghakis langsung kuasa politik kaum Melayu.
6. PAS spt sekarang di Penang dan Selangor akan jadi Pak Angguk saja kpd tindakan DAP yg melanyak kaum Melayu. PAS tidak akan berani bersuara utk membela kaum Melayu. Lebai2 Pas akan hanya menjaga kepentingan jawatannya shj.
7. Bila nasi dah jadi bubur, kaum Melayu jika menangis air mata darah pun tak guna.
8. Kaum Melayu yg tersangat bodoh tidak belajar dari sejarah Singapura!
Atau pun Melayu mudah lupa ????????
Saya rasa andaian yang saudara buat itu ada kebenaran dan logiknya. Saya percaya juga bahawa 8 sebab2 yg diberi itu ada bersangkutan dengan sejarah.
Melayu akan tinggal nama sahaja.. " Melayu see ya..."
Betul betul betul... bangsa melayu bangsa paling boddo dlm dunia... paling byk haprak bangsa melayu la... paling bebal dlm sejarah dunia pun melayu la... paling kuat kongkek dlm dunia nie melayu la... apa-apa yang paling (yg buruk2) itu semua melayu la... kita terima je la memang melayu lah yg paling bangang sekali... hehehe....
Post a Comment