PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, June 9, 2011

LAUNGAN NEGARA KEBAJIKAN PAS SEKADAR SLOGAN

KESANGGUPAN parti PAS untuk berkompromi dengan mengorbankan prinsip serta perjuangannya menegakkan sebuah negara Islam sebaliknya menukarkannya kepada penubuhan negara berkebajikan semata-mata bagi memenuhi kehendak rakan parti dalam pakatan pembangkang sememangnya sudah dijangka.

Sebagai parti yang terpinggir dalam pakatan pembangkang, PAS kini terpaksa akur dengan kehendak parti bukan Islam seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun perjuangan mereka bercanggah dan berbeza, ibarat langit dengan bumi semata-mata ingin meraih undi penyokong mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam situasi ini, tidak hairanlah mengapa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 hujung minggu lalu, sanggup mengubahkan pendirian PAS selama ini daripada menegakkan penubuhan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan.

Namun, umum mengetahui PAS hanya berupaya bercakap politik semata-mata, kerana apa yang ingin diperjuangkannya itu sudah lama dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN. Rakyat sememangnya menyedari bahawa kerajaan diterajui BN dan UMNO sebagai teras parti berkenaan sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk manfaat pengundi.

Pendirian baru PAS itu membuktikan selama ini mereka tidak pernah meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan parti serta parti sahabat lain.

Itulah sebenarnya berlaku di semua negeri dikuasai pakatan pembangkang. Keadaan itu berbeza sama sekali dengan prinsip perjuangan UMNO dan BN yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, sejajar Gagasan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, apa yang dilakukan kerajaan pimpinan BN adalah amalan yang sudah lama dilaksanakan, sama ada dalam pembangunan infrastrukur, kesihatan, pendidikan, subsidi makanan, minyak dan macam-macam lagi, yang semuanya berunsur kebajikan untuk rakyat.

Namun, PAS hanya mampu melaungkan slogan, yang lebih berupa label berbanding apa yang sudah dilaksanakan BN. Rakyat juga masih samar dengan konsep negara berkebajikan yang dimaksudkan PAS.

Adakah ia bermakna kerajaan PAS atau pakatan pembangkang akan membuat pembayaran wang saraan kepada rakyat yang tidak bekerja, seperti diamalkan di Britain dan sesetengah negara Barat lain? Sebelum ini PAS heboh mempertikaikan hubungan UMNO dengan parti komponen lain dalam BN sehingga sanggup melabelkannya sebagai kafir.

Tanpa segan silu, Presiden PAS kini menyatakan parti berkenaan ingin memberi tumpuan kepada pembentukan sebuah negara berkebajikan kerana mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan itu sambil mendakwa negara Islam tidak disebut dalam al-Quran.

Apapun, isu berhubung negara berkebajikan yang ingin diperjuangkan PAS itu sebenarnya adalah fardu kifayah yang terbukti sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN. Ia juga bukannya perkara baru seperti yang dicanang pucuk pimpinan parti pembangkang.

Rakyat tidak mungkin boleh diperdayakan dengan mudah kerana pendirian parti itu yang sentiasa berubah dan berdolak-dalik.

1 comment:

Unknown said...

Kalau betul berkebajikan, apsal PAS kat Kedah naikkan cukai tanah UUM, sedangkan sepatutnya org yg nak belajar patut dibantu?

Nurul Izzah habis modal di Lembah Pantai? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...