PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, June 9, 2011

PEMUDA PAS BANTAH KUOTA PERUMAHAN BUMIPUTERA



Pemuda PAS Selangor membantah cadangan pelepasan kuota perumahan bumiputera secara automatik yang dijangkakan akan diluluskan tidak lama lagi oleh Kerajaan Negeri.

Cadangan terbaru itu membelakangkan cadangan terdahulu yang lebih baik untuk menjaga dan menyediakan satu garis panduan pelepasan kuota perumahan Bumiputera yang diluluskan pada Mac 2011.

Bantahan dibuat kerana hak Bumiputera telah disepakati Majlis Presiden Pakatan PR bahawa semua hak dan keistemawaan Bumiputera sepatutnya tidak disentuh sebaliknya diperkasakan seperti disepakati majlis Presiden Pakatan PR sebelum ini.

Sekali lagi Pakatan PR cuba mengekang pelepasan kuota automatik yang akan diberikan kepada Melayu (Bumiputera) kononnya akan menghalang pembeli tulen untuk membeli hartanah tersebut.

Alasan yang tak masuk akal kerana hak dan keistemewaan orang Melayu( Bumiputera) sepatutnya tidak perlu dipersoalkan, malah seharusnya diperkasakan jika benar Pemuda PAS yang membantah ni menggunakan akal dan fikirannya.

Kononnya, sekiranya jika Kerajaan Negeri meluluskan juga, mungkin Pemuda PAS akan membawa isu itu kepada PAS pusat untuk mendapatkan pandangan.

1 comment:

Mael Hashim said...

Sepatutnya PAS buat survey dikalangan ahli-ahlinya untuk mendapatkan gambaran berapa ramai yang dah ada rumah sendiri dan berapa ramai yang belum, dan tinggal di rumah yang macamana, kemudian bandingkan dengan ahli-ahli DAP.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...