PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, June 7, 2011

ISU RAMPASAN TANAH KERADANG DAPAT PERHATIAN KERAJAAN PUSAT




Kerajaan negeri sepatutnya membela dan prihatin kepada masalah rakyat serta memberi peluang kepada penduduk terus kekal di tanah berkenaan dengan memperbaharui TOL tahunan.

Tapi jika ada rancangan lain, sepatutnya kerajaan Selangor mencari tempat gantian kerana kata hendak tolong rakyat. Nampak sangat mereka tidak kisah langsung dan dibiarkan begitu.

Akhbar semalam melaporkan isu pengambilan balik tanah TOL di Selangor kini meluas ke Kuala Kubu Bharu, membabitkan kira-kira 200 penduduk Kampung Sungai Kerandang, selepas keadaan sama dihadapi 50 pengusaha nurseri tanaman di Sungai Buloh.

Sementara itu, ketika berucap dalam lawatannya ke Kampung Pindah dan Flet Jalan Tun Razak di Kampung Padang serta Kampung Baru, beliau meminta penduduk memberi sepenuh kepercayaan dan bekerjasama kepada kerajaan untuk membangunkan serta memajukan bersama kawasan itu yang disifatkan sebagai `lombong emas’, supaya faedahnya dapat mereka kecapi kelak.

“Itulah harapan kita, tidak ada niat tertentu yang terselindung di sebalik itu. Hanya untuk memastikan khazanah negara Kampung Baru yang tidak ternilai ini dapat dibangun dan dimajukan setimpal kemajuan sekitarnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan kelulusan peruntukan RM300,000 untuk kajian masalah mendapan tanah di Kampung Pindah serta RM500,000 lagi bagi usaha penambahbaikan, selain RM450,000 untuk mengecat tujuh blok Flet Jalan Tun Razak.
Muhyiddin turut mengunjungi ibu tunggal, Roseminah Fatwi, 49, bersama seorang anak kurang upaya, Fauziana Mohd Yatim, 17, dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menaikkan bantuan bulanan daripada RM100 kepada RM300, di samping memberi jaminan Fauziana akan dimasukkan ke pusat kemahiran MARA tahun depan.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, menyifatkan tindakan kerajaan Selangor `merampas’ tanah yang diusahakan penanam bunga di Sungai Buloh untuk diserahkan kepada Yayasan Selangor sebagai zalim dan cuba menafikan hak mereka yang mengusahakannya sejak 20 tahun lalu.

“Kerajaan Selangor yang berusia tiga tahun ini mengatasi undang-undang, merampas dan menyamun tanah rakyat semata-mata ingin menutup kesilapan mereka selepas mengambil alih pengurusan Yayasan Selangor sehingga mengalami kerugian RM7.4 juta kerana kegagalan tadbir urus,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...