PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, June 7, 2011

LAYAKKAH PAS GANTI UMNO..??





SELAIN impian ke Putrajaya bersama-sama sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas juga mempunyai satu lagi cita-cita iaitu menggantikan UMNO.

Pas menguar-uarkan di seluruh negara bahawa mereka kini sudah bersedia untuk mengambil peranan menggantikan UMNO.

Tiada apa hendak dihairankan dengan keghairahan Pas untuk menggantikan UMNO kerana Pas kini bukanlah sebuah parti Islam.

Pas adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana mereka sendiri sudah mengakui bahawa perjuangan mereka kini adalah untuk menegakkan negara berkebajikan.

Malahan keazaman Pas untuk menggantikan UMNO juga jelas menunjukkan parti yang suatu ketika dulu menguar-uarkan ingin menegakkan negara Islam sudah bersedia menggadaikan prinsipnya.

Segala-galanya hanya kerana satu matlamat iaitu meraih kuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Persoalannya kenapa Pas mahu menggantikan UMNO? Layakkah Pas untuk berada pada kedudukan itu atau setaraf dengannya dan apakah motif di sebalik keterujaan Pas itu?

Sebenarnya, tidak salah untuk Pas menanam cita-cita atau impian untuk menggantikan UMNO seperti mana mereka bermimpi menguasai Putrajaya tetapi soal apakah Pas mempunyai kemampuan memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam seperti mana peranan yang dimainkan oleh UMNO?

Akui sahajalah Pas tidak ada keupayaan itu, sebaliknya matlamat Pas hanyalah untuk memastikan tidak ada lagi parti yang akan bermati-matian untuk orang Melayu.

Mungkin kenyataan ini tidak disenangi oleh pemimpin dan ahli Pas tetapi apa jaminan mereka bahawa Pas mampu memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam melalui kerjasama dengan DAP dan PKR.

Tidakkah sebelum ini, Pas bersetuju dengan pandangan rakan sekutunya bahawa perjuangan UMNO adalah rasis dan Pas berjuang untuk semua kaum dan bukan satu kaum sahaja.

Malahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah mengakui dirinya tidak bangga menjadi orang Melayu.

Oleh itu bagaimanakah Pas boleh bermimpi untuk menggantikan UMNO, apa sebenarnya perjuangan Pas kalau benarlah cita-cita itu tercapai?

Sebenar slogan 'Pas ganti UMNO' adalah perjuangan Pas untuk menjayakan dasar Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP.

Ia kerana kita memahami bahawa Pas bukanlah parti dominan dalam pakatan pembangkang, tidak seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Justeru adalah mustahil untuk Pas membawa perjuangan Melayu dan Islam selagi mereka bersahabat dengan PKR dan DAP, sebaliknya mereka hanya akan mengikut telunjuk kedua-dua parti itu sahaja.

Selama ini pun, Pas hanya menjadi 'pemerhati' sahaja terhadap tindakan tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas orang Melayu terutamanya peniaga-peniaga di negeri itu.

Berikutan keadaan itu, orang Melayu perlu memahami dan tidak mudah terpengaruh dengan mainan politik Pas yang kini semakin bercelaru hala tuju perjuangannya.

Pas kini seolah-olah tidak tahu bagaimana hendak menempatkan diri mereka dalam pakatan pembangkang biar pun mereka adalah parti tertua berbanding PKR dan DAP.

Sikap pemimpin-pemimpin Pas yang terlalu menjaga hati dan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan telah memungkinkan banyak prinsip Pas terpaksa dikorbankan.

Sebelum ini Pas juga menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya Pas menegaskan bahawa mereka ingin memperkukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang bagi menawan Putrajaya.

Keterujaan Pas inilah yang membuka ruang kepada PKR dan DAP untuk 'mengubah' prinsip perjuangan dan 'menguasai' tindak tanduk parti yang sebelum ini memperjuangkan Islam tersebut.

Berdasarkan hakikat itu adalah jelas slogan 'Pas ganti UMNO' yang rancak dipromosikan oleh Pas hanyalah semata-mata kerana ingin menunjukkan kesetiaan kepada PKR dan DAP.

Melalui laungan itu, Pas berharap parti itu tidak akan dilihat lagi ingin bekerjasama dengan UMNO sebaliknya akan berusaha bersungguh-sungguh menamatkan riwayat politik parti keramat Melayu tersebut dalam pilihan raya.

Iltizam Pas itu sudah tentulah menggembirakan PKR dan DAP yang pada masa ini berasa terganggu apabila banyak tindakan mereka yang bertujuan menghakis kepentingan orang Melayu terhalang kerana UMNO masih wujud.

Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah kesan kempen 'Pas ganti UMNO' yang dijalankan tetapi apa yang pasti dengan tindak tanduk Pas yang hanya dilihat menjadi parti ketiga dalam pakatan pembangkang, usaha itu mungkin tidak akan ke mana.

Penulis percaya orang Melayu tidak akan mudah terhasut dengan kempen Pas itu. Mungkin di kalangan penyokong Pas ia sesuatu yang menyeronokkan tetapi mereka juga perlu faham bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

Kalau Pas benar-benar ingin menggantikan UMNO maka mereka perlu dominan dalam pakatan pembangkang dan berikrar untuk mempertahankan kepentingan serta kedudukan orang Melayu dan umat Islam.

Tetapi malangnya kita tidak lihat kesungguhan Pas dalam soal ini, sebaliknya apa yang kita nampak demi merebut kuasa politik, Pas semakin meninggalkan apa yang mereka perjuangkan sejak penubuhan parti itu pada tahun 1951.

Mungkin juga keterujaan untuk menggantikan UMNO ini berlaku kerana Pas 'cemburu' melihat kejayaan UMNO meningkat martabat orang Melayu di negara ini. Sejarah panjang perjuangan UMNO juga bukanlah sesuatu yang mudah dihapuskan oleh Pas melalui retorik mereka.

Sebaliknya Pas perlu mempunyai alasan yang cukup kukuh kenapa perlu orang Melayu menolak UMNO dan menyokong Pas.

Selama ini orang Melayu sudah mendapat banyak nikmat melalui perjuangan UMNO dan nikmat itu turut dirasai oleh pemimpin Pas dan anak cucu mereka. Tetapi Pas tidak mahu mengakui semua jasa UMNO itu sebaliknya mereka menggambarkan kepada rakyat bahawa pemerintahan negara yang ditunjangi oleh UMNO pernah dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Malahan mereka juga mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggaknya adalah sebuah kerajaan yang zalim.

Soalnya, kalau kerajaan BN dan UMNO itu zalim sudah lama Pas tidak ada di muka bumi Malaysia ini. Lebih daripada itu Pas tidak akan berasa nikmat memerintah di Kedah, Kelantan dan Terengganu (1999) manakala rakan sekutu mereka tidak akan mampu memimpin di Pulau Pinang dan Selangor, jika penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.

Apa yang melucukan ketika Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan menyebelahi BN, parti itu sendiri dalam pemilihannya menggunakan sistem yang dilaksanakan oleh suruhanjaya berkenaan.

Semua keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang paling tidak konsisten sama ada dalam pendirian, tindakan mahupun perjuangan, oleh itu mana mungkin mereka mahu menggantikan UMNO, kecuali ia hanya sekadar impian seperti mana khayalan mereka hendak ke Putrajaya.

3 comments:

Mohd said...

Pakatan Rakyat sudah sedar bhw rakyat tidak akan menyokong mereka kerana track record mereka adalah sangat buruk di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan jika dibandingkan dgn Kerajaan Barisan Nasional.
Utk melalui jalan pintas ke Puterajaya pihak pembangkang yg diketuai oleh Cina DAP akan menganjurkan satu demonstrasi besar2an.
Mat Sabu yg terhutang budi dgn Lim Guan Eng dan DAP Penang akan dikerahkan utk mengetuai demonstrasi lebai2 PAS beramai2. Mat Sabu memanglah seorang pakar dlm melakukan demonstrasi. DAP akan membiayai demonstrasi dan melihat dari jauh kaldai2 tungangan mereka berdemo.
Sudah tentunya akan tercetus rusuhan di antara yg berdemanstrasi dgn pihak keselamatan Kerajaan.
Jangan lupa yg Armada Amerika sudah siap sedia menunggu dekat Singapura kononnya utk mengadakan latihan tentera dgn Singapura.
Apabila tercetus saja rusuhan, tentera Amerika akan masuk kononnya utk menjaga keselamatan sekutunya Singapura dan menyokong pihak perusuh utk menentang tentera Kerajaan Malaysia. Senario yg sama spt yg berlaku di negara2 Arab akan berulang di Malaysia. Kerajaan yg memerintah akan ditukar atas dasar rakyat inginkan perubahan kononnya.
PAS tak usahlah bermimpi utk ke Putrajaya. Kebanyakan dpd pemimpin2 mereka akan terbunuh atau ditangkap atas kesalahan mencetuskan huru-hara.
Yang berkuasa nanti adalah Cina DAP dgn sokongan penuh Singapura dan Amerika. Maka terbentuklah Republic of Malaysia dan akan bermulalah mimpi ngeri bagi kaum Melayu yg tidak sedar diri.
Ingat kata2 Lim Kit Siang apabila BN mengadakan perhimpunan belia satu Malaysia, dia kata Najib patut ingat lebih ramai rakyat akan mengadakan perhimpunan spt yg telah berlaku di Tahrir Square di Mesir.
Kan jelas hasrat Pakatan Rakyat utk mengadakan rusuhan?
Hishamuddin yg lembab janganlah leka lagi - asyik2 memberi amaran demi amaran yg tidak sudah2.
CEGAH SEBELUM PARAH.
MELAYU MUDAH LUPA ...........

Anonymous said...

bagi PAS perintah kat Somalia baru ngam.

Anonymous said...

Tak tau nak ckp apa. Pas ni dah jadi kuda tunggangan pkrz dan dap.. Nak bersuara pun tak berani... KENTUT pun minta kebenaran dap dan pkr... Apa nak jadi lah parti bongol pas ni...

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...