PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, May 26, 2011

NIK AZIZ TERLUPA ATAUPUN DAH NYANYUK..??


4 Kunci Kemurkaan Di Muka Bumi ini yang Tok Guru Nik Aziz terlupa agaknya, jika tidak pasti Tok Guru ingat akan hadis Rasulullah s.a.w yang telah bersabda yang maksudnya :-

”Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah?

Jawab baginda:” Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.”

(At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesbian.

Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.

Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.

Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.

Agaknya Tok Guru Nik Aziz terlepas pandang video ni tak..??

2 comments:

Anonymous said...

Tak payahlah nak komen lebih lebih lagi ......
Benda dah terang nak suluh lagi...
Biar kaum yg bergelumang ni berdepan sendiri dengan Allah... dan Rasul.

Kita patut membersihkan diri kita dan tidak terlibat dalam hal ini.

Berhelah dengan ayat ayat Allah ni ..budak sekolah rendah pun bolih..bukan kerana bijak atau hafiz tapi nafsu jahat atau dihijab kan Allah atas keangkuhan orang itu.

Yang baiknya kita doa pada Allah agar peliharakan dari kesesatan dan hapuskan kekeliruan yg. sedia ada ni.

Dot said...

pengikut2 pas kata n.ajis wali mrk dah jatuhkan hukuman, mrk yg fitnah nwar, kena cium kaki nwar utk hapuskan dosa pdnya!

kalau wali Allah, mengikut sejarah Islam, mereka lebih banyak beramal sendirian, menyerahkan diri semata2 kpd Allah, segala amalan hanya utk Allah & menjauhi segala bentuk kebendaan dunia. sgt zuhud!!!!

n.ajis wali?

wali yg kata Allah mencarut?
wali yg kata dia ada kuasa utk tahu Allah telah ampunkan pengikutnya yg berdosa besar & kecik?
wali yg senang2 jatuhkan hukum kapir sesama Islam?
wali yg naik mercedes?
wali yg makan kek raya harga setengah ribu?
wali yg pergi haji kontraktor sponsor?
wali yg membiarkan pembesar2 mentadbir negeri jauh mundur ke belakang?
& wali yg membenarkan patung2 buddha besar2 gergasi didirikan di negeri serambi mekah????

bukala mata hati kamu wahai penyokong2 yg taksub! n.ajis hanyalah insan biasa. tidak maksum!

biarlah tok2 sami siam di tumpat & bachok shj mendoakan kesejahteraan wali songheh ni!!!

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...