NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, March 31, 2011
PKNS BOROS BERBELANJA TAK MASUK AKAL
Semalam telah didedahkan perbelanjaan boros PKNS yang tidak terkawal, didakwa dilakukan oleh pengurusan PKNS. Berdasarkan maklumat PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan jumlah bayaran yang tak masuk akal dengan bayaran yang cukup tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.
PKNS boros berbelanja memperuntukan RM 93,000 sebulan hanya untuk membayar 8 pegawai kontrak sedangkan kerja-kerja itu boleh dilakukan oleh kakitangannya sendiri untuk menjimatkan kos.
Bayangkanlah kroni-kroni pakatan menjoli duit PKNS :-
(1) Melantik seorang akauntan sahaja secara kontrak dengan bayaran RM 20,000 sebulan.
(2) Seorang individu pula hanya menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM 7,500 sebulan.
(3) Seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan saja sebanyak RM 10,000 sebulan.
(4) Dua orang pegawai khas pengurus besar dibayar sebanyak RM 18,500 sebulan.
(5) Seorang perunding pembangunan hartanah yang dikenali sebagai Dr.Armen selama 6 bulan dengan bayaran RM 935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya.
Perlantikan pegawai kontrak termasuk Pengurus Besar PKNS sendiri yang sebenarnya memberikan kesan besar kepada PKNS, memandangkan mereka-mereka ni tak biasa dan tidak ada pengalaman dalam peraturan kewangan kerajaan.
Kecenderungan membelakangkan peraturan telah diterima pakai oleh PKNS dengan alasan kecekapan dan pentadbiran "Ala Korporat", laporan pengurusan kewangan pula tidak menunjukan keputusan yang memuaskan kerana tidak cekap membuat pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
1 comment:
' Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, nescaya ia mendapat balasan yang lebih baik dari perbuatannya itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka orang-orang yang mengerjakan itu, tidak dibalas atau dihukum melainkan sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya '
Surah Al-Qasas ayat 84
Post a Comment