NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, January 8, 2011
JALANRAYA SESAK..? SAMPAI BILA..?
Kita lihat sekarang kesesakan jalanraya semakin menjadi-jadi nampaknya, tidak kira jalan utama mahupun jalan laluan tertentu seakan tak dapat lari dari permasalahan tersebut. Kalau keadaan pulih pun seketika sahaja, semasa musim budak-budak cuti persekolahan, kemudian dah mula beresak-esak semula.
Walaupun keadaan jalanraya dan struktur jalan dalam keadaan baik dan sempurna, jumlah kenderaan semakin hari semakin bertambah. Ianya menyebabkan begitu sukar membawa kepada penyelesaian. Itu belum lagi dijalan-jalan utama pusat bandar, haru-biru dibuatnya. Lagi teruk keadaannya apabila berada di waktu puncak.
Adakah benar tindakan yang diambil oleh Kerajaan apabila harga minyak dinaikkan..? Tinjauan dibeberapa lokasi utama menunjukkan keadaan masih sama walaupun pelbagai inisiatif dibuat pihak berkuasa. Dahulu Kerajaan pernah menyarankan supaya kita berkongsi kereta, rakyat kita tahu je la, memberikan alasan yang banyak apabila saranan itu dilancarkan. Ini lah dan Itu lah, macam-macam sebab diberikan..!!
Jikalau dahulu satu keluarga hanya mempunyai sebuah kereta, tetapi sekarang seorang mempunyai satu kereta. Contohnya satu keluarga ada 5 adik-beradik, mereka sefamily akan mempunyai 5 biji kereta yang tidak mahu dikongsi antara satu sama lain. Bagaimana sekarang..? Jika yang ada yang masih tak mempunyai kenderaan, mesti ada impiannya untuk membeli satu untuk dijadikan hak milik kelak.
Bukankah itu menyumbang kepada kesesakkan lalu-lintas, ataupun anda perlu berjimat dalam menguruskan penggunaan pemakaian kenderaan, jika perlu dan penting sahaja kenderaan akan digunakan. Rasanya tindakan kerajaan menaikkan harga minyak itu mungkin salah satu sebab supaya kita ni berkongsi kereta untuk menjimatkan perbelanjaan.
Walaupun penyelesaian secara total dianggap sesuatu yang mustahil ini akan terus membelenggu wargakota..?
kalau boleh kurangkan sikit harga petrol itu......kan cantik...!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
KBC lebih rela sokong pakatan PR kerana mereka nak turunkan harga minyak petrol dan diesel sehingga RM1 seliter, biar semua rakyat dimu...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji t...
-
Imej rakaman kamera litar tertutup(CCTV)telah disahkan oleh Pegawai Penyiasat dimana telah membuktikan Anwar dan Saiful datang ke Kondom...



3 comments:
apa pulak kurangkan harga minyak... naik kan lagi sampai mahal. harga kereta semua naikkan, cukai eksais kita tambah lagi 200 peratus. proton je retain harga dulu. lepas tu banyak kan lagi jalan bertol. pada mas ayg sama, banyakkkan pengangkutana wam pada kadar yang murah. teket lrt, monorail, KTM, ERL semua dimurahkan. Ada pas bulanan pada harga murah, adakan teket murah untuk students, org tua, kurang upaya dsb...
bernas gak tu...!!
naik motor je bro...macam aku, takde nak fenin-fenin pasal JEM ni...
cuma sesekali je aku pekena JEM dgn roti bakar + peanut butter.....
mmmmmmmm delicious...he..he..he..
Post a Comment