PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, November 30, 2010

Wan Azizah Si Kitol Moden


Pelbagai pihak mempersoal sikap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan, semata-mata untuk meraih sokongan bukan Melayu.
 Mereka juga mempertikaikan sikap Dr Wan Azizah yang mengagung-agungkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat PKR yang dianggapnya sebagai anugerah tuhan untuk memimpin rakyat negara ini.Mereka berpendapat kenyataan Presiden PKR mengenai ketuanan Melayu memberi implikasi besar terhadap negara, institusi Raja-Raja Melayu, di samping menjadikan bangsa Melayu mundur.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata konsep itu seharusnya diperbaiki bukan disanggah kerana pelaksanaan berkaitan kedudukan istimewa Melayu perlu lebih telus.
“Secara perundangan, menghapuskan kedudukan istimewa Melayu bukan semudah menukar pakaian, sebaliknya Perlembagaan Persekutuan yang sarat dengan keistimewaan Melayu dan Islam perlu dipadamkan terlebih dulu.
“Persoalannya, dalam keadaan wujudnya keistimewaan Melayu dan Islam pun kedudukan itu sering dicabar, apakah akan berlaku jika kedudukan berkenaan dihapuskan.
“Jika persaingan adil mahu diwujudkan, ia perlu berlaku dalam kedudukan sama pada semua pihak. Dalam sektor swasta dan perniagaan yang dimonopoli bukan Melayu misalnya, persaingan adil tidak berlaku kepada Melayu tetapi perkara ini tidak diperbesarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu perlu dihapuskan supaya anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.
Beliau juga mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya Melayu bagi kepentingan sendiri.
Zainul Rijal juga menolak pandangan tidak tepat, iaitu Ketuanan Melayu bermaksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga memperhambakan bangsa lain.
“Frasa Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi konsep itu kerana kesanggupan Melayu menerima bangsa Cina dan India sebagai warga negara ini.
“Sebagai timbal balik kesanggupan dan kesediaan toleransi serta pengorbanan Melayu, Perlembagaan digubal dan memberi kedudukan istimewa kepada Melayu mengikut Perkara 153 dengan persetujuan saling beri memberi ini disebut sebagai Kontrak Sosial,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan, istilah Ketuanan Melayu perlu dilihat dalam konteks perjuangan Melayu sebelum merdeka yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah pusaka diakui British, selain dirujuk sebagai kedaulatan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, kesal kerana Dr Wan Azizah memomokkan bangsanya sendiri.
“Sepuluh kali pun PKR mahu mendapatkan sokongan kaum lain, tidak perlulah memomokkan bangsa sendiri.
“Jika PKR tidak mahu ketuanan Melayu, itu haknya. Jika mahu kritik pun, itu haknya. Tapi jangan samakan ketuanan Melayu dengan bangsa yang hancur kerana kezaliman seperti kisah dalam al-Quran. Perjuangan Melayu berbeza, kita tidak zalim, sebaliknya inklusif,” tambahnya.
Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Umno, Datuk Mohd Zaid Sirat pula mempersoalkan kedudukan Presiden PKR itu yang tidak mahu menerima kebangkitan dan kejayaan bangsanya sendiri.
“Segala-galanya kerana mahu kembalikan pengaruh yang makin terhakis, mendapatkan simpati Melayu dan sokongan bangsa bukan Melayu,” katanya.
Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), Rahimuddin Md Harun, menganggap ia ucapan pemimpin yang terdesak dan kecewa terutama apabila sejak kebelakangan ini, Melayu mula sedar.
“Malah ramai (orang Melayu) menjauhkan diri dari PKR, dan pada masa sama Azizah cuba memperoleh dan meyakinkan lagi bangsa Cina dan India mengenai keterbukaan PKR,” katanya.
Pemerhati politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussein pula berkata, kenyataan Dr Wan Azizah bertujuan mengembalikan kepercayaan dan sokongan ahli PKR yang dilihat semakin luntur dengan krisis keyakinan kepimpinan parti.
“Ini jelas satu bentuk ketaksuban. Dalam agama pun tak boleh memuja keterlaluan walaupun seorang pemimpin,” katanya.
Beliau mengulas tindakan Wan Azizah menyifatkan Anwar, “insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat”.
Pengerusi Sekretariat Melayu Muda, Wan Azrain Wan Adnan pula berkata ia terpulang kepada ahli PKR untuk menilai dan mentafsir sama ada kenyataan Wan Azizah yang juga isteri Anwar itu berasas atau sebaliknya.


Monday, November 29, 2010

PKR DAH NAZAK

Datuk Seri Najib Razak berkata, pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kesan daripada krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti itu akibat tidak puas hati dan hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka.Perdana Menteri berkata, itulah sebabnya mereka memilih jalan keluar dari PKR, sama ada menjadi kuasa ketiga (third force), termasuk parti yang ditubuhkan Datuk Zaid (Ibrahim) atau menyertai UMNO dan sebagainya.

“Ini kesan daripada keadaan dalaman PKR yang menjurus kepada krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti itu. Krisis ini tercetus kerana ahli sendiri hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan PKR,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2010 bertema ‘Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, semalam.

Najib diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali bahawa kewujudan kumpulan dikenali ‘third force’ dalam pakatan pembangkang, bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), kelmarin, Syed Husin berkata, kumpulan itu tidak boleh dipandang ringan dan perlu ditangani dengan bijaksana.
Sehingga ini, bukan saja ahli, malah ramai pemimpinnya yang keluar PKR. Kelmarin saja, 1,300 ahli PKR Cabang Hulu Selangor keluar parti.

Sepanjang tahun ini, antara pemimpin yang keluar parti selain Zaid ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Klang, M Palanibalakumar; Ketua Penerangan Wanita Perak, Suraya Sulaiman, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Ditanya sama ada kewujudan kuasa ketiga akibat kemelut PKR akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), Najib yang juga Pengerusi BN berkata, perkara itu masih belum diketahui dan bergantung kepada perkembangan lanjut.Bagaimanapun, katanya, pintu UMNO dan BN sentiasa terbuka kepada ahli baru, malah perlembagaan BN sudah diubah untuk membolehkan kemasukan ahli bersekutu dan bergabung.Katanya, inisiatif itu membuktikan BN lebih bersifat terbuka dan inklusif. Dalam konteks ini, Najib menolak dakwaan bahawa perubahan perlembagaan itu adalah tindakan terdesak BN untuk mendapatkan pemimpin pelapis.

“Ini bermakna BN sebuah parti yang berubah mengikut masa. Oleh itu, BN perlu menampilkan diri sebagai sebuah parti yang sanggup berubah dan boleh berubah... dan sebuah parti yang segar serta dinamik,” katanya.

Sunday, November 28, 2010

Anwar Ibrahim & Nizar Rogol PKR

SELANGOR DILANDA KRISIS AIR PADA 2012

Selangor akan dilanda krisis air menjelang 2012 sekiranya pemegang kepentingan dalam pengurusan air dinegeri ini jika gagal mencari penyelesaian segera.Sebagai negeri maju permintaan air meningkat tahun demi tahun, berdasarkan perkiraan SYABAS,setiap isi rumah dinegeri Selangor menggunakan 212 liter sehari dan jumlah ini agak tinggi berbanding di negeri lain.
Ini berkaitan manusia bukan mengenai politik,jadi ketepikan perkara itu dan sama-samalah kita menolong orang ramai yang akhirnya menjadi mangsa.Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu saling mempercayai untuk memastikan krisis air di Selangor tidak menjadi semakin buruk.
Kerajaan persekutuan pernah menyatakan PROJEK LOJI RAWATAN AIR SUNGAI LANGAT 2 perlu dilaksanakan dengan segera seperti dirancang untuk mengelak krisis air di negeri SELANGOR.
Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata projek itu perlu dilaksanakan pada 2019 dan mencadangkan pada Kerajaan Persekutuan supaya mengurangkan kadar air bukan hasil serta melaksanakan sistem penuaian air hujan.

PKR BERTAMBAH PARAH


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional Tahunan ke-7 parti itu apabila lebih 1,300 ahli di cabang HULU SELANGOR mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.Adakah mereka ini semua juga menerima habuan 2 juta..? Mereka ni semua adalah terdiri daripada penyokong tegar Anwar dahulu yang pernah menyanjung penasihat parti itu.Sekarang Mereka telah sedar dan kini tak sanggup lagi nak menipu diri sendiri lalu mengambil langkah keluar parti.Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.
Bekas calon Ketua Cabang Hulu Selangor Zahar Rusli yang mengetuai tindakan keluar parti itu berkata,pihaknya amat kesal kerana suara mereka langsung tak didengari sekali gus memberi gambaran PKR tidak memberi keadilan kepada ahlinya.
"Kami diperbodohkan,dianggap macam tak tahu apa-apa dan tak tahu undang-undang,
jangan ingat kita takda suara dan hanya mempunyai satu atau dua orang pengikut sahaja.
"Ramai ahli PKR sudah muak,mesyuarat cabang hanya mencatatkan kehadiran kira-kira 1,500 orang sahaja walaupun mempunyai 7,000 ahli manakala jumlah pemilihpada peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula jauh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar malam tadi.
Kongres Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) PKR yang bermula semalam namun hambar apabila tidak ramai ahli parti itu yang hadir.Malah penulis BLOG Cucu Mat Kilau (CMK) atau nama sebenarnya,Mohd.Shukri Mohd. Ramli yang merupakan penyokong tegar Anwar mengambil keputusan meninggalkan parti itu.
Akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri.Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin PKR yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa.
Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri katanya.
There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...