PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, November 29, 2010

PKR DAH NAZAK

Datuk Seri Najib Razak berkata, pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kesan daripada krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti itu akibat tidak puas hati dan hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka.Perdana Menteri berkata, itulah sebabnya mereka memilih jalan keluar dari PKR, sama ada menjadi kuasa ketiga (third force), termasuk parti yang ditubuhkan Datuk Zaid (Ibrahim) atau menyertai UMNO dan sebagainya.

“Ini kesan daripada keadaan dalaman PKR yang menjurus kepada krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti itu. Krisis ini tercetus kerana ahli sendiri hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan PKR,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2010 bertema ‘Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, semalam.

Najib diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali bahawa kewujudan kumpulan dikenali ‘third force’ dalam pakatan pembangkang, bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), kelmarin, Syed Husin berkata, kumpulan itu tidak boleh dipandang ringan dan perlu ditangani dengan bijaksana.
Sehingga ini, bukan saja ahli, malah ramai pemimpinnya yang keluar PKR. Kelmarin saja, 1,300 ahli PKR Cabang Hulu Selangor keluar parti.

Sepanjang tahun ini, antara pemimpin yang keluar parti selain Zaid ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Klang, M Palanibalakumar; Ketua Penerangan Wanita Perak, Suraya Sulaiman, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Ditanya sama ada kewujudan kuasa ketiga akibat kemelut PKR akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), Najib yang juga Pengerusi BN berkata, perkara itu masih belum diketahui dan bergantung kepada perkembangan lanjut.Bagaimanapun, katanya, pintu UMNO dan BN sentiasa terbuka kepada ahli baru, malah perlembagaan BN sudah diubah untuk membolehkan kemasukan ahli bersekutu dan bergabung.Katanya, inisiatif itu membuktikan BN lebih bersifat terbuka dan inklusif. Dalam konteks ini, Najib menolak dakwaan bahawa perubahan perlembagaan itu adalah tindakan terdesak BN untuk mendapatkan pemimpin pelapis.

“Ini bermakna BN sebuah parti yang berubah mengikut masa. Oleh itu, BN perlu menampilkan diri sebagai sebuah parti yang sanggup berubah dan boleh berubah... dan sebuah parti yang segar serta dinamik,” katanya.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...