Sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) semakin pulih setelah kerajaan menunaikan janji pilihan rayanya dan komitmen yang diberikan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.
Bercakap pada sidang akhbar kemudian apabila ditanya sama ada BN boleh berasa lega sekarang hasil daripada petanda-petanda awal itu, beliau berkata BN tidak boleh berasa lega sekarang, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi. Sementara itu Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia berada di landasan yang tepat menuju ke arah negara maju yang inklusif pada 2020 dan dalam masa yang sama mahu menukar pengalaman dengan negara lain bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dunia dikongsi bersama.
Perdana Menteri berkata, Malaysia sentiasa bekerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa.
“Sebagai contoh, bukti komitmen kami dalam rangka Kerjasama Selatan-Selatan, Malaysia berbangga memberi sumbangan untuk membina keupayaan dan meningkatkan sumber daya manusia melalui Program Kerja-sama Teknik Malaysia (MTCP).
Najib berkata, Malaysia turut menyumbang kepakarannya dalam program latihan antara negara yang membabitkan isu wanita dalam politik, ekonomi, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pencegahan keganasan.“Saya percaya pertemuan hari ini adalah kesempatan unik untuk kita memberikan pengiktirafan untuk badan kerajaan dari seluruh dunia dan individu yang memberi tenaga mereka untuk tujuan mulia dalam pembangunan sosial,” katanya.
Najib berkata, sejak mencapai kemerdekaan 53 tahun lalu, Malaysia berjaya mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk daripada hampir 50 peratus pada 1970 menjadi 3.6 peratus pada ketika ini.
No comments:
Post a Comment