NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, December 4, 2010
HARGA SUBSIDI PETROL DISELARAS
Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.
Pengumuman tentang rasionalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran Indonesia, Singapura dan Thailand.
Sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand, manakala harga diesel pula RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.Harga LPG pula RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.
Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.
Menurut kenyataan itu lagi, rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan pada masa sama, mengurangkan perbelanjaan.Program Transformasi Ekonomi (ETP) bertujuan meningkatkan per kapita Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDNK) kepada AS$15,000 menjelang 2020, tambah kenyataan itu.
Untuk mencapai sasaran tersebut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu berkembang sekurang-kurangnya enam peratus setahun bagi membolehkan hasil yang diperoleh kerajaan meningkat melalui kutipan cukai.Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan untuk menangani isu dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan daripada enam bidang itu, NKRA mengenai kemiskinan, infrastruktur asas luar bandar dan pendidikan awal dengan jelas memberi kesan terhadap 40 peratus penduduk peringkat bawah di negara ini, tambah kenyataan itu.
Sebagai contoh, sejak Januari tahun ini, kerajaan telah membina 538 km jalan luar bandar, 260 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas, membuka 1,358 kelas prasekolah yang memberi manfaat kepada 54,569 kanak-kanak dan mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 55 peratus.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa di bawah GTP, kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan golongan miskin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
10 comments:
mantap penjelasan ini KL Boys.....
Penjelasan yang menarik.. JUTAAN Terima Kasih kerana melayari blog saya.
Saya telah linkkan blog anda dalam senarai blog pilihan di Gelombang Rakyat..
Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat
blog tuan sudah dipaut
memang betul menyelaraskan harga, tapi mana janji nak membela rakyat kebanyakan, dengan keadaan sekarang ni tambahan pula sesi persekolahan x lama lagi, bagi yang mampu ok la,mana janji rakyat di dahulukan
ko gaji berjuta boleh la..
orang kampung yang keje kais pagi makan pagi tu...nak kata apa?ada lagi kilang2 luar bandar yang bagi gaji 3-4 ratus sebulan...jangan la pike perut ko yang buncit tu je...perut orang susah yang kempis ni ko buat bodo je...
sume bende nak naik!!!!!!!
tp gaji tetap same!!!!!!!!!
mmg kene tipula..
belit sane belit sini...
rakyat malaysia berbangsa melayu bergaji rm1000 adalah lebih baik dan bahagia dari rakyat beijing china yang bergaji 2000 yuen(SAMA NILAI).setelah tok pergi menyelami mereka di beijing,tok menadah tangan kelangit betapa bahagianya bangsa melayu dalam negaranya sendiri.TERIMA KASIH UMNO BN.
MELAYU PEMBANGKANG TIDAK PERNAH PERNAH SEDAR DAN MEREKA SENGAJA TIDAK MAHU SEDAR WALAU PUN ILMU PENGAJIAN TINGGI KERANA DALAM TUBUH MEREKA ADA SEKETUL DARAH YG BUSUK DIPANGGIL HATI.
YA MEMANG BENAR KITA DIMALAYSIA WALAUPUN GAJI SERIBU MAMPU MEMELIHARA ANAK SEPULUH ORANG,TAPI MEREKA BERGAJI 2000 YUEN HANYA MAMPU MEMBESARKAN SEORANG ANAK DAN TIDAK RAMAI YG MEMPUNYAI ANAK LEBIH DARI SATU WALAU PUN SEKARANG KRJAAN MEREKA MEMBENARKAN KELAHIRAN LEBIH DARI SATU PADA SETIAP KELUARGA.KEHIDUPAN DIATUR OLEH ORANG LAIN.
SYUKUR ALHAMDULILLAH AKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA DAN TERIMA KASIH PADA UMNO TULANG BELAKANG MALAYSIA.
Tarif air naik kat Penang & Kedah tak kecuh pulak. Tlg jgn politikkan kenaikan minyak & barangan lain. Aku sokong kenaikan tersebut. Sampai bila org kita ni nak harapkan subsidi..
Pakatan Rakyat cakap pandailaa... Kalau diorang perintah lagi teruk....
totally respect..mintak izin post gak kat blog sy bole ye..;))
Post a Comment