NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, December 3, 2010
ELAUN KETUA KAMPUNG NAIK
Kenaikan elaun yang diumumkan perlu menjadi dorongan kepada ketua kampung dan ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Pengerusi Ketua Kampung Kinta, Alang Abdul Rahman Ahmad Azri berkata, kenaikan elaun itu datang dengan amanah untuk menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin supaya komuniti masing-masing dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Menurutnya, setiap tugasan dapat dijalankan dengan lebih berkesan menerusi penekanan terhadap aspek kepimpinan dalam diri dan menanam sifat ikhlas dalam menjalankan pekerjaan. “Kenaikan elaun ketua kampung dan JKKK RM450 kepada RM800 disambut baik dan dianggap sebagai perangsang untuk berbakti dengan lebih bertanggungjawab.
“Saya berterima kasih terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana menaikkan elaun ketua kampung di seluruh negara dan berharap semua ketua kampung dapat memberi kerjasama dengan menjalankan tugas dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian. Abdul Rahman berkata, tumpuan kerajaan terhadap soal kebajikan ketua kampung banyak membantu memudahkan urusan pemimpin tempatan dalam memajukan lagi kampung masing-masing. “Beban kerja ketua kampung sebenarnya semakin bertambah seiring peredaran zaman sehingga ada yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri dan kenaikan elaun itu membantu meringankan beban ketua kampung dalam menjalankan tugas mereka. “Bagi ketua kampung yang mempunyai sumber pendapatan lain, ia mungkin tidak mendatangkan masalah besar namun keadaan berbeza kepada yang pendapatannya bergantung kepada elaun sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, pengumuman itu adalah perangsang terbaik kepada ketua kampung untuk merencanakan pembangunan kawasan masing-masing terutamanya kebajikan penduduk kampung itu sendiri. Katanya, pada hari ini, tugas ketua kampung bukan sahaja menjaga keamanan dan kebajikan kampung tetapi pada masa yang sama menjaga dari segala aspek termasuk politik, ekonomi, pentadbiran dan hal-hal lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
KBC lebih rela sokong pakatan PR kerana mereka nak turunkan harga minyak petrol dan diesel sehingga RM1 seliter, biar semua rakyat dimu...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...


1 comment:
Wajar kah sewenang wenangnya menaikan elaun mereka ni tampa suatu mekenisma yg kukuh,adakah dengan elaun menjaminkan mereka bekerja untuk rakyat. apa yg saya perhatikan ditempat saya ketua kampung hanya bergaya sahaja tak pernah masuk kampung bertanya apa masalah penduduk atau mendengar pandangan penduduk,apa keperluan awam patut diperbaiki AJK dia pun dari gulongan jenis "angok2 geleng2 " ini disebabkan dia menduduki kerusi ketua kampung atas dasar cable yg kuat bukan kerana orang kampung suka..fikirkanlah elaun mereka ni dari duit rakyat.
Post a Comment