PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, October 15, 2013

HARAM BERI UPAH DAGING KORBAN..!!!



Isu pemberian daging korban sebagai upah yang semakin hangat dibincangkan di internet, turut mendapat perhatian tokoh agama yang menegaskan hukumnya haram.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata daging berkenaan tidak boleh diberikan sebagai upah kepada sukarelawan termasuk tukang sembelih dan tukang lapah pada majlis korban yang banyak diadakan sempena Aidiladha.

Katanya, jika daging korban dijadikan upah, ia termasuk dalam entiti perniagaan kerana makanan itu menggantikan nilai wang.

“Duit (upah) diganti dengan daging, umpama daging itu galang ganti wang. Daging korban tidak boleh dijual beli... hukumnya haram.

Jika tetap mahu beri upah, ia perlu dalam bentuk wang atau selain daging korban,” katanya.

Isu ini diperbentangkan hanya sekadar mengingati mereka-mereka yang terlibat didalam proses menyembelih dan melapah daging korban. Janganlah diambil mudah dengan perkara sebegini, ikutlah lunas-lunas yang ditetapkan.


5 comments:

Insan said...

Kalau di Indonesia daging korban diagih-agihkan pada masyarakat yang miskin dan ini menepati objektif korban tersebut.

Di Malaysia terutama di kawasan-kawasan perumahan sukar dicari golongan fakir miskin ini, maka daging korban dibahagi-bahagikan pada komuniti tanpa mengira taraf kehidupan termasuk juga para sukarelawan.

Jadi, pada pendapat saya para ulama perlu mengeluarkan fatwa berdasarkan realiti masyarakat Islam di Malaysia hari ini.

Anonymous said...

Daging yang diberikan kpd pekerja itu bukanlah diberi sebagi upah, tetapi sebagai sedekah kerana yang bekerja itu pun layak diberi daging korban kalaupun mereka tidak membntu.

Anonymous said...

Wooi mana hang belajar, wooi.

Anonymous said...

Dikampung Expo Kamunting, Taiping orang UMNO tak merasa daging korban. Yang dapat semua puak puak parti anggok saja dan kroni kroni mereka. Saya tak makan pun tak apa, beli lagi baik.

Anonymous said...

Al-Qur’an S. Al-Hajj: 36,
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
“Maka makanlah sebagiannya (daging kurban) dan berilah makan orang yang merasa cukup dengan apa yang ada padanya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.”

Kalau difahamkan daging korban bukan untuk orang miskin saja.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...