PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, September 29, 2012

KERAJAAN PR KHALID DI SAMAN KERANA MUNGKIR JANJI..!!!


Shah Alam, 28 September -- Firma Guaman Kamaruddin And Partners, hari ini telah dilantik seramai 1300 pengguna air di negeri Selangor untuk menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan PAS Selangor pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Peguam , Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.

"Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor. Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dari golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini.

Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu," ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi di sini.

Tambahnyaa, SYABAS seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.

"Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008, pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.

Oleh yang demikian, skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air.

Sehubungan dengan itu, saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Ameer Firdaus Bin Mohd Shreef berkata, Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

"Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

2 comments:

Anonymous said...

TAGIH JANJI AMENDE. MINTA LA METER ASING KAT SYABAS TU, BARU LA DAPAT 20 METER PADU PERCUMA. MAU DAPAT METER , KENA USAHA SENDIRI LA. HABIS SEMUA NAK DISUAP, MELAMPAU LA. AKU MEMANG PENYOKONG UMNO DALAM DALAM PERKARA MEMBABITKAN RAKYAT SELANGOR NI, KEKADANG PADAM MUKA SEBAB KORANG DULU BUAT MAIN BONGKAK LAGI MASA NAK PANGKAH PKR TAHUN 2008 DULU. KALAU DAH SERIK BAGUS LA. TUNGGU LA PRU13 NANTI, SAMADA KORANG MATA DUITAN ATAU TAMAK.
LAGI SATU, KALAU BOLEH BIAR LAH PKNS AMBIL ALIH SYARIKAT SYED MOKHTAR KAT SHAH ALAM TU. BOLEH LAH SI OTHMAN OMAR TU TUNJUK KAT PENGURUSAN SYARIKAT SYED MOKHTAR MACAM MANA NAK NAK PILIH ORANG YANG SESUAI UNTUK BEKERJA, BUKAN NYA JENIS MENCIPTA KESALAHAN ORANG KEMUDIAN BERHENTIKAN DAN SETERUSNYA AMBIL SEDARA MARA ATAU KENALAN RAPAT UNTUK GANTI, WALAUPUN KELULUSAN ADA, TAPI HAL KERJA MEMANG SEPARUH TIANG.
CARA CARI KESALAHAN ORANG ' A SINGLE MISTAKEN IS INTERPRETED AS NOT COMPETENT.' KEMUDIAN CANANGKAN KAT SELURUH BANGUNAN DAN JABATAN SEHINGGA PEKERJA TERTEKAN DAN SETERUSNYA BERHENTI. BANGSA MELAYU MEMANG BANYAK PERANGAI MACAM NI.

Anonymous said...

Salam bro. Ke mana menghilang? Dah dekat 3 bulan takde sebrang posting baru. Harap bro sentiasa sihat.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...