PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, August 3, 2012

SIKAP RONNIE DAN KHALID PUNCA RUMAH PAM AIR ROSAK TAK DISELENGGARA.!!!


Kerajaan Selangor PR menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).


Exco mata duitannya Ronnie Liu menegaskan keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.


"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," meneruskan pembohongannya.


"Malah, banyak kolam air tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak, bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," terus-menerus menakutkan rakyat Selangor dengan kenyataan bodohnya.


Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.


Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan.


Pandai juga si pembohong Exco mata duitannya membohongi rakyat Selangor yang tak tahu hal sebenar antara Kerajaan Selangor PR dengan Syabas. Kerajaan Selangor PR perlu sedar mereka sebenarnya mempunyai 30 peratus saham dalam Syabas yang mana pegangan ekuiti itu sudah cukup signifikan bagi mempengaruhi dasar syarikat tersebut dalam memastikan perkhidmatan perbekalan air terawat di negeri ini.


Jika mereka mengatakan Syabas kroni kepada BN, apakah mereka lupa mereka ada pegangan saham 30 peratus dalam syarikat tersebut...?? Exco mata duitannya dan Khalid gagap hanya menipu dan membohong seluroh rakyat Selangor demi kepentingan politiknya agar pihak lain dipersalahkan dalam bab ini.


Apabila kerajaan negeri mengatakan Syabas gagal melaksanakan perbelanjaan modal (Capex) untuk menangani masalah kadar air tidak terhasil, kerajaan negeri sepatutnya sedar merekalah yang membekukan Syabas daripada melaksanakan Capex sejak 2008.


Pembekuan ‘CAPEX’ atau perbelanjaan modal milik Syabas daripada kerajaan PKR Selangor memburukkan lagi kemelut isu air di Selangor. Ia mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan paip-paip air tidak boleh dilakukan.


Pihak Syabas sebelum ini pun, telah jenuh memaklumkan yang gangguan bekalan air di kebanyakan kawasan di Lembah Klang ketika ini disebabkan oleh kapasiti pengeluaran air terawat daripada loji-loji air tidak dapat menampung permintaan air. Ini berikutan peningkatan mendadak penggunaan air oleh pengguna.


Kesan daripada peningkatan permintaan yang mendadak ini menyebabkan beberapa kolam utama menghadapi penurunan paras yang ketara. Ini kerana pada masa ini rezab bekalan air bersih sedia ada ialah kurang daripada 3 peratus.


Keadaan ini menyebabkan tekanan air rendah dan sebahagian kawasan tidak mendapat bekalan air terutama di sekitar kawasan water stress iaitu wilayah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan juga Hulu Langat. Ia melibatkan sejumlah 209,678 akaun pengguna ataupun lebih kurang sejuta penduduk di wilayah-wilayah terbabit.


Situasi ini juga menyebabkan beberapa Loji Rawatan Air (LRA) beroperasi pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya (overload). Dan berhadapan dengan tekanan untuk memenuhi permintaan yang pada masa ini di tahap 4,259 JLH (Juta Liter Sehari). Ini adalah kerana jumlah kapasiti bekalan air yang boleh dikeluar dan diagihkan dari kesemua 34 loji sedia ada adalah sekitar 4,371 JLH sahaja.


Pembekuan ‘CAPEX’ memburukkan lagi situasi ini. Ya, memang benar waktu ini empangan-empangan sedia ada di sekitar Selangor menampung air sehingga melimpah ruah, dakwa Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Tetapi, Abdul Khalid kena ingat bahawa itu bukan air terawat. Sebaliknya hanyalah air mentah. Mana boleh kita rakyat Selangor dan Putrajaya pergi ke empangan berkenaan, kemudian hirup seteguk dua.


Berikutan situasi gangguan bekalan air serta tekanan rendah yang berlarutan di sekitar kawasan Lembah Klang sejak kebelakangan ini, Syabas pada tujuh hari lepas mengumumkan bahawa mengikut perkiraannya, krisis bekalan air telah mula melanda Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Syabas bukan badan politik dan tidak bermain politik. Fakta-fakta yang dikeluarkannya adalah berdasarkan unjuran sebenar. Projeksi berkaitan dengan krisis kekurangan bekalan air terawat yang sedang berlaku ini telah dimaklumkan oleh Syabas sebelum ini kepada Kerajaan PKR Selangor, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) agar tindakan segera dapat diambil bagi mengatasi masalah ini daripada berlaku.


Kegagalan kerajaan PR Selangor mewartakan pelarasan tarif air menyebabkan Syabas menanggung jumlah tunggakan yang besar kepada operator loji rawatan sedia ada.


Telah beberapa kali Syabas mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak SPAN dan pihak kerajaan negeri Selangor termasuk 48 pucuk surat telah pun dihantar memaklumkan situasi semasa.


Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis pembekalan air terawat. Ia sebagai satu tindakan proaktif bagi mengelakkan krisis air di Lembah Klang seperti yang berlaku pada 1998 berulang. Tetapi setakat ini maklum balas Syabas dipandang sebelah mata.


Dan mana mungkin Abdul Khalid sendiri tidak tahu status pengeluaran loji yang diuruskan kepimpinannya atau dia sengaja buat-buat tidak tahu...!!!


Krisis bekalan air terawat yang melanda Selangor ironiknya isu yang mudah diselesaikan sekiranya kerajaan negeri meluluskan arahan pembangunan projek Langat. Ini sekali gus dapat memastikan jaminan bekalan air dapat disalurkan secara berterusan kepada pengguna.


Yang tak sedapnya, kerajaan negeri beri pula alasan mahu menstruktur industri air di negeri itu dengan memberi gambaran pula kononnya tarif air akan meningkat jika pembinaan Langat 2 dilakukan.


Jika diteliti, pembinaan Langat 2 itu sendiri tidak ada kena-mengena dengan penstrukturan semula industri air serta kenaikan tarif air. Sebaliknya, ia alternatif untuk menangani krisis bekalan air terawat yang dijangka berlaku pertengahan 2014.


Dan sekiranya peningkatan permintaan air ini berterusan, maka tidak mustahil jumlah kawasan terlibat dengan gangguan air ini akan menjadi lebih luas dan melibatkan lebih ramai pengguna.


Lebih malang lagi, kekurangan air yang berlarutan memberi kesan negatif kepada iklim pelaburan dan ekonomi negeri ini yang terkenal sebagai hab utama ekonomi serantau.


Syabas sekadar dijadikan ‘kambing hitam’ bagi menjustifikasikan hasrat kerajaan PKR Selangor untuk menstruktur semula industri air di negeri itu.


Kita sebagai rakyat yang telah diperjelaskan dan faham, perlu rancang urusan air ini untuk 50 hingga 100 tahun akan datang. Jangan disebabkan politik kerajaan negeri Selangor PR untuk merampas segalanya padahal hanya mempunyai 30 peratus saja dalam saham ekuiti, anda, saya dan semua rakyat jadi mangsa.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...