NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, August 8, 2012
KERAJAAN SELANGOR KHALID MENYUSAHKAN PELAJAR PULA..!!!
Kalau kita dengar slogan dan tema Kerajaan Selangor Khalid ni, macam beriya-iya nak membantu rakyatnya dalam bidang institusi pengajian. Tetapi sebaliknya Kerajaan Selangor Khalid yang lebih menyusahkan pelajar-pelajar Universiti Selangor (UNISEL) nya sendiri.
Tak kan lah MB Khalid tak tahu tentang permasalahan yang akan melanda pelajar-pelajar UNISEL nya sendiri, ataupun Khalid gagap memang tahu tindakan yang akan diambil apabila Kerajaan Selangor Khalid tak membayar hutangnya.
UNISEL dikatakan berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Inilah padahnya apabila kerajaan Selangor Khalid yang penuh dengan tipudaya mempolitikkan Universiti Selangor tersebut bertujuan untuk dijadikan modal untuk berceramah pada PRU ke 13 nanti.
Akan dituding jari ke JNSB pula nanti kerana kononnya menyusahkan pelajar-pelajar UNISELnya. Padahal kita boleh bayangkan sendiri, seumpama penyewa rumah yang tak bayar sewa dan sudah pasti rumahnya akan disita oleh tuan rumah.
Khalid cuba main politik longkangnya, yang dari jauh pun dah berbau busuknya. Bukan masalah itu saja, pihak UNISEL Khalid gagap dengan sewenang-wenangnya memotong duit bantuan pinjaman PTPTN yang diterima pelajar melebihi dari jumlah yang sepatutnya.
Ada penuntut yang mengambil Ijazah Sarjana Muda, mereka akan memperolehi wang pinjaman dari PTPTN minimum sebanyak RM8,000 untuk setiap semester manakala bagi pelajar diploma, mereka akan menerima RM4,000.
Separuh daripada jumlah itu pula akan ditolak untuk membayar yuran pengajian, namun apa yang menyedihkan ada penuntut mengadu yang mereka menerima baki wang pinjaman hanya berjumlah kira-kira RM1,000 saja.
Kenapa pihak UNISEL Khalid gagap sanggup menganiaya pelajar-pelajarnya sendiri, dan mengapakah Khalid gagap tidak mahu mendengar rintihan orang muda sekarang.
Kerajaan Pusat menyediakan pinjaman PTPTN untuk rakyatnya dalam bidang pengajian, sebaliknya kerajaan Khalid gagap menyusahkan pula penuntut-penuntut dengan bebanan yang dicipta sendiri..??
Pelajar Unisel dihalang masuk kolej kediaman
7 Ogos 2012
KUALA SELANGOR - Lebih 1,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu didakwa enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing selepas mereka mendaftar masuk hari ini.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd Jeffri Abu Hassan berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu secara rasmi oleh pengurusan Unisel dan hanya mendapat tahu secara lisan daripada beberapa pihak berkaitan.
"Perkara ini tidak diisytiharkan, apa yang kami tahu asrama tidak dibuka kerana pekerja (yang mengendalikan urusan asrama) tidak mendapat gaji oleh sebab itu mereka tidak datang bekerja... ketua mereka turut bercuti sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan apa-apa notis pemberitahuan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, penuntut yang tidak dapat memasuki kolej kediaman terdiri daripada pelajar semester kedua hingga tahun akhir.
BACA SETERUSNYA KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
3 comments:
sepatutnya PR buat lebih baik dari BN ...nampaknya nak kena undi BN balik la ni PRU13
salam kembali...sudah dilinkkan sejak sekian lama
mohon linkkan blog harapan-esok.blogspot.com di blog tersohor tuan..blog tuan sudah sy linkkan
Post a Comment