PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, August 8, 2012

APAKAH SKOP ISLAM YANG CUBA DIBAWA PAS NI..??


Ramai orang Islam keliru dan percaya dengan tuduhan Pas bahawa Umno menentang Islam. Apakah buktinya Umno menentang Islam sedangkan Umno telah berjuang sejak sekian lama memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini?

Adakah hanya kerana Umno tidak menyokong draf hudud Pas yang tidak selaras dengan hukum Allah yang sebenar telah menyebabkan Umno dituduh kafir oleh Pas?

Kita perlu tahu membezakan di antara hudud Allah dan hudud Pas kerana ada perbezaannya di situ. Tun Mahathir menolak draf hudud Pas kerana ada kekurangan dan tidak selaras dengan hukum Allah yang sebenar.

Buktinya hudud Pas Kelantan dan Terengganu berbeza dan bolehkan kita mengurangkan atau menokok tambah hukum Allah?

Tun M telah meminta pihak Pas memperbaiki draf itu namun ia tidak dilakukan Pas lantas mengambil peluang penolakan itu dengan menghentam Tun M sebagai menolak Islam.

Tun M telah mendapatkan khidmat dan pandangan pakar perundangan Islam yang yang diperakui sewaktu menyemak dan membuat keputusan itu. Apakah skop Islam kita hari ini hanya tertumpu kepada hudud sahaja?

Bagaimana dengan penjanaan ekonomi, pendidikan, infrastruktur, modal insan, pembamian kemiskinan dan lain2 lagi?

Bukankah Islam itu merangkumi keseluruhan kehidupan kita dan bukan hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja?

Apakah sumbangan Umno selama ini dalam penjanaan ekonomi umat Islam, pendidikan, pembasmian kemiskinan, pembangunan infrastruktur, modal insan tidak memenuhi tuntutan Islam?

Fikirlah dengan sewajarnya dan jangan disempitkan pengertian Islam itu. Pernahkah Pas terfikir bahawa apa yang mereka katakan itu kebanyakannya terkena kepada batang hidung mereka sendiri..??

Buktikan.... apakah dalil yang boleh menghalalkan Pas untuk menyokong golongan "Ultra Kiasu DAp"

Untuk makluman. MCA, Gerakan dan MIC serta sekutu BN yang lain tidak menentang Islam sebagaimana teruknya DAp menentang Islam..!!!

Apa yang disuarakan oleh Chua Soi Lek adalah pandangan peribadinya..namun kalau Chua Soi Lek atau mana2 pemimpin parti komponan BN bersifat kurang ajar dengan Islam maka kita akan tentang mereka secara terbuka dan kita sekali2 tidak akan menjadi Pak Angguk seperti Pas..!!!

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...