NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, July 22, 2012
JOKER BUNUH 12 PENONTON KETIKA TANYANGAN FILEM BATMAN TERBARU..!!!
James Holmes, 24, memberitahu demikian ketika disoalsiasat. “Dia berkata ‘Sayalah Joker’ kepada penyiasat,” kata pegawai kanan polis New York, Ray Kelly seperti yang dipetik oleh stesen televisyen ABC.
Holmes bukan setakat mengaku demikian tetapi turut bersolek seperti musuh utama Batman itu. Rambutnya diwarnakan merah seperti penampilan Joker.
Polis juga mendedahkan Holmes yang dituduh membunuh 12 orang dan mencederakan 58 yang lain, mengikuti kursus sains neuro di Universiti Colarado tetapi berhenti daripada program PhD kira-kira setahun lalu.
Lebih mengejutkan lagi, lelaki yang dikatakan suka menyendiri itu dilapor sudah mempersiapkan diri sejak dua bulan lalu untuk melancarkan keganasan.
Senjata yang dimiliki Holmes ketika melakukan serangan termasuk 3,000 peluru, raifal A-15 bersama-sama dengan 100 magazin peluru yang boleh melepaskan 60 pusingan tembakan seminit. Dia dilapor membeli senjata berkenaan menerusi Internet tanpa sebarang pemeriksaan untuk memastikan dia tidak berniat jahat.
Rancangan penuh Holmes itu didedahkan oleh Ketua Polis Aurora, Dan Oates, pada sidang akhbar yang menyaksikan dia hampir menangis dan berikrar memastikan Holmes di penjara kerana perbuatannya itu.
Menurut Oates, Holmes mengumpul senjata itu selama 60 hari sebelum melakukan pembunuhan itu. “Dia membeli empat senjata di sebuah kedai senjata tempatan dan menerusi Internet, dia membeli 6,000 peluru, lebih 3,000 untuk raifal, 3,000 lagi untuk pistol glock, 300 lagi untuk senapang patahnya.
“Apa yang saya difahamkan, semua senjata itu dimilikinya secara sah,” kata Oates Holmes melakukan keganasan itu di pawagam Century 16, Aurora ketika 'The Dark Knight Rises' baru bermula kira-kira 15 minit.
Dia kini ditahan di Penjara Arapahoe County dan akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Arapahoe esok. Seorang pelajar yang menetap di kawasan kediaman Universiti Colarado, berhampiran rumah Holmes berkata: “Tidak ada orang mengenalinya. Tidak ada.”
Dia memasang dengan kuat lagu tehcno dari stereonya beberapa jam sebelum pembunuhan itu dan membiarkan muzik itu berulang-ulang ketika meninggalkan apartmennya untuk melakukan pembunuhan.
- Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...
-
Semua keputusan telah terjawap siapakah individu lelaki "Y" yang dimaksudkan dimahkamah pada persidangannya yang telah berla...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
Pihak Pakatan PR ni memang pakar dalam penipuan dan pembohongan dalam membuat sesuatu isu untuk menarik perhatian orang ramai. Dipolitikk...



No comments:
Post a Comment